Shihlin Taiwan Street Snack



Kali ni I nak kongsi makanan fav I. Walaupun fav tapi baru tiga kali makan je hahhaha. Tak boleh makan banyak banyak nanti jemu pulak. Atas ni adalah mee sua. Tak silap I macam tu la eja dia. Mee sua ni makanan dari Taiwan. Tapi tak silap I original dia dari China. I cuba mee sua dari Shihlin Taiwan Street Snack. Shihlin Taiwan Street Snack ni yang I perasan akan ada dekat semua aeon mall. Jadi kalau teringin nak rasa boleh la pergi aeon berhampiran anda. 


Mee sua ni kuah dia pekat dan mee dia kurus macam bihun. Ada ayam yang putih-putih dalam gambar tu dan oyster tiga ketul. I suka mee ni sebab ada oyster. Sedap ! Tapi mee ni pun sedap jugak. Aiman pun suka cuma dia tak suka oyster tu je sebab geli tak boleh telan. I jeke yang suka makan benda macam ni. Macam siput buluh tu pun fav I lagi lagi masak ala shell out tapi Aiman tak makan siput buluh ni dengan sebab yang sama seperti di atas. Jadi bila kongsi dengan Aiman, I boleh makan semua oyster hehe.

Atas tu pun ada daun ketumbar tak silap I. Bila gabung semua makan bersama memang sedap. Yang tak cuba lagi boleh la pergi try. Harga pun murah je tapi I tak ingat berapa.




Makanan kedua yang memang fav dan wajib beli, ayam xxl ni. Lebih kurang macam ayam gunting tapi Taiwan style sebab tak gunting. Makan macam ni je terus. Aiman selalu request nak lebih pedas. Memang pedas sangat laaaaa itu yang buat bertambah sedap. Ayam dia pun rangup dan besar berbaloi dengan harga. Kedai ni ada halal cert untuk raw material yang dia guna. Kalau tak nampak halal cert tu boleh tanya dia okay.


Buat masa ni I baru cuba dua menu ni jela. Dedua sedap. Air yang dalam packet gambar pertama tu pun sedap. I selalu datang nak beli ayam ni je, mee sua sekali sekali je kalau teringin. Kedai dia pun kecik je kerusi meja pun tak lebih sepuluh. Ada kedai yang I nampak ada tiga kerusi meja je hahhha memang kecil tapi outlet dia banyak. Yang tak pernah cuba boleh la pergi try sebab ayam dia memang famous.

Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.