okay let's update new entry since i free now. sekarang ni 'me time' haha pakai mask and relax sambil update blog. harini memang busy sangat dari pagi sampai malam so nak rest kan kulit dengan pakai mask harap esok appoinment dengan wedding planner muka segar tanda excited hewhew. 


ni my current toner.


product : Yves Rocher White Botanical Exceptional Toner 200ml
part : toner
harga : RM 109 ( i beli time sales so lagi murah )


okay ni my very very first toner. sebelum ni i tak pernah pun pakai toner. dulu time Yasmin curate @twtkecantikan terus terpengaruh dengan dia sebab dia pun guna toner ni. kulit dia cantik gila okay flawless glowing tahap apa tak tau memang goals betul kulit camtu. dah terpengaruh so kita beli la.






pengalaman i toner ni memang membantu kulit i. before ni tak pakai toner and lepas pakai toner memang rasa berbeza laa kulit. toner memang wajib dalam skincare rutin ye sebab nak balance kan ph kulit dan membantu kulit mengikut fungsi toner tersebut. for me toner ni membantu untuk kulit lebih segar dan buat kulit jadi gebu hahahah yes memang rasa kulit lagi gebu dan lembut. toner ni jugak ada effect memutihkan. sesiapa yang mencari toner yang mempunyai kesan untuk anti aging boleh try produk ni. 


i guna sampai nak habis dah ni memang jerawat pun jarang keluar. kalau keluar pun time stress mengadap assignment and time malas cuci muka hahaha. malas tu kekadang je. kalau toner semua tahan lama i rasa. sebab guna pun sikit je and dalam bentuk cecair so dalam 9-10 bulan jugak tahan


and insha Allah tak perlu risau sebab produk Yves Rosher ni dah diuji under dermatologis okay. and Yves Rocher ni memang brand yang memang dah famous amoss dah. paling best tak ada bahan berunsur haiwan, tak ada paraben, colorant and mineral oil free. nama pun botanical




penutup botol dia jenis bukak tutup macam ni ye. jadi tak payah risau penutup hilang ke apa sebab penutup attach sekali dengan botol. botol dia pun dari plastik senang nak jaga tak takut pecah ke senang simpan dalam beg.



cecair jernih and tak nampak pun haha



lepas beberapa minit sapu toner


cecair dia jernih and tak milky ke apa. cara nak pakai toner ni guna cotton wool pad tu. letak la berapa banyak kat cotton wool pad tu then sapu dengan cara menarik macam tu ye bukan dab dab ke apa kalau dab dab je kotoran yang lebih lebih tu tak tanggal la. i akan pakai toner selepas cuci muka pagi dan malam. ada yang hanya guna toner untuk malam je. depends kat kulit korang okay 





ni contoh cotton wool pad i from watsons. pack ke 3. haritu i ada terbaca yang cotton puff dari daiso best so nanti boleh la try okay. kalau nak cuci mata tengok product apa menarik dari Yves Rosher ni boleh tengok laman web dia okay - Yves Rocher







p/s : tolong klik satu, dua kali iklan kat sidebar and bawah entry :) thank you !

a toner that gives your skin new translucency - Yves Rocher


hai

since i masih lagi study so tak ada income sendiri lagi. i tak sabar sebenarnya nak kerja ada duit sendiri nak beli macam- macam untuk diri sendiri. and of course macam macam jugak nak beli untuk kesayangan and family. jadi tunggu jela bila sampai waktu nya. walaupun sebenarnya ramai cakap kerja ni tak best tapi still kena kerja jugak kan untuk dapat income.


ni antara barang yang i nak beli bila ada duit hahaha bila nak ada duit tu tak tau la. i memang suka try produk skincare lately ni apa yang best mesti rasa nak try. so here we go



1. makeup bag organizer as my skincare bag organizer
i bukan makeup junkie. sebab memang tak reti makeup. soon kot baru nak belajar bila dah ada duit nak beli barang makeup semua. sekarang focus kat skincare je dulu. i seriously nak beg macam ni tapi medium size mungkin. untuk letak semua barang skincare since i selalu balik penang to perak. sekarang pun ada beg jugak tapi yang kecil punya dan kalau ulang alik balik pun tak semua barang dapat bawak. kalau ada beg camni kan best barang tersusun senang nak bawak. dah la beg ni comel. i google je gambar



2. Etude House Wonder Pore Freshner
my seriously-wishlist-toner ! yes i need this. since my current toner, Yves Rocher dah nak habis dah pun. muka i tak ada masalah pori besar ke apa sebenarnya tapi bila baca banyak review untuk toner ni rasa nak cuba. dah la Hermo banyak discount setiap hari tengok website hermo je tsktsk





3. Scinic Honey All in One Ampoule
i jumpa produk ni kat twitter since i memang follow semua beauty junkie on twitter and banyak best review. sejak tu rajin la baca review pasal produk ni. harga not bad ig shop yang pernah i tanya dalam rm80 exclude postage. still mahal bagi i yang student ni. so mari kumpul duit. i memang suka semua jenis skincare yang inlude honey dalam bahan dia. madu kan memang banyak kebaikan.




