Hallo. Bertemu kita kali ni dalam episod review produk..... again. I suka bab bab review produk yang I dah guna ni. Sharing is caring. I suka kongsi produk mana yang best, produk yang bagi kesan kat kulit, produk yang murah ke mahal ke kalau ada duit boleh je beli kan. Paling best bila kawan-kawan pun tanya I produk mana yang sesuai dan yang tak sesuai dengan kulit diaorang. I semangat bila cerita bab skincare ni.


Harini nak cerita pulak eye cream yang I pakai sekarang.


Produk : Kiehl's Crea Eye Treatment with Avocado
Isi : 0.5 oz, 14g
RM : 135
Mana nak beli : Kiehls outlet/counter/website


I dah pakai eye cream ni lebih kurang empat bulan. Dah tinggal suku dah ohhh nooo tak sanggup nak beli baru sebab mahal hahahha. Apa kepentingan eye cream ni? Bagi yang ada masalah dark circle atau puffy eyes memang penting la bagi diaorang eye cream ni. Fungsi eye cream kebanyakkan nya untuk lingkaran gelap bawah mata dan puffy eye. Puffy eyes ni macam bengkak bawah mata bila bangun tidur tu. Ada yang susah jugak nak surutkan puffy eyes ni. Selain itu krim mata berfungsi untuk bagi kelembapan, kecerahan, kurangkan kedutan, dan lain-lain lagi bergantung pada jenis eye cream yang korang pilih.


This creamy preparation with Avocado Oil gently moisturizes the delicate eye area. Our unique concentrated testure does not migrate into your eyes. - Kiehls.




My review, I suka pakai eye cream ni. Pertama sebab dia melembapkan kulit bawah mata. Sangat melembapkan. Kalau kulit cukup lembap kita boleh tengok kawasan kulit tu nampak sihat je. Kalau tak cukup lembap boleh rasa kulit tu kering dan kasar. Bila buat morning skincare routine memang best je pakai sebab rasa segar mata. Paling best eye cream ni cepat meresap. Boleh tengok gambar atas ni bila I sapu cepat je serap. Tak perlu pun nak tunggu lama. 


Mata memang rasa segar dan nampak kulit bawah mata lembap dan sihat. Untuk lingkaran gelap bawah mata pulak ambil masa nak kurangkan dia. I punya macam tak ada beza pun..... hahaha. Sebab eye cream ni tak ada tulis untuk kurangkan dark circle so mungkin kalau ada kesan pun sikit je. Puffy eyes memang boleh nampak makin surut bila pagi- pagi tu I pakai dan urut perlahan kulit bawah mata ni. Dia tak ada tinggalkan kesan putih tak serap. kesan berminyak, atau rasa tak selesa. Sangat ringan pada kulit bawah mata.


Bau dia pulak tak wangi sangat. I tak sure bau macam mana tapi tak wangi pun. Bau avocado la kot. Tapi bukan bau busuk tau. Bau dia tak ada menggangu pun. Tak ada bau yang kuat ke apa. Biasa je. Tekstur dia jenis creamy, cepat serap dan tak berminyak walaupun bahan dia dari minyak avocado. Mungkin sebab cepat serap jadi tak rasa tekstur berminyak tu. Warna krim ni pun cantik macam light-green-yellow-pastel-thingy. hahahahha warna hijau yang sangat soft sampai bila tengok macam kuning soft pun ada emm emm




Packaging dia just pot macam ni je. Tak ada kotak ke apa. Kecil dan senang nak simpan. Cuma sebab bentuk pot macam ni agak susah sikit nak jaga kebersihan. Kalau betul-betul nak bersih, ambil cream ni guna spatula kecil so bakteria kat tangan tak transfer dalam bekas pulak. Kalau nak ambil cream guna tangan pastikan tangan betul-betul bersih, tak ada pegang benda lain sebelum tu. Cara I pakai pulak ambil sikit cream tu, dot dot kan bawah mata then dab dab slow2 dari arah dalam ke luar mata. Jangan kasar sangat bila sapu apa-apa pada bahagian kulit mata sebab kawasan kulit mata ni lebih nipis dari kawasan kulit yang lain. So kena lemah lembut. Sebab tu I prefer dab slow slow je untuk ratakan cream ni dari sapu macam tu je. 


I baca banyak jugak beauty website yang anugerahkan eye cream ni as best eye cream. Memang patut pun sebab best bila pakai. Review pun kebanyakkan nya positif kecuali kalau korang jenis ada milia seed dekat bahagian mata kena hati-hati sikit takut buat milia seed tu bertambah. Bagi I sebab tesktur dia yang creamy, sangat sesuai untuk orang yang kulit kering. Sangat melembapkan kawasan mata. Tapi jenis kulit combo macam I pun best jugak.


