Neutrogena Capsule Sleeping Mask Review


Sekarang dah tak payah susah nak cari sleeping mask yang available di drugstore sebab Neutrogena dah ada sleeping mask yeayy. 


Produk : Neutrogena Capsule Sleeping Mask
Harga : RM12.90 boleh didapati di Watsons
Isi : 10ml


Capsule sleeping mask dari Neutrogena ni ada dua jenis, satu Fine Fairness dan lagi satu Hydra Boost. Tak silap I produk ni masih baru lagi sebab masa I pergi cari dekat watsons pun ada sesetengah watsons tak bawak masuk lagi sleeping mask Neutrogena ni. 


Apa itu sleeping mask? Sleeping mask ni sejenis mask yang kita pakai tapi tidak perlu dibersihkan. Nama pun sleeeping mask kan jadi boleh la bawak tidur sekali mask tu. Sleeping mask tekstur dia jenis gel ataupun cream. Kalau yang guna sheet paper, mask yang jenis sheet mask tu bukan sleeping mask okay. Selalunya sleeping mask ada aktif ingredients jadi dia punya kesan tu bila bangun pagi next day memang best la. Kesan dia lebih mendalam kepada kulit sebab pakai overnight dan dia punya fungsi untuk kulit lebih banyak.


Kulit kita akan kehilangan banyak air bila tidur jadi memang perlu guna pelembap untuk kulit sebelum tidur jadi bila bangun pagi esoknya kulit tak rasa kering. Sleeping mask juga membantu produk yang dah dipakai di kulit sebelum tu untuk menyerap lebih mendalam. Maksud nya bila dah pakai toner, essence, serum, moisturizer sebelum pakai sleeping mask, sleeping mask membantu produk-produk tu menyerap dengan lebih baik ke dalam kulit.  


Neutrogena Fine Fairness Capsule Sleeping Mask


Sleeping mask Neutrogena ni bentuk dia macam jar kecil je. Jenis capsule tapi tak ada la terlalu kecil. Isi dia boleh pakai lebih sepuluh kali kot I sampai sekarang tak habis pakai lagi walaupun rajin pakai. Untuk Fine Fairness, bekas dia warna pink. Dia punya plastik atas tu macam jenis aluminium....... atau foil. I tak bukak penutup dia tu sampai habis jadi bila dah settle pakai boleh tutup semula cuma dia tak seal bebetul la just tutup macam tu je. Bekas dia yang bawah pulak jenis plastik.


Untuk yang fine fairness ni I tak rasa ada perubahan kecerahan pada kulit I. Cuma rasa kulit lebih lembut, gebu dan licin. I tak dapat cari bahan dia pada produk tapi dari apa yang I baca dari blog lain, untuk Netrogena Fine Fairness ni ada niacinamide yang boleh buat kulit jadi glowing, glycerin dan  dimethicone. Dia ada fragrance jugak tapi pada kulit I tak ada kesan iritasi atau allergic. Memang best pakai sleeping mask ni sebab bangun pagi kulit rasa besttt. 


Neutrogena Hydra Boost


Jenis kedua Neutrogena Hydra Boost. Bagi I kalau dia ada perkataan hydro ni, mesti kuasa melembap dia lebih dari yang lain. Bagi kulit I, bila pakai kedua dua sleeping mask ni kesan dia sama je. Melembapkan kulit, rasa licin, glowing dan kulit nampak sihat je. Dua dua memang bagi kulit I cukup lembapan. I tak pasti bila orang lain pakai ada perbezaan atau tak dua jenis sleeping mask ni.


Untuk kulit kering memang sesuai sebab kulit kering ni tak cukup lembap. Kena bagi dia lebih perhatian dalam bentuk bila nak moisturize kulit tu. 




Gambar atas ni pulak bentuk dan info yang ada dibelakang produk ni. Bahasa korea kot sebab ada alamat korea tulis kat situ I tak faham pun haha.






Untuk Fine Fairness yang bekas pink, isi dia pun warna pink jugak. Hydra boost isi dia warna biru lembut. Warna sleeping mask ni memang cantik hahaha sebab dua dua warna lembut. Tekstur dia jenis gel macam tu jadi memang senang serap pada kulit I. Boleh refer gambar I guna dua dua sleeping mask ni then sapu pada kulit cepat je dia serap. 


Untuk Fine fairness, bau dia wangi macam bau bunga. Agak kuat jugak bau dia tapi okay bagi I. Hydra boost bau dia lembut sikit, tak terlalu kuat. Bau dia macam segar.


Bagi yang tak tahu cara pakai sleeping mask ni. Pakai skincare rutine macam biasa lepastu akhir sekali pakai sleeping mask. Pakai sleeping mask ni tak payah basuh pun. Tak perlu tunggu 15 minit ke 20 minit ke. Lepas pakai boleh terus tidur, esok pagi masa cuci muka baru cuci sleeping mask. Untuk kulit I, I rasa selesa pakai dia masa tidur. Tak ada rasa berat pada kulit atau rimas. I pakai selang sehari. 


Jadi step I pakai sleeping mask ni, cuci muka - toner - essence - eye cream - serum - moisturizer - sleeping mask. Kalau rasa macam banyak sangat lapisan pada kulit, boleh la skip serum atau moisturizer. Apa pun kena test dulu kulit boleh terima atau tidak banyak lapisan pada kulit ni. Lagi satu kalau nak best lagi sebelum pakai sleeping mask, simpan kejap dalam fridge. Nanti bila pakai kulit rasa sejuk je.


Overall I memang suka sleeping mask ni sebab melembapkan kulit, buat kulit nampak glowing sihat dan licin. Harga dia pun berbaloi dan isi boleh pakai banyak kali. 

6 comments

  1. wah macam best ja ni heheh ingat nak try laneige punya sleeping mask tapi nak kena beli online plak. Kalau yg ni boleh cari kat Watsons ja senang sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. laneige punya tu pun banyak good reviews jugak.try satu2 hehe

      Delete
  2. Wah bagus untuk kulit kering macam I.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yass memang sesuai untuk kulit kering

      Delete
  3. Replies
    1. hahaha I pun not so sure tu tulisan apa

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.