Redken X Toyako Product Launch



Harini berkesempatan nak join event product launching di Toyako Salon, Paradigm Mall, Johor Bahru. Tarikh 28 November 2017 jugak hari first day Paradigm Mall mula beroperasi. I sangat la jarang join mana-mana opening mall mahupun outlet baru ni sebab I malas berhimpit bersesak dengan ramai orang. Tapi demi Redken nak launch produk baru dia I gagahkan jugak redah jem hahha.


Bagi yang masih tak kenal dengan Redken ni apa, Redken adalah jenama produk penjagaan rambut termasuk la syampu, conditioner, serum, mask rambut dan banyak lagi. Masa masuk Toyako Salon tu memang rambang mata I tengok banyak jenis syampu sebab semua orang ada macam macam masalah rambut jadi setiap syampu dan series syampu ada keunikan tersendiri. Kalau nak tahu macam mana perkembangan produk Redken ni boleh baca SINI okay.


Redken X Toyako Salon


Jadi event harini nak memperkenalkan produk Redken yang terbaru iaitu Clean Maniac Micellar yang terdiri daripada Clean Touch Shampoo dan Clean Touch Conditioner. Kenapa micellar? Pernah tak korang guna micellar water sebagai makeup remover? Sekarang memang famous kan penggunaan micellar water sebagai makeup remover sebab kuasa dia dalam pembersihan makeup pada kulit dan buat kulit rasa lebih segar tapi tak kasar pada kulit. Dapat bayangkan tak micellar water tu dijadikan sebagai syampu dan conditioner pulak? Confirm sama kesan dia, rasa bersih ! 



Micellar syampu membersihkan segala kotoran, pencemaran, minyak berlebihan dan benda benda lain yang terlekat pada rambut dan kulit kepala. Syampu ni jugak sesuai untuk rambut yang berwarna, kalau rambut yang tak warna lagi la sesuai. Yang paling I suka, syampu ni tak ada sulfates dan silicones jadi memang tak akan ada rasa rambut kering lepas syampu dan memang akan rasa segar je.


Selepas syampu kena la pakai conditioner pulak kan. Untuk conditioner pun sama, silicone free. Tidak mengandungi silicone jadi selamat untuk rambut. Conditioner ni mengandungi chelator, antioksidan dan uv filter. Sama jugak kesan dia, sangat melembapkan, rambut lebih lembut dan sihat. Yang penting syampu dan perapi rambut ni dua dua wangi. Bau dia bukan wangi yang over macam perfume tu tapi bau wangi yang segar. Confirm rasa segar je kepala lepas ni. Lagi lagi yang pakai tudung seharian mesti la nak cari produk penjagaan rambut yang sesuai.



Produk Redken ada di Toyako Salon, Paradigm Mall. Kalau nak cuba produk Redken ni boleh la pergi salon lepastu cuba treatment dekat sini. Kalau rasa okay boleh la terus beli. Event tadi pun blogger dapat merasa sendiri hair treatment dekat Toyako Salon ni. Semua pekerja dia peramah dan sangat lembut bila handle kepala customer hahhaha. I tak suka pergi salon yang ganas-ganas je buat kerja. Sakit kepala tau. Pekerja dia pun akan terangkan apa masalah rambut kita, syorkan produk apa yang sesuai dan yang paling best jenis style rambut macam mana yang sesuai dengan kita. I tak sabar nak buat treatment kat sini lagi.


Salon Toyako ni terletak di level dua. Kalau masuk dari pintu utama Paradigm Mall tu naik escalator belah kiri sampai level dua. Salon dia kat sebelah escalator je tak payah susah nak cari. I suka salon ni sebab selesa. Kalau tengok pemilihan kerusi untuk customer, lepastu susun atur perabot semua, selesa je nak bergerak, tak sempit. Salon ni pun ada bilik vvip tapi dalam proses lagi bilik dia tak boleh tangkap gambar.





Untuk maklumat lanjut boleh terus pergi Toyako Salon di 2F-76, Level 2, Paradigm Mall, Johor Bahru atau call je 016-771 2933. I memang nak call sebab nak set next appoinment. Tapi sekarang nak cuba dulu syampu dengan perapi clean maniac micellar series ni. Kalau nak tau first impression I tunggu next entry okay.







2 comments