Tiga bahan utama dia yang pertama ialah avocado oil. Avocado oil ni mengandungi pelembap yang diperlukan oleh kawasan kulit bawah mata. Mengandungi sumber semulajadi protein Amino Acid, Vitamin A, D, E, dan potassium. Membantu mengembalikan kelembapan semulajadi kulit. Beta-Carotene adalah antioksidan semulajadi. Kebanyakkan nya ditemui dalam sayuran / sayuran merah seperti lobak merah. Ia digunakan dalam pengeluaran Vitamin A dan memberi warna oren apabila digunakan dalam produk penjagaan kulit. Shaklee pun ada keluarkan produk berasaskan beta carotene ni tau. Nama dia Caratomax Shaklee. Memang sesuai untuk mata. Kalau nak beli produk shaklee whatsapp I okay (017 563 0516)


Shea butter dalam eye cream ni pula berfungsi melindungi kulit dari dehidrasi, mengembalikan kelembutan kulit dan meningkatkan struktur kulit kering. Bahan eye cream ni memang kebanyakkan nya bertujuan untuk melembapkan kulit. Untuk I cream ni I bagi 4/5 bintang. 


pros
- melembapkan kulit mata
- rasa segar, lembut
- cepat meresap, kulit tak rasa kering
- ringan dan tak berminyak
- puffy eyes berkurang


cons
- mahal
- tak kurangkan dark circle





Kiehl's Creamy Eye Treatment with Avocado Review

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017


Yeay The more the merrier. Pagi ni I nak join Online Revolution Blogger Contest from Lazada my fav website untuk shopping. Tak terlepas lagi join setiap contest dari Lazada tau sebab hadiah semua best. I nak ajak jugak rakan blogger yang lain untuk join contest ni okay. Tekan poster Lazada kat atas tu dan cepat join.

a. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?

- Tak silap I beli barang online masa tingkatan tiga. Masa tu pembelian secara online ni tak meluas lagi. Gigih I google cara nak guna CDM tau hahahha. I ingat lagi beli tudung tak silap. Naik motor sendiri pergi bank lepas balik sekolah. Sorry tingkatan tiga tak ada lesan dah naik motor adik-adik jangan ikut perangai macam ni tau.

I tak ada pengalaman buruk masa pertama kali beli barang online tu cuma kena rajin google cara macam mana nak beli sebab first timer okay. Berdikari sangat tak tanya sesiapa, nanti kalau tersilap diam je hahaha.

 b. Which types of products would you prefer buying online?

- I suka beli baju, shawl, seluar macam tu secara online. I tak susah nak cari size dan kebanyakkan nya kena dengan saiz yang online website/person tu inform.

 c. What to you love about online shopping?
- I paling suka online shopping sebab senang nak cari barang dalam satu tempat je. Boleh terus search apa kita nak. Lepastu boleh compare dengan barang lain pulak tu. Mana yang lagi berbaloi kan. Jimat masa nak keluar, jimat duit minyak jugak.

Paling selesa nak beli barang online bila website tu mesra pengguna. Tak ada I terkial-kial nak cari button checkout, mana nak letak promo code dan lain-lain.

 d. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?

- Produk yang I dah beli masa Online Revolution Sales ni ialah



Meja ni murah je weh harga dah habis sales dah tu. Excited nak tunggu meja ni sampai dan hias skincare I. Jadikan as port untuk blogging dan port nak buat skincare. Warna dia pun cantik nanti lepas hias harap bertambah cantik. Happy betul dapat beli meja harga macam ni. Kalau nak tengok jugak meja ni boleh klik SINI.

- Produk yang I plan nak beli pula ialah



Haritu nak masuk kan sekali dengan cart beli meja tapi lupa pulak nak tanya husband dia suka ke tak. So camera ni hold dulu, beli meja dulu. Tunggu husband cakap okay baru kita beli. Harga dah sah-sah murah dari kat luar. Camera untuk kereta ni penting tau kalau ada apa-apa berlaku senang ada bukti. Kalau berminat check link SINI.


Online Revolution Sales ni telah bermula pada 11 November dan akan berakhir pada 14 December 2017 ni tau. Tinggal berapa hari je lagi untuk korang kejar harga sales macam ni. Senang je nak shopping di Lazada ni. Klik je Link ni tau https://www.lazada.com.my/online-revolution

Online Revolution Blogger Contest

Yes ! Awak semua baca benda yang betul. Harini I nak cerita macam mana nak dapat Panty Percuma tanpa buat apa-apa. Ini bukan rekaan tau. Benda percuma siapa yang tak nak? Anda boleh redeem free gift panty ni dari Biggle App tanpa beli apa-apa barang pun.


Sebelum tu I nak terangkan apa itu Biggle. Biggle adalah aplikasi yang ditubuhkan pada awal bulan Mac 2017. Biggle ni adalah aplikasi berasaskan diskaun yang diuruskan oleh empat individu yang mempunyai latar belakang seperti pengiklanan dan pemasaran, reka bentuk, kejuruteraan perisian dan pengurusan projek. Aplikasi ini menawarkan tiga ciri utama seperti berkongsi link dan gambar tanpa masalah, kod diskaun dan chat box yang membolehkan pembeli membandingkan produk ataupun meminta pendapat daripada rakan atau keluarga menggunakan chat box tu sahaja. Yang paling best lepas ni kalau nak beli produk dari laman web seperti Lazada, Qoo10 pun boleh jugak bermula 1 December 2017.

Biggle



Dengan Biggle App, online shopping lebih mudah, dan selesa serta menyediakan harga yang berbaloi dan diskaun yang menarik bila anda membuat pembelian. Tak payah dah nak screenshot produk sebab nak mintak pendapat kawan sebab ada fungsi chat box. Boleh ajak rakan sembang je dalam tu terus. Tak payah nak pergi semua online store macam Lazada dengan Qoo10 sebab boleh terus cari je produk dari online store tu dalam Biggle App. Senang sangat !