4. Laneige x Lucky Chouette BB Cushion
omgeeee i dah lama usha bb cushion ni so comel!!! dah la ada pink pink bagai hahahah. kalau tak silap baru launch Laneige yang ni. this one untuk Laneige Meets Fashion tahun ni colab antara Laneige and Lucky Chouettee. dalam awal september haritu i ada pergi counter Laneige tapi still tak ada lagi yang ini and tengok instagram Laneige pun diaorang akan launch dalam pertengahan september. so siapa yang berminat boleh la dapatkan bb cushion comel ni.





5. Lancome Juicy Shaker
i jatuh hati dengan juicy shaker ni bila nampak kat twitter ke instagram Nisha. comel sangat benda ni. lepastu tengok vlog Faafirds pulak dia guna benda ni jugak and salah satu favourite dia. huarghhh nak try ! tapi mesti mahal kannnn hahaha ada banyak perisa untuk juicy shaker ni and kalau tak silap ni pun produk baru dari Lancome. okay baru lepas google harga kat sephora rm95 yummy



6. soap & glory
haritu i jejalan dekat sephora aeon klebang and nampak set ni. memang eye catching betul sebab semua pink! so i plan hujung bulan ni nak shopping soap & glory punya body scrub. kalau tak silap i harga dia sangat affordable.


7. stand vanity mirror
every makeup junkie ada benda ni. hahaha kalau tak silap i laa. memang cantik pun cermin macam ni. i tengok kat lazada pun murah je around rm15, rm17 macam tu je okay. i tunggu pindah rumah baru beli kot. cermin yang simple je







7 beauty wish list


assalamualaikum and hai


jadi harini i nak review lotion from Nivea range skin delight. lotion ni tengah hot sekarang sebab baru keluar di pasaran. i tertarik dengan lotion ni sebab nampak Izara Aishah promote lotion ni kat instagram dia. blogger lain pun ada buat review jugak. then pergi mydin haritu terjumpa lotion ni sedang promosi so apa lagi beli la.



since my Nivea Creme dah habis haritu tak ganti lotion lain lagi. botol dia pun cantik sebab warna biru. i beli yang kecik je sebab nak try hahaha harga yang kecil ni masa promotion rm11.90 kalau tak silap. harga asal rm17 something?





lotion ni ada dua bau iaitu Glowing Rose dan Relaxing Lavender. dua dua bau wangi. tapi personal favourite i yang lavender tu sebab bau dia soft. i selalu pakai losyen malam sebelum tidur. kalau siang tu malas sikit sebab nak siap cepat je. kalau ada yang tak tahan lotion yang over wangi boleh try Nivea Skin Delight ni sebab bau dia tak mengganggu hidung pun















losyen ni tak payah sapu bebanyak pun sebab sikit je dia dah cukup melembapkan kulit sebab oil dan body milk yang ada dalam lotion ni. selalu losyen lain mesti i sapu banyak sebab nak bagi dia terasa lembap tapi losyen ni sapu banyak untuk kaki dah boleh rata satu badan agaknya. dan of course tak melekit dan cepat serap walaupun texture dia creamy.


overall rating : 5/5
melembapkan : 5/5


shop online : guardian | watsons 




nivea skin delight




assalamualaikum, hai


tak terlambat lagi rasanya nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha semua. haritu singgah Aeon sebab anyah nak beli body mist face shop jugak macam i punya. masuk outlet dia then tanya la ada sales tak, orang kedai tu cakap raya haji nanti ada sales which is dua hari sebelum raya haji sampai 13 sept tu. so datang nanti jela beli. kalau nak dapat sales jangan lupa datang outlet The Face Shop time musim perayaan


ini yang i beli





Perfumed body mist. perfume ni wangi sangat. first time beli dulu memang nak kumpul la semua botol sebab botol pun comel. ada 5 bau yang wangi iaitu rose water, cherry blossom, pure cotton, green tea, and sugar berry. yang cherry blossom tu my first body mist. so yang tak beli lagi green tea punya. walaupun nama dia green tea tapi tak ada la kuat sangat bau green tea dia still bau yang wangi okay. perfume ni rm33++ kalau tak silap and harga sales rm28++





then i pilih mask pulak. mask face shop ni memang fave i. dia punya effect kat kulit memang best rasa lembut and nampak flawless hahaha. so pilih la 4. ada sales jugak harga biasa rm5++ untuk sekeping dan untuk promosi rm4 something. banyak jenis mask yang ni tapi i pilih untuk hydrating and moisturizing





disebabkan total barang semua almost rm120 untuk dapatkan kad so i tambah lagi mask tapi dalam range yang lain. ni mask baru dari The Face Shop kalau tak silap. amik 4 keping jugak sebab mask ni pun memang ada 4 jenis.




