JB UNDERGROUND 2017



Event kereta yang tetiba jadi minat I pulak nak pergi. Patut Aiman sorang je yang excited nak tengok kereta, ni dengan I sekali excited nak pergi hahaha. I nak pergi selalu sebab nak tengok kereta mahal dan cantik dah siap makeup dengan lampu lip lap over, muzik kuat dekat kereta macam nak pecah gendang telinga.  Haa tu yang I suka. Suka tengok jela. Jadi kalini I berkesempatan nak pergi JB Underground 2017 yang diadakan di Sutera Square Johor Bharu.


Dekat sangat dengan rumah tapi malam baru nak pergi?!!! Plan tak ada nak pergi pun atas sebab yang tak dapat dielakkan tapi malam boleh pulak selit sikit masa datang sini padahal dah lapar nak keluar makan tuu. Masa I sampai tengah ada persembahan dari penyanyi yang tak kenal tapi boleh tahan jugak dia nyanyi. Memang banyak la instastory I masa kat event ni sebab meriah gila.


Event ni sehari je memang dari pagi diaorang dah start. Malam slow sikit la tapi masih meriah dengan kereta. Jum tengok gambar









Sebab waktu malam, kualiti gambar kurang sikit. I jealous je tengok photographer punya kamera huh kena kumpul duit sendiri nak beli kamera untuk blog kesayangan. Dah berzaman niat nak kumpul duit kamera last last lesap jugak duit nya hahaha. 


Barang kereta pun ada jugak jual dekat sini, sticker, tshirt event dan macam-macam lagi. 








Malam ni jugak ada concert dari Radhi OAG memang banyak gila lagu dia nyanyi. I duduk dekat kawasan pentas tu lama jugak la melayan lagu. Best sangat I memang minat OAG dari dulu tapi sekarang diaorang slow dah kan. Ikutkan I bukan tau sangat benda pasal kereta ni tapi selalu la melayan Aiman sembang pasal kereta sebab kesian dia tak ada kawan nak sembang hahahah. I pun selalu cakap pasal skincare dekat dia walaupun macam tak kisah -.-



I suka jugak pergi event macam ni. Kadang confius dengan diri sendiri nak kumpul duit makeup kereta ke makeup diri sendiri hahaha. Jealous tengok kereta orang lain lawa-lawa. Dengan enjin letup-letup berapi powernyaa. I punya kereta turbo pun banyak benda lagi nak ganti :( Turbo timer pun lampu short hahahah. Kalau nak tengok lagi banyak gambar kereta masa event ni boleh pergi facebook JB Underground. Gambar waktu siang lagi cantik macam-macam jenis kereta ada.



Facebook : https://www.facebook.com/Jb-Underground-Meet-Greet-2017

1 comment

  1. alahai.. unik betul reka bentuk kereta tu..

    Nurul follow sini :)

    http://www.syahirahvaliant.com/

    ReplyDelete