Berkaitan Free Panty Giveaway tadi, Biggle App baik hati nak berikan hadiah percuma sempena pelancaran laman web Biggle App. Tiada pembelian diperlukan untuk tebus free gift ni dan tamat pada 21 December 2017. Kena cepat tebus tau kalau tak rugi.


Cara Tebus Freee Gift
1. Click https://biggleapp.com/gifts to log in.
2. Get the promo code.
3. Paste the promo code at the checkout page and the free gift will be yours.
4. Tunggu barang sampai depan rumah.


Easy peasy kan. Selain  itu,jangan lupa dapatkan Lazada 12% storewide promo code untuk sebarang item tapi tak ada pembelian minimum. Maximum discount sampai RM30. Tamat 14 Disember 2017. Ada dua hari lagi nak rebut diskaun ni tau.



Free Panty Giveaway



Mask yang tengah famous sekarang dan semua orang nak cuba, SEP mask. Mask ni produk dari korea dan ada dijual di Watsons Malaysia dengan harga RM 5.90 sekeping kalau tak salah I. Sekarang kan dah hujung tahun kalau nak beli boleh la beli sekarang sebab I rasa semua tempat tengah saleeeee..... Poket pun dah kering nak beli macam macam benda tengah sale ni eeei.


SEP mask ni ada empat jenis/perisa haha. Dekat Watsons pun ada empat jenis ni je I tak pasti ada yang lain ke tak. Jadi teruskan dengan review satu-satu mask.


SEP Canola Honey. Mask ni berfungsi untuk nourish kan kulit. Membuat kulit nampak lebih sihat. Apa yang tertulis di paket mask, dia berfungsi untuk nmemberikan dewy dan glossy look dengan memberkalkan nutrisi kepada kulit. Jadi nutrisi ni datang dari ekstrak madu yang ada dalam mask ni. Madu ni pulak dari Jeju Island. Bahan-bahan dalam kesemua mask ni memang clean dan natural dari Jeju Island.


Bau Canola Honey mask ni bagi I sangat wangi. Bau madu yang sedap ! Dah pakai kat muka pun still bau dia ada lagi. Bau dia I rasa buat I tenang. Bila pakai mask pun rasa relax je sebab bau wangi dan best. Kertas mask dia pulak nipis jadi senang nak letak kertas mask tu ikut bentuk muka. Tapi sebab kertas mask tu fit dengan muka I, jadi bertambah senang nak pakai. Essence dia pun banyak,tak cair ,geram betul I dengan bau honey dia hahahha.


SEP Green Tea. Fungsi mask ni pulak untuk soothing. Apa yang mask ni claim, berfungsi memberi keselesaan kepada irritated skin dengan bahan daun teh hijau. Bau mask ni wangi, tak macam bau green tea aiken yang kuat tu pun hahaha. I suka bau mask ni sangat menenangkan. Patut la dia boleh menenangkan irritated skin. Tapi ada jugak yang tak sesuai guna green tea dalam skincare ing dia so berhati-hati okay. Essence mask ni pun sama pekat dan jenis gel macam tu. Essence dia banyak, still ada lebihan dalam paket.


SEP Cactus Fruit . Berfungsi untuk moisturize kan kulit. I suka pakai mask yang melembapkan kulit ni sebab kulit I dahagakan kelembapan. Mask ni sesuai untuk kulit kering sebab memang fungsi cactus fruit ni melembapkan kulit. Bau mask dia wangi macam bau perfume pun ada. Essence semua mask ni I rasa banyak, tak kedekut essence langsung.


SEP TANGERINE. Brightening Mask. Berfungsi untuk mencerahkan kulit yang kusam dengan bahan tangerine dari Jeju Island ni. Bau mask dia macam bau mask biasa tapi ada sikit bau citrus macam tu. Sikit je. I terus lump sum kan kesan semua mask ni sebab semua mask bagi kesan yang sama pada I. Kalau tangerine mask ni sepatutnya mencerahkan, pada kulit I dia tak ada kesan pun. Cuma kesan lembapan sama macam yang lain.


 Semua series mask ni melembapkan kulit I. Tak ada yang special. Bagi I biasa jela mask dia sama macam mask yang lain yang ada di pasaran tu. Kalau nak beli suka-suka, tukar mood boleh la. Dalam ni ada fragrance jugak so  yang allergic dengan pewangi tu hati-hati walaupun I rasa fragrance dia sikit je kot. Okay la mask ni not may fav tapi I akan beli lagi kalau rasa nak beli hahahha. Tapi part packaging dia memang cantik. Colorful dan dia tulis jelas apa function setiap mask.


SEP MASK FROM JEJU KOREA



Produk terbaru keluaran Redken iaitu Clean Maniac Micellar dah ada di pasaran tau. Jadi hari ni I nak buat review my first impression guna produk Redken yang terbaru ni. Clean Maniac Micellar clean-touch shampoo dan Clean Maniac Clean-Touch Conditioner. Excited bila dapat syampu dan perapi ni sebab bahan dia dari micellar water ! Di entry sebelum ni  REDKEN X TOYAKO PRODUCT LAUNCH ada cerita serba sedikit mengapa Redken keluarkan produk syampu dan perapi berasaskan micellar water. Semestinya sebab kuasa micellar water tu untuk pembersihan maksimum.


Sebab ini first impression I, I guna feedback kali pertama dan kali kedua guna syampu ni tau. Apa I rasa, apa kesan dia, best ke tak. Jum mulakan dengan Micellar Shampoo ni.



