Hermo Warehouse Sale



Ini entry yang paling lama I peram. Hermo warehouse sale ni bulan August kot tapi Oktober baru nak update hahhaha. Hermo Warehouse Sale kali ni dekat Johor Bahru. Tak silap I Johor Bahru dia punya HQ dan memang tempat simpan semua barang yang ada dekat Hermo tu. Tak silap I la kalau silap maafkan. Hermo Warehouse Sale ni diadakan selama dua hari tapi I dapat pergi sehari je, hari sabtu lepas balik kerja. Ikutkan ahad nak pergi lagi sebab tak puas cuci mata tapi Aiman kerja pulak. I nak drive sesorang memang tak la sebab agak jauh dari rumah.


Hermo Warehouse ni pun dalam kawasan perindustrian, banyak kilang dan warehouse lain. Tapi kawasan tu best sebab kiri kanan banyak pokok dan warehouse semua cantik cantik. Macam bangunan baru jugak, kawasan pun ada guard jaga. 


Jadi lepas balik kerja dan lunch I bergerak la kesana. Kalau nak tau I kena beratur lebih kurang dua tiga jam jugak sebelum dapat masuk. Memang lama gila dan penat nak beratur. Nasib ada khemah dan kipas disediakan, tak ada la terasa nak pengsan sebab sesak dengan orang ramai dan panas. Orang memang ramai gilaa pertama kali I gigih beratur lama macam tu. Selalu I ajak Aiman chaw je kalau lama. Nasib jugak Aiman rajin nak melayan I beratur sekali.


Bila dah masuk memang best sebab kebanyakkan barang semua murah. Disebabkan I datang lambat, mask yang RM1 tu semua dah habis. Tinggal mask yang tak best dan I tak beli pun. Banyak gila korean product yang famous-famous lebih murah dari dalam website. Serius I lama gila dalam tu. Beratur lama, dalam warehouse tu pun lama. Bayangkan sampai dah nak tutup pun I tak keluar lagi hehehe. Bukan sebab taknak keluar ye, beratur nak bayar pun ambil masa jugak. Liptint murah, makeup, yang paling banyak skincare la. Body care, hair care semua ada. Macam mana I tak rambang mata dalam tu.


Memang I sorang je kehulu kehilir tengok barang sana sini. Dah pilih letak dalam raga yang Aiman pegang. Aiman duduk sandar tepi dinding macam lelaki lelaki yang lain. Lepas dah bagi Aiman, I pusing lagi jalan tengok barang. Lepastu bagi Aiman. Ulang sampai puas hati hahaha. Walaupun tak puas lagi. I jadi personal shopper jugak tolong belikan barang orang lain, itu yang buat ambil masa sikit nak mencari barangnya.




I ada jugak beli lebih dua produk dekat atas ni jadi kalau ada yang berminat nak beli boleh contact I dekat 017 563 0516 okay. Nanti tunggu I buat review barang yang I beli walaupun tak banyak. Kalau nak diskaun dekat Hermo website boleh check entry I dekat SINI.

Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.