untuk pembelian rm80 something kot akan dapat satu mask percuma. so barang i dah lebih rm120 and dah daftar untuk kad ahli so i dapat upgrade mask kepada pencuci muka ni yeay. memang dah lama teringin nak try skincare dari The Face Shop. mungkin kalau pencuci muka ni best i akan try yang lain pulak







dalam paperbag tu pun dia masukkan sekali pamplet produk baru dyorang untuk anti aging. kalau berminat boleh la try nanti. i pun tak ada skincare untuk anti aging n i baca patut mula dari muda pakai produk anti aging. patut try nanti



klik kalau nak tengok produk dari The Face Shop
and here Facebook The Face Shop

salam aidiladha with The Face Shop


assalamualaikum and hai






ni favourite produk i time jerawat bermaharajalela lagi2 time period. memang semua perempuan akan hadapi benda ni. kalau time acne muncul kat muka pun mesti cari tea tree oil ni. tea tree oil mengandungi banyak manfaat kepada kita dan mempunyai antibakteria yang kuat. kadang2 kalau ada serangga gigit kat mana2 bahagian badan pun i akan sapu tea tree oil ni. memang berguna untuk kecemasan. banyak jenama tea tree oil ni seperti the body shop, thursday plantation



i akan pakai tea tree oil ni pada jerawat. pengalaman i oil ni memang mengecutkan jerawat tapi kalau nak guna untuk menghilangkan parut jerawat memang tak sesuai. untuk parut jerawat cari produk lain okay. dannnn insha Allah oil ni tak meninggalkan parut kepada jerawat unless tangan gatal picit jerawat dulu.



bawah ni packaging Aiken Tea Tree Oil



kiri


kanan



belakang



produk : Aiken Tea Tree Oil 10ml
harga : rm11/12 ++
bahan : 100% pure tea tree oil 
rate : 5/5
repurchased : yes!



botol


cara i pakai
first cuci muka and pakai toner. kemudian pakai tea tree oil. tunggu kering and serap dengan baik then baru pakai mask, moisturizer dan lain-lain. kulit i akan jadi mengelupas or kering kalau pakai terlalu banyak oil ni. kadang2 i geram jugak dengan jerawat so over letak oil hahahhaha. so untuk mengelakkan kulit mengelupas i akan pakai moisturizer selepas itu dengan secukupnya. tapi kalau korang pakai oil ni sikit2 je secukup yang diperlukan, tak akan mengelupas. ni berdasarkan pengalaman i 


 fyi ni botol i yang ke 4. pakai since 2 tahun lepas. dan satu botol tahan lama for me dalam 5,6 bulan. sangat berbaloi dan murah. tapi sebelum guna untuk acne, try test kat bahagian lain macam leher or bawah dagu. sebab kawan i ada yang tak sesuai dengan tea tree oil ni. so better buat test dulu untuk kesesuaian kulit.

kadang kalau i lepas pakai oil ni mesti adik2 macam "bau amende busuk ni" hahahah yes bau dia pelik sikit dan mungkin busuk tapi for me bau dia okay je dan tak ada laa lama sangat bau nya nanti hilang jugak. mungkin epas pakai bau kuat sikit. i beli oil ni Guardian. pernah jugak cari kat Watson tapi tak ada. 



 bahagian belakang botol







transparent oil


pros
cepat serap
mengecutkan jerawat dalam masa 1 hari (pengalaman, kulit sendiri)
murah
botol kecil senang bawak merata
boleh guna untuk pelbagai kes


con
bau kurang menyenangkan



korang boleh beli di - LAZADA dan GUARDIAN ONLINE



kalau ada apa2 soalan boleh bagi kat bahagian komen okay babai




how i treat my acne


assalamualaikum and hai

haritu saja keluar jalan jalan dengan tunang. plan nak pergi makan tapi tak tau nak makan kat mana. dah pukul 11 lebih banyak kedai dah tutup sebab weekdays kan. last last mari la pergi mcD. sebab dah lama sangat tak makan mcD. bukan peminat mcD yang tegar tapi kalau teringin tu makan la apa lagi. supper mcd 


masuk je mcD tengok ramai budak uitm study kat situ hahaha then pergi kaunter tengok menu ada burger baru. ok sebelum ni tak tau pun pasal burger baru ni. dalam gambar sedap so order la burger syok ni. order sekali ice cream mango tu. ice cream tu memang dah lama teringin sebab tengok kat twitter semua ramai update ais cream tu sedap huh jealouse betul dah la i memang minat mango