Micellar syampu ni berfungsi sebagai pembersih rambut daripada kotoran, pencemaran, minyak dan lain-lain. Syampu ni membantu membersihkan rambut as clean as possible tanpa ada kesan kering pada rambut ataupun terlalu kasar pada rambut. First tuang syampu ni dekat tapak tangan, dia punya tekstur agak cair, tak macam syampu biasa yang pekat tu. Lepastu rasa ringan je testur dia. Bau dia memang wangi, bau yang segar. Lepas syampu pun bau dia masih ada lagi dekat rambut tapi dalam sehari jela bau dia bertahan sebab bau dia agak ringan,tak terlampau kuat.


Bila dah guna, buih dia tak banyak. Serius tak banyak macam syampu biasa mungkin sebab syampu ni silicone and sulfate free. Sulfate ni tak berapa bagus untuk rambut sebab boleh mengeringkan rambut. Bila syampu tu rasa guna air dekat rambut sebab ringan dan tak ada rasa minyak. Sangat senang nak ratakan syampu ni dan nak basuh pun senang sebab tak ada rasa melekit syampu tu.


Lepas syampu kulit kepala dan rambut rasa bersih dan lebih ringan. Yang paling best I perasan rambut senang nak sikat, tak ada rambut tersekat dan lebih lembutttt. Walaupun tak puas rasa nya sebab tak ada banyak buih, tapi kesan dia best.


Redken Clean Maniac Conditioner pun sama. Tekstur perapi ni tak berminyak langsung. Rasa macam tak pakai apa-apa. Ringan je. I tak tau macam mana nak terangkan tekstur dia tapi memang bukan macam biasa. Tak berminyak, tak rasa melekit, senang jugak nak cuci. Bau dia pun sama bau segar dan wangi. I rasa perapi ni yang buatkan rambut I lagi lembut dan senang nak urus.




Botol dia pun bagi I lain dari yang lain. Botol jenis plastik macam biasa. Design botol ada bahagian flat dan belakang dia kembung macam dalam gambar kat atas. Bagi I cantik dan senang nak pegang. Disebakan syampu dan perapi tu sejenis tak berminyak, bila nak pegang botol pun senang je, nak bukak botol pun senang. Warna dia pun cantik, melambangkan produk ni yang clean. Okay itu je review I hikhik.

Redken Clean Maniac Shampoo and Conditioner First Impression



Entry sebelum ni, MY FIRST KIEHL'S PRODUCTS I ada update produk pertama yang I beli di Kiehls. Calendula Herbal Extract Toner dan lagi satu eye cream. Harini I nak update review mengenai toner ni dulu okay. Apa kepentingan toner ni untuk kulit kita? I ada baca beberapa kontroversi la kononya hahaha, toner ni bukan penting sangat untuk kulit. Ada yang sokong toner tak membantu untuk kulit dan tak praktiskan memakai toner dalam rutin kecantikan dan ada jugak yang pentingkan step untuk toner ni. Bagi I pulak, I rasa toner ni penting ! 


Penting kenapa? Bila I google kenapa kena pakai toner, kenapa kena masukkan step toner dalam skincare rutin memang banyak kebaikan dan manfaat dia. Antaranya, toner membantu menstabilkan ph kulit kita. Tak silap I ph normal kulit 4-5 macam tu. Jadi ada sesetengah pencuci muka yang terlalu tinggi ph untuk kulit, toner bantu semula stabilkan ph kulit jadi tak ada laa kulit ada reaksi negatif. Penting jugak untuk pastikan pencuci muka kita mempunyai ph yang rendah. Yang tu I cerita entry lain okay.


Selain itu, toner membantu mencuci lebihan kotoran yang pencuci tak cuci habis. I pernah pakai toner guna cotton pad tu lepastu rupanya masih ada lagi kotoran sikit pada kulit. Tak cuci habis pun ataupun mungkin tak cuci mendalam sangat. Toner boleh bantu tarik lebihan kotoran pada kulit lepas cuci muka. Lain lain kebaikan, bagi kelembapan pada kulit, melembutkan kulit dan lain-lain la ikut toner korang pakai dia claim apa haha.





Untuk Calendula Herbal Extract Toner ni dia paling best sebab alcohol free. Kulit I memang perlukan alcohol free, kulit I sensitif sikit sebab redness. Lagipun alcohol free ni tak kasar sangat pada kulit jadi tak perlu risau apa-apa. 'Made with Whole Flowers and Pure Extracts - Khiels'. Kalau tengok dalam toner ni nampak macam kelopak bunga. Memang nampak jelas kelopak tu macam dalam gambar kan. I excited je guna bila ada kelopak macam ni haha.Bila ada kelopak bunga yang sekali keluar kat cotton pad lagi excited nak pakai.


Product - Kiehl's Calendula Herbal Extract Toner
Isipadu - 250ml
Harga - rm160
Skin type - Normal to Oily skin.


Toner is formulated with select herbal extract to gently cleanse and soothe normal to oily skin types without the use of alcohol or harsh synthetic drying agents. May be used to soothe and improve problem areas. - Kiehls


Toner ni boleh tahan dalam tiga bulan kalau pakai tiap hari dua kali macam tu. I punya dah tiga bulan tapi baru half hehe. Jimat. Lagipun I tak pakai setiap hari. Bila datang malas I tak pakai skincare langsung. I punya malas tak pakai langsung, bila rajin semua benda nak pakai. Dekat botol pula tulis boleh tahan sampai 12 bulan selepas dibuka.


