Slider



Selamat Tahun Baru. Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi nak hidup pada tahun 2018. Sempena tahun baru ni kena la ada azam baru, semangat baru, usaha baru dalam apa juga yang kita lakukan. Tapi bukan sebab dah tahun baru, baru nak renew azam, semangat, usaha tu. Semua tu kena rajin renew sendiri hahaha. Kena sentiasa ingat apa azam nak buat, apa wishlist, apa yang kita perlu capai dalam tempoh masa tertentu jadi kita sendiri tau kita ada tujuan yang perlu dilaksanakan.


Entry I kali ni nak recap la konon nya tahun 2017 entry apa je yang I dah buat. Rajin ke tak update blog 2017 ni hahha. I rasa banyak jugak entry I buat start 2017. I akan listkan ikut kategori yang sesuai jadi pembaca blog I senang la nak cari list entry 2017. I sendiri pun senang nak refer blog sendiri kalau nak cari info. Jum mulakan ' 2017 Entry List'.


Blog
Finally Google Adsense dah approve !


Beauty Care/ Body Care/ Hair Care
Klavuu White Pearlsation Enriched Divine Pearl Serum Mask Review
Klavuu Blue Pearlsation High Coverage Marine Collagen Aqua Cushion Review
What To Do With Your Used Tea Bags
My Current Face Wash and Cleanser
Lush Haul + Review
Wordless Wednesday : Lipstick Collection 2017
Dr Morita HA Essence Watery Cream
Product Empties

MISSHA FTE Review
Lush Mask Of Magnaminty Review
My First Treatment @ Capello By Nina
My First Kiehl's Products
COSRX Acne Pimple Master Patch Review
Dr Morita and The Face Shop Sheet Mask Review
JAYJUN COSMETIC Mask Review
The Face Shop Jeju Volcanic Lava Review
Evian Facial Spray
Review : Organic Aid Vitamin E

Skincare Routine | Night
KISEKI HAIR MIST My Perfect Partner
Beauty In The Drops By 9Herbs Review
Cara senang nak cantik, sihat, bertenaga
Kiehl's Calendula Herbal-Extract Toner
Redken Clean Maniac Shampoo and Conditioner First Impression
SEP MASK FROM JEJU KOREA
Kiehl's Creamy Eye Treatment with Avocado Review
November Empties


Event
Samsung Galaxy S8 | S8+ Event
Blossom of Light by Eco Botanic
Hermo Warehouse Sale
JB UNDERGROUND 2017
Redken X Toyako Product Launch


Food
Ayam Goreng McD dan McFlurry
Thai Food Festival
Mr. Dakgalbi Sutera Mall
Dah Sampai Musim Durian Ke?
Makan Di Grease Cheesesteak & More
Makan @ Restoran Mr Steak House
Dinner @ Restoran Sayam
Sarapan di Medan Selera Dato' Sagor
Starbuck Buy 1 Free 1
Mamak hijau?
KFry Urban Korean
McD Banana McFlurry
Lunch Break at Eugene's Grocery
Amphawa Boat Noodle Johor Bahru
Mcflurry Salted Caramel + Boost + Pocky
Second Round KFry Urban Korea
Domino's Pizza Deals With Extra Mozzarella Cheese
Kisah Kendurian Yang Menyedihkan
Kopi Keju Cafe
Sushi Zanmai
Makanan Menarik Yang Boleh Anda Cuba Bila Di Melaka
KFry Third Round
Petals and Bakes Cafe
Shihlin Taiwan Street Snack
WAWA CHICKEN


Lifestyle
Palazzo Pilihan Muslimah Dari ALLEMARI.CO
Kurung Moden Sopan Dan Cantik Dari LovelySuri
6 Hari Proses Pindah Rumah
KDrama : Goblin
Pertama Kali Guna Dobi Layan Diri
Ramadhan Kareem Day 1
May 2017 Wrap Up
Weekend Update : Mood Republik x Vendville
Weekend Update : First Time Pergi Pasar.......
Diploma Konvokesyen 
Unboxing !
kerja kahwin : kasut nikah dan kasut sanding


Movie
MovieMovie Review : Guardian Of The Galaxy Vol 2
Baywatch Movie Review
The Mummy 2017 Movie Review
Despicable Me 3 Movie Review
Movie Review : Transformers The Last Knight
Movie Review : SpiderMan Homecoming



Travel
Breathtaking View @ Forest City
Homestay Miemsuia Yang Selesa Di Port Dickson
Road To Passing Out : Day 1 1/2
Road To Passing Out : Day 1 2/2
Road To Passing Out : Day 2
Ink Hotel, Penang
MAPS Tarikan Terbaru Di Perak

