December Empties




Yeay bersedia untuk December Empties.

1. Evian Facial Spray

Untuk Evian Facial Spray ni I ada buat full review dekat - Evian Facial Spray-. Boleh klik untuk review yang lebih mendalam hahaha. I beli facial spray ni dua botol, satu untuk I dan satu untuk Aiman. Aiman punya awal awal dah habis sebab dia memang rajin guna facial spray ni. Kegunaan facial spray untuk melembapkan, menyegarkan dan tones kulit kita. Tones tu I rasa bila dah makeup dan spray dan wallah ! Makeup lebih sekata haha. I suka guna benda ni bila dalam aircond dan kulit kering. Segar je bila dah spray. Botol pun cantik ada warna fav I pink huhu tu yang buat lagi best nak guna. Bagi I dia memang membantu untuk melembapkan kulit dan menyegarkan.

Tak ada reaksi alahan sebab kandungan utama dia air mineral. Sumber air mineral dia dari pergunungan apa entah I tak ingat tu yang buat harga dia agak mahal. Air mineral dia yang dalam botol tu pun sama mahal hehh.


2. Cosrx Acne Pimple Master Patch

Pack pertama dah habis. I ada lagi satu pack on the way nak habis jugak. Mostly Aiman yang guna patch ni. I pakai bila breakout masa period. Bagi I dia efektif bila jerawat tu tengah naik nanti patch ni tolong sedut benda benda kotor dalam jerawat tu. Pagi esoknya bump jerawat berkurang. Serius menjadi untuk jerawat I. Lagi-lagi jerawat yang jenis pedih tak ada mata tapi bump besar kemain tu haha. Biasa I pakai malam-malam. Pakai siang pun tak ada masalah sebab dia transparent. Tak nampak sangat la patch tu.

Selain tu membantu jugak bagi yang suka picit jerawat tu. Bila dah pakai patch, susah sikit tangan tu nak sentuh jerawat. Bila tak sentuh jerawat, tak ada la bakteria dari tangan pulak transfer ke jerawat. Yang mana selalu gatal tanya picit jerawat tolong beli benda ni hahaha. Full review I ada di entry -Cosrx Acne Pimple Master Patch -


3. Hado Labo Retinol Lifting & Firming Lotion

I tak ada buat full review produk ni sebab I beli yang tavel size kecik cenonet tu je nak cuba. Walaupun kecil tapi lama jugak dia bertahan. I pakai lepas toner. Lotion ni sejenis macam emulsion jugak la tak silap I. Dia pakai sebelum moisturizer. Untuk kulit I rasa tak banyak kesan pun dia bagi. I rasa produk ni sesuai untuk 25 tahun ke atas kot. Cuma kesan dia melembapkan kulit je pada I. Dalam ni ada retinol dan collegen memang sesuai untuk yang ada masalah kulit berkedut.


4. Klavuu High Coverage Marine Collagen Aqua Cushion

Finally dua-dua cushion Klavuu I dah habis yeayy. Haritu code 21 dah habis. Ni code 23 pulak. Code 23 agak gelap bagi kulit I tapi okay je bila dah pakai dengan produk lain. I suka kesan flawless cushion ni nampak sangat natural dan soft. Memang I rajin pakai cushion ni untuk pergi kerja. Dah jatuh cinta dengan cushion rasa nak kumpul je cushion banyak-banyak. Ada sesiapa nak sponser? Untuk full review cushion Klavuu ni boleh baca - Klavuu Blue Pearlsation High Coverage Marine Collagen Aqua Cushion - okay.


5. Bath & Body Works Lavender & Spring Apricot

Finally last bottle mist I dah habis. Sedih ! Fav I bau yang ni sebab bau dia jenis soft dan wangi bunga lavender. Suka sangat bau dia. Bulan 12 haritu ada sales BBW, mist ni murah je dalam rm20++ tak silap I. Memang haritu I beli pun time sales. Lepasni kalau nak beli tunggu sales jela. BBW ni ada banyak pilihan mist sebab tu I suka, boleh rambang mata nak pilih.


Okay itu je produk yang I dah habis guna untuk bulan December ni. Kebanyakkan nya semua produk I suka sebab tak ada kesan buruk pada kulit I. Kalau untuk skincare memang I cari produk yang melembapkan muka sebab I tak ada jerawat sangat so focus pada melembapkan kulit sahaja. Untuk makeup pula, I ada beli bb cushion baru hehe so tunggu review okay :)




4 comments

  1. Siqah berminat dengan Cosrx Acne Pimple Master Patch. Hari tu cari kat Watsons tapi takde. Nak kena mencari lagi. Jerawat banyak gak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak masuk watsons lagi tak silap.siqah beli kt hermo je

      Delete
  2. Ya Allah memnag betul ke sales BBW tu haritu. Untungnya Syira sempat grab! Memang murah betul kan sales haritu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni syira beli last year.latest sales memang betul dan serius punya sales rambang mata nak pilih.candle,perfume goshh memang best la nak beli time sales

      Delete