Bahan dalam dia, aqua/water, propylene glycol, pentylene gycol, methylparaben, disodium edta, arctium lappa, extract/arctium lappa root extract, calendula officinalis extract dan lain lain yang I malas nak taip. Boleh check website dia untuk full ingredients. Kalau yang jenis kulit sensitif tu kena ambil berat sikit bahan dalam setiap produk yang digunakan okay.


Yang I tau dalam toner ni ada Allantoin yang boleh meredakan radang yang disebabkan oleh produk lain. Contohnya guna pencuci muka yang terlalu kasar pada kulit, ph tak sesuai, toner ni boleh tolong kurangkan kesan radang tu. Calendula pula memang sesuai untuk kulit berminyak dan sensitif sebab dia sangat lembut pada kulit. Burdook Root pula membantu kulit kering.


Kesan dia pada kulit I pula sangat best. Bagi kelembapan pada kulit I, membersihkan dan rasa sejuk selesa je. Kulit pun rasa lembut. Tapi toner ni tak membantu untuk mencerahkan tau. Dia sesuai untuk kulit berminyak yang disebabkan kurang kelembapan dan bagi lembapan pada area kulit yang kering. Memang sesuai untuk kulit I yang jenis berminyak area T zone dan kering kat pipi. I rasa selesa sangat lepas pakai toner ni. Bagi I walaupun harga dia mahal tapi worth. Tahan lama dan kesan bagus untuk kulit I.




Tekstur toner ni pula cair macam air. Boleh tengok dalam gambar macam titisan hujan je hahaha. Bila letak kat tangan macam ni tak nampak pun ada warna. Bila dalam botol dia warna macam teh dan bila letak kat cotton pad pun macam warna teh coklat-coklat terang jugak. Bau dia pun sama macam teh ! Wangi. Tapi tak ada la bau kuat menusuk ke. Teh yang lembut dan menenangkan. Bau dia pun tak lama.


Sebenarnya kalau nak beli toner murah dari ni pun ada je yang berkesan dan bagus untuk kulit. I beli toner ni pun nak cuba je lagipun Aiman dah nak belanja apa lagi memang pilih yang mahal je. Kalau I beli sendiri I pilih yang paling murah ! Produk yang mahal tak menjamin pun berkesan untuk kulit. Kena try and error dan banyakkan baca review. I pun banyak benda nak belajar lagi pakai skincare ni. Paling penting kena kenal bahan dia. I pun masih merangkak lagi nak study bahan dalam produk skincare ni haha.


Pros
- wangi macam bau teh rasa nak minum je (read:teh chrysanthemum)
- melembap, melembutkan kulit
- alcohol free !
- Kulit rasa bersih
- Botol plastik senang handle dengan ganas


Cons
- Mahal
- Mahal
- Mahal


Check Kiehls website here --- https://www.kiehls.com/

Product Review : Kiehl's Calendula Herbal-Extract Toner

Hello December.


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan seharian sampai hari ini. Kadang-kadang terfikir jugak, Allah bagi masa,peluang,ruang nak hidup sampai ke hari ini, apa je yang I dah buat, apa je yang I dah achive. Harap masih tak terlambat la nak usaha walau dalam apa jua yang I lakukan. Paling penting kena lakukan semua benda dengan niat kerana Allah SWT kan.


Bila menaip tengah malam macam ni terus jadi mendalam je semua ayat. Apa salahnya sharingkan, mengingatkan antara satu sama lain hihi. Jadi malam ni I nak kongsi kan salah satu produk Shaklee iaitu ESP Shaklee. My fav, My love. Produk Shaklee pertama yang I guna,minum untuk apa? Ni la nak cerita.



Pertama kali beli Esp ni masa sem 4 tak silap. Masa diploma. Tujuan utaman biasa la nak kurus dan nak kulit cantik. Dah besar kan confirm la penampilan itu paling penting. Memang tujuan I nak kurus. Masuk belajar diploma tahu tak berat I naik mendadak ! Pengaruh rakan sebaya betul hahahhah salahkan rakan sebaya padahal diri sendiri kuat makan. Memang tak boleh jadi, kena buat something untuk turunkan berat badan. Sebab tu la I consume Esp. Alhamdulilah, berat dah stabil. Tak gemuk, tak kurus. Walaupun kadang-kadang rasa gemuk, tengok dalam cermin masih gemuk, orang sekeliling cakap I dah kurus. Dah nampak berat tu kurang, beberapa bahagian badan ni dah kurang lemaknya. Mana tak happy kan sebab tu sampai sekarang, dah dua tiga tahun, masih amalkan Esp ni.



Yang kedua nya dalam masa nak kurus tu nak jugak kulit cantik. Dalam Esp ni ada protein soya yang membantu buatkan kulit gebu gebas dan kembalikan kulit kepada warna asal. Pernah dengar kan soya ni membantu dalam kecantikan kulit kita. Yes I sendiri yang rasa perubahan kepada kulit I. Kulit lebih bersih, jerawat susah nak timbul kecuali masa yang dia kena timbul hahahha. Lepastu kulit rasa gebu, lebih cerah dan tona tak sekata tu lama lama dah okay. Siapa yang taknak ada kulit bersih dan halus kan. Keguguran rambut pun boleh dikawal sebab badan kita cukup protein dan vitamin untuk penghasilan akar rambut yang lebih kuat.


