7 beauty wish list


hai

since i masih lagi study so tak ada income sendiri lagi. i tak sabar sebenarnya nak kerja ada duit sendiri nak beli macam- macam untuk diri sendiri. and of course macam macam jugak nak beli untuk kesayangan and family. jadi tunggu jela bila sampai waktu nya. walaupun sebenarnya ramai cakap kerja ni tak best tapi still kena kerja jugak kan untuk dapat income.


ni antara barang yang i nak beli bila ada duit hahaha bila nak ada duit tu tak tau la. i memang suka try produk skincare lately ni apa yang best mesti rasa nak try. so here we go



1. makeup bag organizer as my skincare bag organizer
i bukan makeup junkie. sebab memang tak reti makeup. soon kot baru nak belajar bila dah ada duit nak beli barang makeup semua. sekarang focus kat skincare je dulu. i seriously nak beg macam ni tapi medium size mungkin. untuk letak semua barang skincare since i selalu balik penang to perak. sekarang pun ada beg jugak tapi yang kecil punya dan kalau ulang alik balik pun tak semua barang dapat bawak. kalau ada beg camni kan best barang tersusun senang nak bawak. dah la beg ni comel. i google je gambar



2. Etude House Wonder Pore Freshner
my seriously-wishlist-toner ! yes i need this. since my current toner, Yves Rocher dah nak habis dah pun. muka i tak ada masalah pori besar ke apa sebenarnya tapi bila baca banyak review untuk toner ni rasa nak cuba. dah la Hermo banyak discount setiap hari tengok website hermo je tsktsk





3. Scinic Honey All in One Ampoule
i jumpa produk ni kat twitter since i memang follow semua beauty junkie on twitter and banyak best review. sejak tu rajin la baca review pasal produk ni. harga not bad ig shop yang pernah i tanya dalam rm80 exclude postage. still mahal bagi i yang student ni. so mari kumpul duit. i memang suka semua jenis skincare yang inlude honey dalam bahan dia. madu kan memang banyak kebaikan.




4. Laneige x Lucky Chouette BB Cushion
omgeeee i dah lama usha bb cushion ni so comel!!! dah la ada pink pink bagai hahahah. kalau tak silap baru launch Laneige yang ni. this one untuk Laneige Meets Fashion tahun ni colab antara Laneige and Lucky Chouettee. dalam awal september haritu i ada pergi counter Laneige tapi still tak ada lagi yang ini and tengok instagram Laneige pun diaorang akan launch dalam pertengahan september. so siapa yang berminat boleh la dapatkan bb cushion comel ni.





5. Lancome Juicy Shaker
i jatuh hati dengan juicy shaker ni bila nampak kat twitter ke instagram Nisha. comel sangat benda ni. lepastu tengok vlog Faafirds pulak dia guna benda ni jugak and salah satu favourite dia. huarghhh nak try ! tapi mesti mahal kannnn hahaha ada banyak perisa untuk juicy shaker ni and kalau tak silap ni pun produk baru dari Lancome. okay baru lepas google harga kat sephora rm95 yummy



6. soap & glory
haritu i jejalan dekat sephora aeon klebang and nampak set ni. memang eye catching betul sebab semua pink! so i plan hujung bulan ni nak shopping soap & glory punya body scrub. kalau tak silap i harga dia sangat affordable.


7. stand vanity mirror
every makeup junkie ada benda ni. hahaha kalau tak silap i laa. memang cantik pun cermin macam ni. i tengok kat lazada pun murah je around rm15, rm17 macam tu je okay. i tunggu pindah rumah baru beli kot. cermin yang simple je







1 comment

  1. wow banyaknya... best pulak tu..


    http://hello-vitamin.blogspot.my/

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.