Lush Mask Of Magnaminty Review

Assalamualaikum and hai,




Apa khabar semuanya? Sihat? I tengah mengorbankan waktu berehat dan tidur untuk menaip entry ini. Rindu sangat dengan masa terluang untuk dihabiskan taip blog je bila free dulu-dulu. Sekarang dah busy baru laa cari waktu sesuai nak mencelah aktiviti update blog. I baru lepas pakai mask Lush of Magnaminty ni jadi sesuai la nak update entry. Review lebih fresh gitu hahaha. Mask ni tinggal dalam suku bekas ni je dah nak habis dan sedih sebab mask dia sumpah best.


Entry lepas I ada buat mini review kat SINI. Kalau nak baca tekan situ okay.


Mula-mula dapat barang I macam 'cemana nak guna semua bahasa jepun!' hahaha apa pun tak faham nasib baik nama produk tak dalam Jepun jugak. Baca kat website Lush baru tau macam mana nak guna semua kan. I pun ada tengok kat youtube cara pakai mask ni dengan tips sekali yang diaorang bagi. Kenapa nak pakai mask pun tengok youtube hahaha sebab first time pakai I tak campur air langsung. Mask tu macam kering dan tak nak melekat kat kulit I. Bila dah tengok youtube baru tau. Rasa macam asdfghjkl excited sangat nak pakai sampai itu pun tak tau zzzz.....


Kalau nak tau Lush of Magnaminty ni memang famous dan antara produk Lush yang paling hot. Ikutkan dia tulis mask untuk muka dan badan tapi I guna untuk muka sahaja. Tak pernah lagi guna untuk badan. Tangan je pernah. Lepas pakai mask, ambil sikit then scrub kat tangan pulak. Pada I, I guna mask ni 2 in 1. Mask and scrub. 


Mask ni ada biji biji halus yang boleh jadikan sebagai scrub jugak. Bahan dalam dia ada Kaolin Clay jadi kena hati-hati sikit jangan kering macam tegang muka baru nak basuh. Agak-agak macam dah nak kering terus boleh basuh dah. Clay mask boleh buat kulit kering kalau lama sangat biar. Peppermint Oil yang membantu bersihkan pori jadi kulit rasa lebih bersih. Yang membantu untuk scrub ataupun exfoliate pulak adalah Abuki Beans. Abuki beans ni sejenis kekacang nanti boleh google tengok rupa dia. 


Biji scrub dari Abuki Beans tu tak sakitkan kulit langsung means tak ada laa tinggalkan rasa pedih pada kulit. Rasa lembut je lepas scrub kat muka sebab scrub kan membantu buang kulit kasar, kulit kering, kulit mati. Bahan mask ni jugak ada vanila yang membantu mengurangkan kemerahan pada kulit. Kulit I memang ada redness pada bahagian hidung dan pipi. Dan ada jugak honey yang berfungsi untuk melembapkan kulit. Kalau tengok bahan dia semua yang best dan fungsi sesuatu bahan tu pun best jugak.




Gambar atas ni rupa macam mana mask tersebut. Gambar kiri I tak letak air pun. Dia susah nak lekat kat kulit dan susah nak ratakan kalau tak campur sekali air. Gambar kanan pulak I dah letak sikit air. Cara nak pakai pulak yang disarankan oleh website Lush, pakai mask pada kulit, tunggu sehingga 15 minit then basuh dengan air suam sambil basuh sambil urut. Bau mask ni macam mint dan pakai pun rasa selesa je sebab mint tu. Rasa sejuk lepas pakai mask duduk depan kipas. 


Cara I pakai pulak, I campur sikit air bagi senang nak pakai dan ratakan. Tunggu sampai mask separuh kering yang bertukar warna macam kelabu hijau sikit tanda dah kering. I tak tunggu sampai semua bahagian kering sebab risau nanti kulit kering. Lepastu masa nak cuci letak sikit air kat muka nak basahkan semula mask kemudian urut perlahan untuk scrub kulit pulak. Dah settle boleh cuci macam biasa. I pakai seminggu dua tiga kali ikut mood haha. Nak ambil produk ni dari bekas dia I guna sudu kecik sebab tak nak guna tangan je. Tangan bukan nya bersih sangat pun. jadi I nasihatkan cari sudu kecik kalau nak ambil mask ni. Sudu coeslow kfc, sudu ice cream br.


Kesan dia pada kulit I, kulit memang rasa lembut dan bersih sebab scrub yang tonyoh tadi tuuu. Clay mask jugak bersihkan pori pori memang lepas cuci rasa segar la kulit. Lepastu pakai toner memang boleh la nak perasan kulit flawless kejap. I perasan jugak lepas pakai mask ni redness I kurang. Tak ada la terus hilang, kurang je. I memang cari produk nak hilangkan redness ni sebab tak suka betul nampak merah merah macam ruam pun ada zzz...


Overall mask ni memang best. Banyak manfaat dan tak ada apa yang I tak suka. Bau dia pun best. Kesan lepas pakai lagi la best. Kat bawah ni I link kan tempat yang korang boleh cari mask ni. Kat igshop pun banyak jugak kena pandai cari je.



IgShop 
Lushxkualalumpur
lushxmalaysia
thelushious
lushbyziesha



Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.