Muka tengah tahan cahaya matahari. Suka tengok kulit sendiri sebab dah tak kusam.


Selain itu, Esp ni jugak sesuai sebagai antipenuaan, buat wajah lebih berseri dari dalam. Apa yang kita makan akan terpencar pada wajah. Kalau makan benda berkhasiat mesti la kulit pun cantik je, kalau makan benda tak berfaedah, kulit jadi kusam, tak cukup vitamin. Parut jerawat pun boleh pudar. Memang Esp ni paling ramai orang order dengan I sebab pakej untuk kenyang then boleh kurus, sihat badan, cantik dan bertenaga. Masa belajar dulu Esp memang penting untuk bagi kenyang lama. Biasa la student kan duit makan tu cukup-cukup je jadi dengan cara ni la I berjimat. Pagi minum esp je nanti petang terus makan sekali untuk malam.


Yang ketiga Esp ni memberi tenaga tahan lebih lama. Kalau nak tau start dari bulan November haritu dan berkemungkinan sampai bulan Januari, I kena ot untuk settlekan kerja-kerja sebelum tutup akaun untuk tahun ni. Sangat la penat sebab hari-hari balik pukul 8 malam, 9 malam. Sabtu pun kena kerja -.- Sabar jela menanggung kerja ni. Minggu pertama ot tu memang I tak larat. Nak bancuh esp pun tak sempat, terkejar-kejar antara nak tidur, nak siapkan kerja, nak kena datang awal. Memang tak cukup masa.


Kemudian terfikir. Bukan ke Esp ni boleh berikan tenaga, boleh cergaskan badan yang lesu. Rasa geram dengan diri sendiri tak sempat nak minum Esp ni padahal dah tau kebaikan dia hehhhh. Masuk minggu kedua, setiap hari tak miss minum. Sibuk macam mana pun kena jugak minum Esp. Sebab I memang perlukan tenaga yang lebih. Bayangkan nak kerja dan nak kemas rumah, basuh baju, kalau tak reti uruskan masa memang confirm serabut. Alhamdulillah kalau minum esp memang tenaga tu sampai ke malam. Tak sempat makan breakfast pun okay je sebab Esp mengenyangkan. Tunggu rehat lunch je makan hehe lepastu boleh kurus yeay !






Khasiat Esp ni sebab dalam dia ada protein. Memang kebanyakkan orang tak dapat mengekalkan tenaga  dan stamina sepanjang menjalani kehidupan seharian. I pun sama. Sebuk kalah menteri, kena perah otak lagi. Jadi dengan minum protein, stamina dan tenaga dapat ditingkatkan. Dari mana pulak sumber protein Esp ni? Berasaskan protein tumbuhan berkualiti tinggi. Protien soya dia tak diubahsuai secara genetik(bukan GMO). Yang berita soya tak baik untuk tubuh badan tu, soya yang jenis dah diubah suai, soya yang dijual murah murah tu. Kalau Esp memang tak ubah pun genetik dia.


Esp Mixed Soy Protien Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein. Fav I bila bancuh Esp ni dengan milo dan pisang ! Ya Allah sedapnyaaaaa. Tambah ais lagi. Hilang haus lepastu kenyang sampai petang. Nikmat betul. Setiap hidangan Esp ni membekalkan 14gram protein berasaskan tumbuhan protein soya membantu menurunkan paras kolestrol. Yang ada kolestrol tinggi tu berhati-hati okay banyak kesan buruk pada tubuh badan. Kena consume Esp cepat2 untuk turunkan paras kolestrol.





Selain itu, Esp ni jugak tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigit yang kuat. Sebab I jarang ambil makanan dan minuman yang berunsurkan kalsium, Esp ni memang senang dan cepat je nak dapatkan khasiat kalsium tu. Lepastu ada 9 asid amino pulak untuk kesihatan badan dan organ dalaman.


Antara manfaat lain lagi, Esp boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi gastrik dan pedih ulu hati, mengatasi masalah cepat letih dan lesu, menyihatkan kuku dan rambut, menghaluskan tumit pecah dan merekah, mencegah osteoporosis, menguatkan otot rahim bagi yang dalam proses nak menimang cahaya mata, yang dalam proses nak dapatkan anak pun boleh cuba. Yang paling best sebagai milk booster bagi ibu menyusu. Susu lebih banyak dan pekat.


Yang menjadi kegemaran I bila Esp ni kita boleh bancuh dengan macam-macam cara. I pun ada lebih 100 menu untuk Esp ni. Setiap hari menu lain-lain. Boleh check instagram I @airahbeautyhealth sebab setiap hari pos menu berlainan untuk Esp. Kadang rajin jugak terus instastory je tengah bancuh Esp hehe.






Special untuk customer yang purchase dengan I sahaja, akan dapat guide dan special consultation beserta jadual lengkap untuk consume Esp ni. Paling best siap dapat cadangan resepi untuk Esp lagi. Memang paling famous la ramai beli Esp dengan I. Selain postage setiap hari insha Allah I pun ada buat cod kawasan sekitar johor bahru. Cod lagi senang kan.