Movie Animation Park Studios Vol 2
Zoo Negeri Johor
Pengalaman Satu Malam di Queenspark Hotel......
A'Famosa Water Theme Park
First Day In Melaka
Second Day In Melaka
Tune Hotel Untuk Rehat Yang Berkualiti Semasa Transit


Atas ni beberapa entry I yang I dah masukkan ikut kategori. Ada banyak lagi sebenarnya entry tapi I dah tak larat nak listkan hahahahaa. Jadi kalau nak cari apa-apa dalam blog I boleh guna bahagian 'search' dekat atas sidebar okay. Masukkan je kata kunci atau apa- apa yang awak nak cari.


Antara entry I yang paling famous ialah entry Steamboat Paling Sedap di Cameron Highland. Entry ni dapat 20k view. Paling banyak kot yang I pernah dapat. Bagi I tu dah dikira banyak la. Blogger famous yang lain confirm lagi ber-ratus ribu view untuk satu entry tsktsk. Entry seterusnya dengan view 13k++ nak dekat 14k jugak la,entry Guardian Aloe Vera Gel. I rasa entry ni biasa jeee mungkin ramai yang cari review aloe vera ni sebab antara aloe vera yang murah di drugstore.


I harap lepas tengok pageview dan view count entry, I lebih semangat nak update blog tahun 2018 ni. I pun tak sangka makin hari makin bertambah view untuk blog Alhamdulillah. Harap lepasni pun makin bertambah laa.




Entry List untuk Tahun 2017




Yeay bersedia untuk December Empties.

1. Evian Facial Spray

Untuk Evian Facial Spray ni I ada buat full review dekat - Evian Facial Spray-. Boleh klik untuk review yang lebih mendalam hahaha. I beli facial spray ni dua botol, satu untuk I dan satu untuk Aiman. Aiman punya awal awal dah habis sebab dia memang rajin guna facial spray ni. Kegunaan facial spray untuk melembapkan, menyegarkan dan tones kulit kita. Tones tu I rasa bila dah makeup dan spray dan wallah ! Makeup lebih sekata haha. I suka guna benda ni bila dalam aircond dan kulit kering. Segar je bila dah spray. Botol pun cantik ada warna fav I pink huhu tu yang buat lagi best nak guna. Bagi I dia memang membantu untuk melembapkan kulit dan menyegarkan.

Tak ada reaksi alahan sebab kandungan utama dia air mineral. Sumber air mineral dia dari pergunungan apa entah I tak ingat tu yang buat harga dia agak mahal. Air mineral dia yang dalam botol tu pun sama mahal hehh.


2. Cosrx Acne Pimple Master Patch

Pack pertama dah habis. I ada lagi satu pack on the way nak habis jugak. Mostly Aiman yang guna patch ni. I pakai bila breakout masa period. Bagi I dia efektif bila jerawat tu tengah naik nanti patch ni tolong sedut benda benda kotor dalam jerawat tu. Pagi esoknya bump jerawat berkurang. Serius menjadi untuk jerawat I. Lagi-lagi jerawat yang jenis pedih tak ada mata tapi bump besar kemain tu haha. Biasa I pakai malam-malam. Pakai siang pun tak ada masalah sebab dia transparent. Tak nampak sangat la patch tu.

Selain tu membantu jugak bagi yang suka picit jerawat tu. Bila dah pakai patch, susah sikit tangan tu nak sentuh jerawat. Bila tak sentuh jerawat, tak ada la bakteria dari tangan pulak transfer ke jerawat. Yang mana selalu gatal tanya picit jerawat tolong beli benda ni hahaha. Full review I ada di entry -Cosrx Acne Pimple Master Patch -


3. Hado Labo Retinol Lifting & Firming Lotion

I tak ada buat full review produk ni sebab I beli yang tavel size kecik cenonet tu je nak cuba. Walaupun kecil tapi lama jugak dia bertahan. I pakai lepas toner. Lotion ni sejenis macam emulsion jugak la tak silap I. Dia pakai sebelum moisturizer. Untuk kulit I rasa tak banyak kesan pun dia bagi. I rasa produk ni sesuai untuk 25 tahun ke atas kot. Cuma kesan dia melembapkan kulit je pada I. Dalam ni ada retinol dan collegen memang sesuai untuk yang ada masalah kulit berkedut.