Discover the taste of Malaysia with the NEW Burger Syok!
Created specially to satisfy the Malaysian taste bud, the all-new spicy Burger Syok is served with a marinated grilled whole chicken thigh topped with fresh lettuce, mixed vegetables, drizzled with a special spicy Syok sauce, all in a warm sesame seed bun.


for me memang sedap la burger syok ni. tunang i pun cakap sedap haha sebab kitaorang memang jujur kalau sedap cakap sedap kalau tak sedap terus cakap tak sedap hahaha. bun dia memang lembut, sayur dia macam biasa je and i punya burger bersepah sepah sayur dia, sos dia yang special tu. rasa pedas plus masam sikit tapi nice. daging ayam dia pun yummy


burger ayam



sesame seed bun


memang biasa tambah sos cili and sayur bersepah



set ni sekali dengan burger, fries and air Fanta Frozen. air dia pun sedap tapi memang hancur diet laaa... kalau tak silap i set burger ni untuk masa yang terhad sahaja. dari 22 ogos hingga 16 september. so sesiapa yang teringin tu cepat la try okay kalau tak teringin tak payah try. 


lukisan kat box burger ni collab antara mcD and Datuk Lat. kat box tu pun ada sign Datuk Lat. Datuk Lat ni memang pelukis kartun macam ni. 


by Datuk Lat






food : McDonald's Burger Syok
price : rm 14/15 something


i and tunang.




mango mcflurry


Mango Mcflurry ni dari Mango Mania Series. sedap sangatttttt... bagi yang tak suka benda manis mungkin akan rasa ice cream ni over manis tapi for me sangat sedap hahaha sampai nak order lagi satu tapi batalkan hasrat. tetiba sedar diri nak diet. baru turun berapa kilo dah makan macam-macam. lagi satu jenis adalah Mango Sundae. yang ni i tak rasa lagi tapi Mango Mcflurry ni memang rasa la mango tu dalam potongan kecil.


next time nak rasa yang sundae tu pulak. okay cukup la entry kalori kali ini. 






McDonald's the new burger syok

assalamualaikum and hai :)


2 september semalam hari jadi i. jumaat 2016. so tanpa pengetahuan i, my fiance and family buat surprise party. party? hahaha tak adalah party sangat. makan makan and belon banyak yeay. dah lama sebenarnya nak sambut birthday macam ni bila dah umur 21 tahun and ada kesayangan yang nak uruskan surprise so here we go :) 

ceh sebelum 2 sept tu beria tunang cakap tak ada nak buat apalah, tak ada idea nak sambut tapi ada jugak hahaha. petang tu keluar dengan tunang, adik2 and mama yang uruskan belon, susun makanan semua. pagi tu tunang dah siap hantar kek and kfc kat rumah dulu. plan baik punya and i pun tak tau dia ada keluar sebab biasa kalau nak keluar mesti inform each other


so petang tu keluar tengok wayang dengan tunang, lepas habis tengok wayang, tunang ajak beli sleeping mask sebab nak gerak tu terus kena tutup mata guna sleeping mask tu hahaha i yang excited pilih sleeping mask sebab semua comel comel. lepas tu sempat grab topi party 


mata baymax



pening jugak pakai benda ni lepastu naik kereta. dah la gelap je dengan goyang kereta tu. dah sampai terus adik i yang bawak turun dari kereta and masuk rumah. yes surpriseeee kat rumah hahaha masuk rumah and bukak mask tu terus diaorang letupkan guna benda bersepah tu. lepastu tunang dah cuak benda meletup tu buat rumah sepah gila 




adik2 tolong tiup, susun belon. makanan mama sediakan



thank you tunang buat surprise haha



 huruf A terlebih




amin and mama



opah :D



adik adik yang penat urus belon




yeay 21 tahun dah. benda warna warni ni la yang bersepah satu ruang tamu




cake


last, thank you semua yang buatkan birthday surprise ni. ayah tak ada dalam gambar sebab kerja and balik lambat tsktsk. 

i hope dah umur 21 tahun ni semakin matang buat keputusan dalam hidup :') semoga berjaya dunia wal akhirat Syaidatul Syahirah






#syaidatulsyahirahturns21

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.