hai u olls. Aiman n i suka sangat tengok Runningman. suka tahap i boleh ulang episod sama sampai 5,6 kali mungkin hihi lepas tu mula la terpengaruh tengok Runningman punya episod yang makan makan tu. craving makanan korea dia. nampak sedap je diaorang makan. so haritu Aiman ambil i kat Penang and plan nak makan kat satu restoran makanan korea tu tapi i tak jumpa kedai dia mungkin dah tutup. terus rasa sedih gila huarghhhhh


last last kiteorang makan Pasembor menari kat area Gurney Plaza tu je. makan Pasembor pun Pasembor buat hal. pilih ubi tapi ubi tak masak. ganti ubi lain pun still tak masak sepenuhnya hahahahha rasa nak belasah orang je


then balik Perak jalan jalan kat kat Aeon Kinta City. plan nak makan Seoul Garden sebab dah craving makanan korea sangat ni. sebelum tu pergi Daebak Dakgalbi area Ipoh Garden rupanya tak halal hahahahahaha


nasib baik Aeon Kinta City baru bukak Seoul Garden Hotpot ni. craving satisfied even tak sesuai sangat dengan tekak hahahaha



so kitaorang order kimchi pickles,  chicken bulgogi bap, kimchi bokkeum bap, green tea ice with honey


green tea tu sedap. dah la ais and sekarang ni memang tengah amalkan green tea so memang favourite la sesuai sangat dengan tekak. chicken bulgogi tu plak i rasa muak sikit bila makan. yang sayur macam bean sprout tu tak sedap. tapi tak sedap pun i telan jugak. maybe ni la rahsia kulit orang korea cantik cantik sebab makan sayur banyak dan kurang perasa.


kimchi tu memang sedap. dalam chicken bulgogi and kimchi bokkeum tu pun ada kimchi tapi still tambah lagi satu kimchi sahaja. and makanan tu sekali dengan sos. untuk tambah perasa sendiri la kot 



and
deep fried wing stick with spicy coating.

ayam ni sedap okay ! confirm datang sini nak makan chicken wing ni je. yang lain lain ni biasa je makan pun tak habis ahaha. nak sangat try makanan korea. for me rasa dia kurang sikit. mungkin perut pun dah masuk angin lambat makan duk mencari restoran makanan korea yang best tsktsk cari berjam lama... so kena kumpul duit pergi Korea nanti untuk memuaskan nafsu makanan korea !







okay cara dia cari tempat duduk yang strategik. pelayan akan hantar menu dan borang menu untuk di isi. i selalu pangil borang menu tu as exam sebab nak menulis nak order apa pun macam fikir nak jawab exam ! then bawak kertas tu pergi kaunter and bayar. lepas tu tunggu makanan anda. dah habis makan chau !


gambar bibimbap yang menarik :'')


okay yang ni antara menu Seoul Garden Hotpot ni. banyak jugak yang menarik macam sup dia semua i tengok orang makan pun nampak sedap mungkin lain kali boleh try huhu







muka i dengan Aiman yang pipi makin gemok bukan ke sepatutnya nak naik pelamin lagi kurus haihhhh sabar jela. mungkin boleh start diet sekarang haha okay itu saja. food hunting tak akan stop sampai sini je tunggu next entry okay

memuaskan nafsu makanan korea dengan Seoul Garden HotPot

assalamualaikum and hai !


paling wajib tiap kali i dengan aiman sama sama balik perak ialah tengok movie ! tak boleh kalau tak tengok sebab masing masing kat johor dengan penang nan hado nya tengok movie. tengok dalam lappy je. so plan dengan aiman nak tengok midnight. check website showtime semua and pilih la movie Miss Peregrine's Home for Peculiar Children. dah lama nak tengok cerita ni. plan nak tengok Horizon Water tapi masa tak sesuai. 

Miss Peregrine's Home for Peculiar Children ni cerita fantasi and adaptasi novel. i memang suka cerita camni. tapi macam biasa aiman confirm akan tertidur dalam wayang -.- kalau tengok midnight confirm ! kiteorang kalau balik perak memang busy memanjang lagi lagi balik kali ni sebuk uruskan hal kahwin and malam dah penat




cerita ni mengisahkan Jake yang rapat dengan atuk dia. atuk dia ada kuasa luar biasa and sama jugak macam Jake tapi Jake ni tak sedar pun dia ada kuasa luar biasa sampai la dia jumpa Miss Peregrine ni dan rakan-rakan atuk dia yang lain. cerita dia sangat panjang kalau tak silap i dalam 2 jam lebih and a bit slow la jalan cerita dia. kalau tak slow aiman tak tertidur dalam wayang kot hahahha


i je yang gigih focus dalam wayang sebab minat cerita macam ni. ada jugak scene yang lawak. Miss Peregrine ni tugas dia untuk menjaga anak-anak yatim yang mempunyai kuasa luar biasa ni. and of course dalam setiap cerita ada watak jahat kan. watak jahat ni iaitu sape entah i dah lupa. tapi watak jahat ni nak mata anak anak yatim yang mempunyai kuasa luar biasa ni untuk dia kekal bentuk sebagai manusia bukan raksaksa !




