Jack Reacher movie review & bangunan cantik di Kampar





assalamualaikum


lepas kemas bilik je confirm ada mood nak update blog haha sebab kalau kemas bilik dah sah mood rajin datang. baru je habis kemas bawah katil ni clear kan semua barang barang and vacum habuk. semua barang barang yang tak berguna and semestinya bukan barang I semua hangkut masuk stor. buaian time I kecik lagi pun ada bawah katil ni. mama simpan untuk cucu ke apa


I ada dua movie review lagi tak update dan salah satunya Jack Reacher : Never Go Back. okay tertanya tak kenapa Never Go Back? tu kena tengok sendiri cerita ni. hahaha I cerita sesikit je okay tu pun dah banyak dah lupa cemana ke ceritanya. dah la banyak tengok movie lepas tu lambat update. bawah ni trailer movie ni







mesti yang dah tengok cerita ni sebab terpengaruh Tom Cruise berlakon kan. first impression I "cool nya Tom Cruise ni" haa disebabkan Tom Cruise aka Jack ni sebagai bekas askar kot so dia pandai la lawan, guna pistol semua. jalan cerita dia di sebabkan Jack ni nak melindungi anak perempuan dia yang dia baru tahu dia ada anak perempuan. dalam nak selamatkan anak perempuan dia macam macam benda la jadi. banyak betul dia dalam ayat ni hahahah


nak bongkarkan kegiatan orang jahat la, nak dedahkan siapa orang jahat dalam organisasi tu, lepastu macam mana hubungan kekeluargaan dia dengan anak dia. tapi last last tau jugak itu betul atau tak anak dia. cerita ni macam relax je jugak hahaha I rasa semua cerita I cakap relax je. sebab tak rasa stress macam ada satu movie tu bila I tengok I rasa stress tapi still best, tak ingat movie apa.


Jack ni berkejasama dengan Cobie Smulders aka Susan Turner semasa nak melindungi anak perempuan dia dan time lawan orang jahat. Susan tu pun as askar jugak. and I rasa cerita dia boleh la mungkin 3/5 kalau nak tengok jangan letak harapan tinggi sangat. Aiman siap tidur lagi dalam wayang. time Jack lawan pulak tu. andddd I tak tau nak cakap apa lagi pasal movie ni so done tu je review I






kita beralih pula kepada air mangga sedap ni ! hahahah sekarang I rasa macam dah viral je semua nak cari air mangga. hari yang sama before i tengok Jack Reacher : Never Go Back ni I try dulu air mangga and pergi jalan jalan. ni pun I tengok Facebook and tempat dia dekat pulak dengan rumah. lepas habis fitting baju terus tengok kedai tu nasib bukak ! kedai air mangga ni dalam 100 meter je dari butik memang lega betul dah la penat fitting baju nak dekat 2 jam 


1 rm5




siapa yang duduk kat Perak and area Batu Gajah or Ipoh boleh singgah Taman Botani sebab kedai ni kat area bangunan kedai Taman Botani tu. tepi jalan je. bangunan depan Shell Taman Botani antara simpang nak ke Ipoh. senang je cari je kedai nama D' Patin Hang Out ni and kedai air mangga tu pulak depan kedai ni tepi jalan. harap pahamm


ada air mangga and strawberry


I dah try strawberry blended kat sini biasa je. sedap lagi yang kat Cameron punya tsktsk so cravingggg. me and Cameron berpisah tiada. setiap tahun pergi Cameron and honeymoon pun kat Cameron mungkin hahahhahaha. lepas beli air mangga terus gerak pergi kampar sebab nak try ice cream roti yang viral tu last last kedai tutup sebab hari isnin. cehhhh sedih gila dah la datang jauh lepas tu tak dapat rasa. next time la pulak.




untuk mengubati rasa sedih beli je ni.


cantik tapi tak sedap ! hahahahha bertambah sedih macam ni. lepastu Aiman ajak pergi bangunan warna warni yang viral orang tangkap gambar lelawo tu. I rasa kitaorang ni apa yang viral semua nak try. tapi viral yang berpaedahhhh jela yang tak berpaedah tak try okay. 


sebenarnya tak tau lokasi yang betul nama tempat ni. yang tau area Kampar je. so gigih google and Facebook lokasi. senang je rupanya nak pergi. lagipun I memang dah biasa sikit area Kampar ni since Mak Andak duduk Kampar and dulu selalu datang.


The University Square.   im sorry. nama dia Taman/Bandar Agacia, Kampar


nama atas ni I tak sure betul ke tak nama tempat tu sebab I nampak kat Ig gambar bangunan ni dengan lokasi The University Square at Kampar.


maafkan muka panas dan selekeh


dah la pergi tengah hari memang tak mampu nak tangkap gambar tapi bukak mata. dapat la mata sepet haha bangunan dia serius semua cantik and semua warna favourite I. pastel ! geram je tengok bangunan ni. lepas tu pujuk Aiman nak bukak butik kat sini. harap kesampaian T.T








tak banyak pun gambar kat sini sebab beteri handphone dah nazak bila bila masa je nak mati. tapi memang serius cantik tangkap gambar kat sini. kalau pergi ramai ramai boleh mintak tolong orang tangkapkan. memang akan pergi lagi sekali. 


12 comments

  1. hi,saya datang sini follow awak :)

    ReplyDelete
  2. Alaaaaa kampar! Siqah pernah pergi sana dan cari tempat lawa ni tapi tak jumpa. Sedih betul :( Pastu sekarang tak tahulah bila nak ke sana lagi. Huhu. Cantik tau tempatnya :)

    Hai ira :) Siqah balas kunjungan dan follow awak :)
    Keep in touch ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa masih ramai tak jumpa sebab tak ada signboard or anything. kena pandai cari je


      thank you !

      Delete
  3. Good luck moga impian buka boutique tu tercapai nanti hehe
    mellyacrayola.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. Cantik betul university square ni! Under UTAR ke?

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan. dia macam kedai yang direka bentuk unik

      Delete
  5. cantiknya bandar agacia tu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sangat ! suka tengok warna bangunan tu

      Delete