2017 Best Nine




Masuk 2018 ni ramai sangat yang update 2017 best nine ni di instagram. Bukan sahaja di instagram tapi di blog pun sama. Jadi I pun nak share jugak My 2017 Best Nine. Walaupun I jarang update instagram lagi-lagi selfie tapi ada jugak la update gambar kalau ada benda best yang I pergi atau buat. 


Gambar pertama dalam row pertama tu gambar masa I konvo. Boleh baca cerita konvo I dekat entry ni - Diploma Konvokesyen. Dalam gambar tu tak ada anyah sebab dia tak dapat datang, tak nak ponteng kelas haha. Majlis konvo I pun bukan hujung minggu tapi hari isnin. Aiman pulak dia yang tolong tangkapkan gambar.


Dalam best nine I ada tiga gambar masa konvo. Yang first sekali tadi dan dua lagi gambar pada row kedua dan ketiga, gambar paling last. Dedua gambar I dengan Aiman tapi satu pakai jubah konvo dan pegang chocolate bouquet lagi satu tak. 


Gambar kedua dalam row pertama tu masa I dengan Aiman pergi Pulau Pangkor rasanya. Boleh baca entry Pulau Pangkor I dekat sini - Short Gateway Pulau Pangkor. Ini pertama kali I pergi Pulau Pangkor bila dah besar ni. Masa masih baby I memang tinggal di Pulau Pangkor. Lama jugak la tak silap I sebelum pindah Batu Gajah.


Gambar yang Aiman pakai uniform tu pulak masa dia passing out day. Hitam betul suami sendiri kena berjemur berkawad semua. Memang macam-macam la I bekalkan skincare untuk Aiman. Gambar yang Aiman pakai uniform dengan ramai-ramai tu gambar dengan family mentua I. 


Yang lain-lain tu biasa la gambar I berdua dengan Aiman. Sedondon hitam baru lepas pergi kenduri, yang sedondon pink pulak masa pergi Movie Animation Theme Park. Gambar I dengan baby tu anak sedara I nama Cammy. Sekarang dah besar dahh tau nak main je. Ini pun I dah lama tak jumpa sebab tak balik Perak lagi. Kalau balik Perak pun bukan dapat jumpa semuaorang kecuali ada majlis je. 


I harap tahun 2018 ni lebih banyak memori I dengan family dan kawan-kawan. Banyak sebenarnya I dah belajar dari pengalaman 2017, macam-macam benda jadi. Lepasni I harap I lebih matang dalam hidup. Harap murah rezeki, panjang umur dan sihat sentiasa Amin.

8 comments

  1. happy new year.. suka bt jugak tiap2 thn

    ReplyDelete
  2. Happy New Year, Airah!! Moga tahun ni lebih baik dari sebelumnya. Many good days to you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy new year too siqah. Semoga tahun ni pun tahun terbaik siqah

      Delete
  3. Hi, i don't know if you noticed me or not. But we've been replying comments for like over a year. And, i realised that your husband and my boyfriend are friend! Hahahhaha. Sebab semalam i bukak instagram dia and go through his friend and ada husband you ni. And i accidentally clicked on your ig. Pastu i macam familiar dgn url blog you. Try tanya husband you, kenal tak Izzat Yusri hahah adehh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ! Ya I dah tnya my husband hahahahah dia kenal.i seriously tak perasan sebab tak kenal sgt mostly kwan dia.kawan since sekolah and uitm kan?memang husband i kenal laa

      Delete