4. Klavuu High Coverage Marine Collagen Aqua Cushion

Finally dua-dua cushion Klavuu I dah habis yeayy. Haritu code 21 dah habis. Ni code 23 pulak. Code 23 agak gelap bagi kulit I tapi okay je bila dah pakai dengan produk lain. I suka kesan flawless cushion ni nampak sangat natural dan soft. Memang I rajin pakai cushion ni untuk pergi kerja. Dah jatuh cinta dengan cushion rasa nak kumpul je cushion banyak-banyak. Ada sesiapa nak sponser? Untuk full review cushion Klavuu ni boleh baca - Klavuu Blue Pearlsation High Coverage Marine Collagen Aqua Cushion - okay.


5. Bath & Body Works Lavender & Spring Apricot

Finally last bottle mist I dah habis. Sedih ! Fav I bau yang ni sebab bau dia jenis soft dan wangi bunga lavender. Suka sangat bau dia. Bulan 12 haritu ada sales BBW, mist ni murah je dalam rm20++ tak silap I. Memang haritu I beli pun time sales. Lepasni kalau nak beli tunggu sales jela. BBW ni ada banyak pilihan mist sebab tu I suka, boleh rambang mata nak pilih.


Okay itu je produk yang I dah habis guna untuk bulan December ni. Kebanyakkan nya semua produk I suka sebab tak ada kesan buruk pada kulit I. Kalau untuk skincare memang I cari produk yang melembapkan muka sebab I tak ada jerawat sangat so focus pada melembapkan kulit sahaja. Untuk makeup pula, I ada beli bb cushion baru hehe so tunggu review okay :)




December Empties




Masuk 2018 ni ramai sangat yang update 2017 best nine ni di instagram. Bukan sahaja di instagram tapi di blog pun sama. Jadi I pun nak share jugak My 2017 Best Nine. Walaupun I jarang update instagram lagi-lagi selfie tapi ada jugak la update gambar kalau ada benda best yang I pergi atau buat. 


Gambar pertama dalam row pertama tu gambar masa I konvo. Boleh baca cerita konvo I dekat entry ni - Diploma Konvokesyen. Dalam gambar tu tak ada anyah sebab dia tak dapat datang, tak nak ponteng kelas haha. Majlis konvo I pun bukan hujung minggu tapi hari isnin. Aiman pulak dia yang tolong tangkapkan gambar.


Dalam best nine I ada tiga gambar masa konvo. Yang first sekali tadi dan dua lagi gambar pada row kedua dan ketiga, gambar paling last. Dedua gambar I dengan Aiman tapi satu pakai jubah konvo dan pegang chocolate bouquet lagi satu tak. 


Gambar kedua dalam row pertama tu masa I dengan Aiman pergi Pulau Pangkor rasanya. Boleh baca entry Pulau Pangkor I dekat sini - Short Gateway Pulau Pangkor. Ini pertama kali I pergi Pulau Pangkor bila dah besar ni. Masa masih baby I memang tinggal di Pulau Pangkor. Lama jugak la tak silap I sebelum pindah Batu Gajah.


Gambar yang Aiman pakai uniform tu pulak masa dia passing out day. Hitam betul suami sendiri kena berjemur berkawad semua. Memang macam-macam la I bekalkan skincare untuk Aiman. Gambar yang Aiman pakai uniform dengan ramai-ramai tu gambar dengan family mentua I. 


Yang lain-lain tu biasa la gambar I berdua dengan Aiman. Sedondon hitam baru lepas pergi kenduri, yang sedondon pink pulak masa pergi Movie Animation Theme Park. Gambar I dengan baby tu anak sedara I nama Cammy. Sekarang dah besar dahh tau nak main je. Ini pun I dah lama tak jumpa sebab tak balik Perak lagi. Kalau balik Perak pun bukan dapat jumpa semuaorang kecuali ada majlis je. 


I harap tahun 2018 ni lebih banyak memori I dengan family dan kawan-kawan. Banyak sebenarnya I dah belajar dari pengalaman 2017, macam-macam benda jadi. Lepasni I harap I lebih matang dalam hidup. Harap murah rezeki, panjang umur dan sihat sentiasa Amin.

2017 Best Nine



Entry kali ni I nak cerita tempat menginap masa Convo Day I haritu. Kali ni menginap di Fig Tree Hill Bayan Lepas Penang. Memang excited nak tidur sini sebab bila google boleh tahan cantik jugak tempat ni. Ada jugak dengar cerita yang tempat ni dekat dalam hutan dan banyak nyamuk. I tak sure sebelum nak pergi tu tempat dia macam mana. Ingat resort/hotel biasa je. Last -last......