ni la anak-anak yatim bawah jagaan Miss Peregrine. ada beberapa orang lagi tapi Jake jumpa diaorang ni dulu time kali pertama Jake cari rumah anak yatim yang atuk dia tinggal dulu.




siapa yang minat cerita fantasi ni boleh la tengok. kalau korang tak suka cerita yang slow jangan tengok hahahah nah i bagi trailer dia dulu. i suka tengok Miss Peregrine ni cantik sangat lagi lagi makeup dia 





movie : Miss Peregrine's Home for Peculiar Children 
running time : 130 minit
rating : 


Miss Peregrine's Home for Peculiar Children



hai harini i nak kongsi kali pertama and kali kedua i beli barang dengan Hermo.my. website Hermo ni favourite i sebab selalu buat sales dan sales nya bukan sikit sikit tapi sampai 90% pun ada okay. first time i beli dari Hermo sebab ada discount untuk brand laneige. dah lama sebenarnya baca review baca blog pasal Laneige ni. and lagi terpengaruh bila time tu tengah hot kdrama Decendents of The Sun. Song Hye Kyo ni duta Laneige and dia cantik sangat sangat memang minat gila la.


Hermo.my akan pos barang korang menggunakan kotak mereka sendiri. dan mereka sangat menjaga kualiti produk agar produk yang sampai ke tangan pelanggan berada dalam keadaan yang baik. jadi tak perlu risau nak beli skincare botol kaca ke, nak beli bb cushion or even compact powder ke tak akan pecah punya.










so first time beli dari Hermo i beli Laneige Water Bank Essense. i love it ! effect dia kat kulit cantik sangat boleh buat kulit jadi glowing daan nampak sihat. yang ni botol kecil je and twin pack. walaupun botol dia kecil je tapi tahan lama. terus jadi wishlist nak beli botol yang besar nanti ! 





next Laneige Water Sleeping Ball. i ada buat review untuk sleeping mask ni di sini - Laneige Water Sleeping Ball - Laneige ni memang dah jadi favourite brand i and tunggu i kaya je ni memang terus beli satu set agaknya hahaha



kali kedua beli dengan Hermo.my i guna alamat Poli i. hahaha so gambar memang buruk sebab sebelum ni i tak ada blog so tak expect pun nak post kat blog :) and gambar ni pun i bagi tunang i nak tunjuk apa yang i beli so low quality sikit. website Hermo.my ni sangatlah friendly user dan senang nak guna. cari barang pun senang guna tempat search tu atau klik kat bahagian nama brand yang kita nak. Hermo.my pun ada buat seksyen untuk kategori barang yang sedang sales mengikut barang makeup atau skincare atau barang barang yang famous ! senang je nak membeli dengan Hermo.my tau





ni kali pertama try mask Innisfree. so far okay la kesan pada kulit pun okay tapi i jarang jumpa yang sheet mask jenis cecair yang milky. selalu cecair jernih je kan. 






Missha Time Revolution The First Treatment Essence Intensive ! fuh panjang sangat namanya. nanti i akan buat review untuk produk ni. ni produk dupe ataupun pilihan lain untuk SkII. lagi murah dari SkII tapi kesan yang sama.


untuk korang yang suka skincare, makeup dari Korea, Jepun and Taiwan boleh la tengok tengok website Hermo.my ni. banyak produk, banyak sales, banyak pilihan semua banyak ! kalau tengok website confirm rambang mata. i rasa banyak dah wishlist i kat website Hermo.my tu hahaha.


okay i ada hadiah special untuk para pembara blog i. korang klik link ni Hermo.my and daftar account Hermo.my so secara tidak langsung korang boleh dapat voucher RM15 ! banyak tau baucer RM15 ringgi ni kalau beli barang banyak pun boleh kurang kan jumlah belian korang sebnyak RM15 ! so apa lagi klik link ni Hermo.my and korang akan terus pergi ke website Hermo.my and sign up untuk dapatkan voucher RM15 !



shop at : Hermo.my



kali pertama dan kali kedua membeli di Hermo.my and free voucher RM15 !

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.