bioderma sensibio light soothing cream


assalamualaikum

yes akhirnya dapat jugak update blog. baru sampai rumah dari penang dan sebenarnya tidur, rehat pun tak cukup ! baru lepas settle 3 paper final yang menguji otak. dan2 la buat soalan susah susah sebab dah last sem ni kannn... barang dari penang pun tak habis bawak masuk bilik lagi bersepah kat ruang tamu huhuhu


so harini nak cerita moisturizer yang i guna sebelum moisturizer sekarang. Bioderma Sensibio Light ni i dapat free sample time order from Hermo.my. walaupun sample je tapi banyak sangat isi dia boleh tahan dalam 2,3 bulan okay. i pakai moisturizer ni macam moisturizer biasa je. dua kali sehari selepas toner and essence. dan mengikut saranan produk ni pun sapu sekali atau dua kali sehari di muka dan leher selepas cleanser.


kecil and comel je





for me nama dia soothing creme termasuk di bawah moisturizer jugak. jadi Bioderma Sensibio Shooting Creme ni boleh jadikan as daily moisturizer. sesuai untuk kulit sensitif, membantu kulit sensitif dan jenis kulit normal and combination. sebelum nak beli apa apa produk pastikan jenis kulit awak dulu so senang nak pilih produk yang memang fungsi dia sesuai mengikut jenis kulit. kulit lebih terjaga dan dapat membantu masalah kulit korang.


produk Bioderma ni pun semua best. dermatolody tested, banyak review bagus. tapi memang habis la duit semua memahal T.T


jenis cream macam ni


moisturizer ni memang senang serap kat kulit and kulit terasa lembut je. tapi kalau i over apply nanti akan rasa melekit sikit. tapi memang serius best effect moisturizer ni terasa dia beri kesan kat kulit. redness i pun kurang sikit sebab memang sesuai untuk kulit sensitif kan. moisturizer ni boleh jadikan as makeup base jugak. kalau i biasa pakai skincare terus and pakai bb cream/ foundation semua tak cakey atau bertompok ke apa pun. lagi rasa dia sesuai dengan kulit and acah natural? hahahhhah



selepas sapu


dan sapu lagi akan cepat je serap tak tinggal apa pun tapi kulit so lembut !


pros
- fragrance free ! sesuai untuk kulit yang tak tahan pewangi yang berlebihan. walaupun tak ada pewangi bau dia still tak busuk ke menggangu hidu ke apa. normal je
- hypoallergenic. tak akan menyebabkan alergic ke apa
- surfactant free
- paraban free. yes untuk yang care sangat pasal paraban dalam skincare or kosmetik tak payah risau okay sebab tak ada paraban. tapi sebenarnya paraban ni tak memberi kesan sangat pun kepada kulit kalau dalam kuantiti yang sedikit.
- non-comedogenic. tak akan menyebabkan pori tersumbat. kalau yang pori besar ke mesti macam risau jenis jenis produk yang boleh sumbatkan pori kan. kesah ke? hahaha. 



and paling suka apply moisturizer ni lepas pakai mask. perasan flawless terus !


kalau nak tahu lebih banyak produk Bioderma ---> bioderma














4 comments

  1. Wah macam best je bioderma ni 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestt.boleh try kalau nak tkar moisturizer

      Delete
  2. macam best. lagipun sha tengah cari mosturizer ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. try laa boleh tengok kesan kat kulit sendiri

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.