Esp ni bukan sahaja all in one tapi dia termasuk jugak dalam set jerawat shaklee, set resdung shaklee, set ikhtiar hamil shaklee, set hamil shaklee, set dalampantang shaklee, set kecantikan shaklee dan set berat ideal shaklee. Kalau nak beli yang set terus untuk apa-apa masalah berkaitan pun boleh je terus whatsapp I okay.





I jugak merupakan anak didik Irine Nadia Marcello, kenal tak blogger famous yang masih cantik jelita dan ada tiga orang anak tu hehe. Kalau korang pun nak join buat side income dengan Shaklee, nak tambah pendapatan boleh laa whatsapp I di 017 563 0516. Insha Allah kalau usaha mesti la ada hasil dia kan. I memang dah lama salute dengan Ibu Irine Nadia ni semua benda dia buat semua berjaya tsktsk jealous betul. Jadi uols kalau nak beli Esp ke atau mana mana produk shaklee boleh whatsapp I. I guide dari a-z. Nak jadi anak didik Ibu Irine pun whatsapp je I okay.

Cara senang nak cantik, sihat, bertenaga



Harini berkesempatan nak join event product launching di Toyako Salon, Paradigm Mall, Johor Bahru. Tarikh 28 November 2017 jugak hari first day Paradigm Mall mula beroperasi. I sangat la jarang join mana-mana opening mall mahupun outlet baru ni sebab I malas berhimpit bersesak dengan ramai orang. Tapi demi Redken nak launch produk baru dia I gagahkan jugak redah jem hahha.


Bagi yang masih tak kenal dengan Redken ni apa, Redken adalah jenama produk penjagaan rambut termasuk la syampu, conditioner, serum, mask rambut dan banyak lagi. Masa masuk Toyako Salon tu memang rambang mata I tengok banyak jenis syampu sebab semua orang ada macam macam masalah rambut jadi setiap syampu dan series syampu ada keunikan tersendiri. Kalau nak tahu macam mana perkembangan produk Redken ni boleh baca SINI okay.


Redken X Toyako Salon


Jadi event harini nak memperkenalkan produk Redken yang terbaru iaitu Clean Maniac Micellar yang terdiri daripada Clean Touch Shampoo dan Clean Touch Conditioner. Kenapa micellar? Pernah tak korang guna micellar water sebagai makeup remover? Sekarang memang famous kan penggunaan micellar water sebagai makeup remover sebab kuasa dia dalam pembersihan makeup pada kulit dan buat kulit rasa lebih segar tapi tak kasar pada kulit. Dapat bayangkan tak micellar water tu dijadikan sebagai syampu dan conditioner pulak? Confirm sama kesan dia, rasa bersih ! 



Micellar syampu membersihkan segala kotoran, pencemaran, minyak berlebihan dan benda benda lain yang terlekat pada rambut dan kulit kepala. Syampu ni jugak sesuai untuk rambut yang berwarna, kalau rambut yang tak warna lagi la sesuai. Yang paling I suka, syampu ni tak ada sulfates dan silicones jadi memang tak akan ada rasa rambut kering lepas syampu dan memang akan rasa segar je.


Selepas syampu kena la pakai conditioner pulak kan. Untuk conditioner pun sama, silicone free. Tidak mengandungi silicone jadi selamat untuk rambut. Conditioner ni mengandungi chelator, antioksidan dan uv filter. Sama jugak kesan dia, sangat melembapkan, rambut lebih lembut dan sihat. Yang penting syampu dan perapi rambut ni dua dua wangi. Bau dia bukan wangi yang over macam perfume tu tapi bau wangi yang segar. Confirm rasa segar je kepala lepas ni. Lagi lagi yang pakai tudung seharian mesti la nak cari produk penjagaan rambut yang sesuai.



Produk Redken ada di Toyako Salon, Paradigm Mall. Kalau nak cuba produk Redken ni boleh la pergi salon lepastu cuba treatment dekat sini. Kalau rasa okay boleh la terus beli. Event tadi pun blogger dapat merasa sendiri hair treatment dekat Toyako Salon ni. Semua pekerja dia peramah dan sangat lembut bila handle kepala customer hahhaha. I tak suka pergi salon yang ganas-ganas je buat kerja. Sakit kepala tau. Pekerja dia pun akan terangkan apa masalah rambut kita, syorkan produk apa yang sesuai dan yang paling best jenis style rambut macam mana yang sesuai dengan kita. I tak sabar nak buat treatment kat sini lagi.


Salon Toyako ni terletak di level dua. Kalau masuk dari pintu utama Paradigm Mall tu naik escalator belah kiri sampai level dua. Salon dia kat sebelah escalator je tak payah susah nak cari. I suka salon ni sebab selesa. Kalau tengok pemilihan kerusi untuk customer, lepastu susun atur perabot semua, selesa je nak bergerak, tak sempit. Salon ni pun ada bilik vvip tapi dalam proses lagi bilik dia tak boleh tangkap gambar.





Untuk maklumat lanjut boleh terus pergi Toyako Salon di 2F-76, Level 2, Paradigm Mall, Johor Bahru atau call je 016-771 2933. I memang nak call sebab nak set next appoinment. Tapi sekarang nak cuba dulu syampu dengan perapi clean maniac micellar series ni. Kalau nak tau first impression I tunggu next entry okay.







Redken X Toyako Product Launch





Yeay dah lama rasanyatak join any giveaway. Nak buat giveaway lagi la tengah busy sekarang jadi ada masa nak join giveaway je. Kali ni giveaway dari Nadia Izzati. Kalau korang nak join boleh tekan je banner atas ni okay. Syarat sangat senang dan hadiah menarik sangat ! Sampai tak sabar nak join cepat- cepat. Harap ada rezeki la menang hadiah Amin.