Tengok la gambar atas ni kawasan dia macam mana ! Dalam hutan tau. Tak silap I dalam 4, 5 kilometer ke dalam hutan jugak terletak tempat ni. Jalan nak masuk dia naik bukit, berliku dan tanah biasa tu. Tak ada jalan tar or what so everr. Serius macam jalan hutan nak hiking tapi naik kereta. Hutan dia pun I rasa memang port orang hiking sebab nampak ramai jugak la lalu lalang situ dengan baju sukan macam jogging dan hiking. 


Kalau I memang agak takut jugak nak lalu jalan masuk dia. Kalau pergi sendiri pun serius I rasa memang tak akan jumpa tempat ni. Tak ada banner ke sign ke apa pun hahha. Tempat dia memang private sangat. Sehari sebelum tu person in charged tu dah whatsapp tempat pertemuan dekat Spice Arena Penang. Dia siap bagi gambar la senang nak tunggu satu tempat je nanti dia bawakkan ke hotel . Bila dah deal pukul berapa nak jumpa, lepas I habis settle semua daftar untuk konvo lebih kurang pukul 4 petang tu baru pergi tempat jumpa tu. 


Kiteorang dua buah kereta, I dengan Aiman memang kena gerak awal nak daftar konvo, mama ayah ayang amin datang lambat sikit masa nak checkin tu je.




Mama dan ayah lepak dekat kolam ikan yang besar ni lepas kiteorang balik dari late lunch pukul 6 baru nak lunch aiyooo. Lepas chekin tu sembang sikit dengan person incharged tu. Memang biasa tak ramai orang Malaysia yang check in dekat sini. Biasa orang arab, orang putih hahahha Mungkin sebab harga dia yang mahal. Serius mahal dalam 1k untuk satu malam bergantung pada jenis bilik yang kita ambil. Tapi tempat dia jangan cakap la memang private, nampak exclusive sesuai untuk orang kaya, kawasan cantik sangat.



Ni kolam ikan yang I sempat buat photoshoot pre convo hahaha. Tengok la dia punya suasana cantik betul huarghhh tak puas sebenarnya tidur sini.



Gambar rumah belakang tu la hotel/rumah kiteorang. Boleh duduk dalam 6 ke 7 orang macam tu. Design rumah tu pelik sikit sebab dekat bahagian atas ada satu bilik dengan katil queen. Lagi satu kali queen dekat luar tapi dia tak ada bilik. Bersambung dengan ruang tamu tapi agak tersorok jugak la katil dia. Lagi satu bilik dekat bawah rumah ni. Tapi nak ke bilik lagi satu tak ada tangga dekat dalam, kena keluar dulu. Jadi design dia macam rumah dua tingkat tapi untuk ke tingkat bawah kene guna tangga luar je. Agak privacy di situ hahaha.


Jadi bilik bawah I dengan Aiman. Dekat atas mama ayah ayang dan Amin.





Atas ni gambar pool dia agak besar jugak. I ada gambar ni je sebab gambar lain semua ada dalam handphone ayang yang dah rosak tsktsk nasib la ada jugak gambar. Bayangkan malam-malam kiteorang mandi kolam tapi kat situ kiteorang je yang ada ! Best gila jadi kolam tu kiteorang yang punya hahhahha tak payah nak malu-malu nak mandi. Aiman pun tak ada nak malu-malu selamba je tolak I dalam air tu -.- Kalau I ingatkan Aiman pasal ni mesti dia bersalah lagi lemaskan isteri dia dalam air hahahhahahah Kolam dia ada untuk dewasa, untuk kanak-kanak pun ada. Memang sesuai satu family lepak situ.


Agak lama jugak la berendam dalam tu macam tak nak naik tidur pun ada. I macam biasa takut sikit dah la sekeliling hutan. Nanti buatnya ada benda terbang kat atas pokok tu hahhaha. Mama sempat la tanya orang yang bagi kunci kat kiteorg tu ada hantu tak kat sini? hahahha dia cakap tak ada, tetamu sebelum ni pun tak ada komen apa pasal hantu. Lepastu dia cakap jugak tokong banyak kat sini hantu pun tak ada nak datang. Lol.


Lepas mandi, supper pasembor dengan nasi kandar Deen Maju pulak. I dah memang penat nak makan tapi sempat habiskan pasembor favourite. Nasib baik la I tak ada cirit birit pagi esoknya nak pergi konvo. Makan banyak tak ingat dunia.


