trolls movie review dan abang mangga

assalamualaikum


entry lama baru nak up. gambar semua dah siap edit, dah masuk laptop tapi entry tak ada lagi. punya la busy menyiapkan goodies bag, kemas rumah ni pun tak habis lagi. nak update senarai yang join giveaway pun separuh jalan. maafkan sayaaa.. 





so harini nak update cerita Trolls berzaman punya movie ! walaupun dah lama still nak update jugak sebab movie Trolls ni comel gila tau tak. I dengan Aiman excited dua orang tengok Trolls ni. sama sama excited dengan anak orang sebelah. Trolls ni merupakan satu makluk yang ceria, suka menyanyi and warna warna. adorable ! cerita dia bermula bila perkampungan tempat tinggal gergasi ni ada festival yang wajib setiap tahun. setiap gergasi kena makan makhluk Trolls ni untuk membuat gergasi gergasi ni ceria. kalau tak makan Trolls tak ceria.


Trolls ni kena la selamatkan kaum dyorang dari kena makan dengan gergasi. nak menyorok dari gergasi tu pun macam macam benda jadi. kalau korang dah tengok cerita Trolls ni mesti tau kan jalan cerita dia macam mana. for me lima bintang ! suka tengok dyorang menyanyi and ceria je. start Princess Poppy buat party besar besaran and time tu memang gergasi tengah mencari makhluk Trolls ni la gergasi tau tempat menyorok makhluk Trolls. jadi Princess Poppy rasa bertanggungjawab nak cari semula kawan kawan dia yang telah diculik oleh gergasi time party tu. tu je nanti tengok sendiri okay


princess poppy


Trolls



tarikh pun dah lama baru nak buat post hahaha



sebelum movie start sempat makan fav tart telur





makanan ni sumpah sedap! tak ingat apa nama kedai dia tapi memang ada dalam Aeon yang aku pernah pergi. selalu try ayam xxl dia pun sedap ! bila nampak orang lain try makan ni I pun nak try jugak and tak mengecewakan pun rasa dia. tauhu putih tu lembutttttttt. tak silap kedai ni jual street food dari Hong Kong. yummy


paling redha layan craving I <3


air mangga (ig @abgmgga )

ni Air Mangga Abang Mangga. haritu tak sengaja tengok ig @Ipohcityawesome. nampak gambar air ni macam sedap je. terus ajak Aiman pergi try. dia ada dua kedai tak silap I and I pergi yang area Meru Ipoh. kedai dia betul betul depan butik Qaseh, area pintu Mydin Meru. rasa dia not bad. manis, rasa mangga tapi service kureng sikit. buat pelanggan tunggu boleh pulak sembang dengan orang sebelah. lepastu tak senyum langsung ! mentang2 lelaki yang beli -.- cakap rasa air mangga semanis senyuman abang. senyuman abang pun pahit.......... hahahha untuk saiz besar rm5.00 and saiz kecil rm3.50


kalau korang yang berminat nak jejalan Ipoh ke satu Perak ke boleh check  ig @ipohcityawesome sebab banyak update tempat menarik kat Perak, event, makanan best dan macam macam lagi



4 comments

  1. Tak sempat pun tengok kat wayang filem ni. Banyak dah miss filem2 best. Huhu

    ReplyDelete
  2. Wah sonoknya hehe tengok online la jawabnya
    mellyacrayola.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Behave yong, along kata hang dah gemok cikit. haha :p

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.