Ni pintu gerbang nak turun ke kolam ikan dan turun tempat rumah kiteorg tu. Memang cantik semua deko dia.


Ni pulak laluan dari pagar utama belakang tu. Rumah kecil yang ada lampu tu pondok guard dia.

Dua-dua gambar I dekat atas ni masa lepas subuh dah siap nak pergi konvo ye. Mata pun tak larat nak bukak lagi.

Bawah ni gambar gambar untuk tingkat pertama. Yang ada satu bilik dan dua katil queen tu. Bila masuk rumah ni memang best. Hiasan dia semua cantik-cantik. Dinding lantai semua dari jenis kayu macam dalam gambar. Air panas, sejuk semua disediakan, cawan, piring, 3in1 pun ada jugak. Semua bilik ada aircond.



Paling best dalam rumah ni ada karaoke ! Sempat nyanyi separuh lagu je wehhhh duduk sini sedeh betul sebab busy ke sana sini nak mandi kolam lagi, masa tak cukup lagi. I menyesal jugak checkin sini masa tengah busy. Patut duduk sini bila free dan luangkan masa semua dalam ni je banyak benda boleh buat. 

Ni dalam bilik first.


Almari bilik pertama. Tengok tempat sangkut baju pun lawo teruk. Jatuh cinta betul tinggal kat sini.


Meja makeup bilik first.


I dengan Ayang takut betul nak tengok cermin ni sesorang. mesti ajak sesape teman hahahhah sebab macam cermin lama yang ada hantuuuu. Padahal tak ada apa pun. Ni meja makeup bersepah masa subuh tu bersiap mintak Ayang makeupkan untuk konvo. Gigih bangun mandi awal pagi siap semua.



Ni katil kedua. Dia sekali dengan ruang tamu tapi agak tersorok sikit la. Depan katil ni toilet. Lepas keluar toilet terus lompat atas katil hahaha. Lagi satu tingkat atas ada satu toilet, tingkat bawah pun ada satu toilet. Gambar toilet pun tak ada padahal toilet dia pun cantik sangat. Lantai jenis batu batu kecil tu. Kenapa la gambar hilang T.T 


Okay bergerak ke tingkat bawah pulak. Tingkat bawah macam satu bilik dan satu bilik air. Luas boleh lari-lari dalam tuu.


Work station dan tempat surat khabar ke apa tuu hahaha. Excuse baju seluar  merata tu.




owh kat bawah pun ada tv macam kat tingkat atas. Air kosong pun ada. Peti ais pun ada sama macam tingkat atas.

Ni sofa tingkat bawah. Tingkat atas lagi complete la ada tiga sofa yang jenis set tu lepas tu ada coffee table.




Atas ni gambar almari dia belah kiri tu, pintu bawah  air cond tu pintu ke toilet. Nak masuk toilet ada dua tiga anak tangga which is so cantikkkkkkkkkkkkk dan I bengang sebab tak ada gambar toilet ! Google jela ea kalau nak tengok hahahha. Bawah ni pun katil queen. I suka dekorasi dia jenis kayu-kayu macam ni, carpet pun cantik tsktsk bila dapat hias rumah sendiri niiii.

Antara facilities lain yang ada dekat sini, tempat bbq pun ada. Harga resort ni termasuk breakfast. Nanti malam tu pekerja akan tanya nak berapa pax breakfast, pagi esoknya dia hantar ke bilik. Wifi pun boleh tahan laju. Ayang puas la dia nak online kat sini, tapi line fon agak limited a.k.a tak boleh guna selain digi... Biasa la dalam hutan kan. 


Pengalaman I tidur sini, nyamuk tak ada masalah. Rasa tak ada banyak nyamuk pun. Dalam setiap bilik dia memang dah sediakan ubat nyamuk elektrik tu hahaha. Yang kiteorang tidur ni nama Jasmine. Dia ada yang lain jugak seperti Melor dan Cempaka yang semestinya design jenis lain pulak. I bagi lima bintang ! Best. Pekerja dia rajin tolong angkat beg tapi tak faham bila orang tanya hahahha....


Fig Tree Hill Resort
Address: Jalan Kenari, Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Phone: 019-362 0270
Untuk Book boleh tekan website bawah ni

Fig Tree Hill Resort Penang



Syarat senang ! Jum join dengan klik banner di atas.



Give Away Hadiah Misteri dari ASTraveler!




Jum join giveaway Tengku Butang pula. Klik banner okay

TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY HUBBY AND HARRAZ!

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.