Syarat follow blog memang dari awal dah follow blog sis ni sebab suka baca entry dia. Follow instagram dan bloglovin pun settle. Jum semuaorang meriahkan giveaway ni.

Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia

Bila dah start makeup, mesti la nak makeup nampak elok, smooth, cantik, tak cakey, tak bercapuk, blablabla kan. I pun sama ! Lagi-lagi I bukan jenis teror bab makeup ni, lagi la gigih mencari  produk yang boleh buat muka I nampak cantik bila makeup. Pilihan makeup I jenis natural biasa biasa je sebab bukan nak pergi event ke, show ke apa pun. Kadang duduk dalam bilik main makeup sendiri pun dah puas hati asalkan nampak cantik.





Korang pun mesti pernah alami masalah makeup bercapuk, makeup tak tahan lama kan? I pun sama. Kalau tak pakai makeup pun I nak kulit I nampak glowing dan sihat.


I perkenalkan Beauty In The Drops by 9Herbs. Beauty in the drop ni ialah UV face primer = luminous day serum. Boleh bayangkan tak face primer dengan serum dicampur sekali. Kesan dia mesti daboom ! I bila fikir pasal serum je dalam any makeup produk mesti rasa excited sebab serum ni banyak membantu kulit kelihatan cantik. Maafkan gambar kotak yang remuk tu. Salahkan posmen sebab remukkan parcel I tsktsk.


Product : Beauty in The Drops
as Face Primer, Makeup base
Harga : MYR159 (ps : sekarang ada sales tau!)
Isipadu : 30ml
Tahan 2-3 bulan



Kelebihan Beauty in The Drops
- Menjimatkan masa
- Mencantikkan dan merawat
- Mengandungi 100% Bahan semulajadi
- Bersih rawat kulit dari dalam
- Kulit lebih cerah dan glowing tanpa makeup
- Tiada bahan kimia berbahaya
- Tiada kesan sampingan
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Kaya dengan antioksida





Beauty in The Drops ni memang banyak kelebihan dia. Formula innovatif yang berfungsi sebagai primer sebelum makeup dan membantu melindungi kulit dari radikal bebas. Fungsi dia memang multipurpose. Boleh pakai macam tu je ataupun pakai dengan makeup.


Bahan : Cyclopentasiloxane (and) Dimethicone Crosspolymer, Dimethicone, Ethylhexyl methoxycinnamate, Argania Spinsosa (Argan) Oil, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Phenoxyethanol, Tocopheryl acetate, Silver, Mentha Piperita (Peppermint) Oil, Chlorphenesin, Hexanediol, Fragrance


Produk ni mengandungi 100% bahan semulajadi so tak perlu risau kalau kulit sensitif terhadap bahan chemical. Macam kulit I pun sangat la sensitif dengan makeup. Ada beberapa bahan yang I pakai akan menyebabkan kulit I bengkak dan merah. Jadi I sangat berhati- hati bila pilih produk. Bila dah tau produk ni semula jadi memang tak risau dah nak letak kat muka. I tak buat patch test pun sebab percaya dengan produk ni. Kesan dia fuhhh nasib baik tak ada skin reaksi yang buruk. 




Tekstur dia tidak berminyak sangat, tidak berat pada kulit dan senang nak apply. Porduk ni pun cepat serap walaupun bahan utama dia ialah minyak. 


Argan oil dan jojoba oil dalam ni kaya dengan antioksida dan membantu mengawal lebihan minyak pada kulit tanpa mengeringkan. Walapun terdiri dari minyak, produk ni tak berminyak pun ! maksud I tak berminyak tu bila pakai tak ada rasa berat kesan minyak, sangat ringan pada kulit dan selesa. Dalam ni jugak ada vitamin E yang tak asing lagi kebaikan dia pada kulit. Vitamin E ni sangat melembapkan kulit, bersifat anti aging dan boleh pudarkan parut tau. Lepastu ada aromaterapi lagi. Bila I pertama kali bukak kotak dia, bau lembut keluar. Sangat menenangkan. Tu baru bukak kotak, bukak botol terus tidur lena.




Cara penggunaan pula seperti yang disyorkan, goncang sebelum guna. Picit hujung getah penitis kemudian lepaskannya. Longgarkan penitis dari bekas kaca, perlahan-lahan picit hujung getah untuk titiskan kandungan ke sekitar muka. Titiskan ke dagu, pipi, hidung dan dahi. Ratakan. Mulakan solekan seperti biasa. Untuk hasil yang lebih baik, titiskan sekali lagi sebagai sentuhan akhir.





Kalau I suka pakai as face primer sebelum pakai makeup. Kulit jadi sangat lembut dan senang nak ratakan makeup kat kulit. Kalau malas nak makeup I pakai produk ni je then boleh terus keluar. Macam mana I boleh yakin keluar dengan bare face je? Produk ni ada kesan glowing dan mencantikkan kulit I jadi tak risau sangat walaupun kulit tak glowing dan ada parut sebenarnya. Gambar atas ni pun I pakai Beauty in The Drops sebelum pakai bb cushion. Tertutup sikit muka penat setiap hari kerja balik lambat sampai pukul 9 tuu. Tapi dark circle memang sabar jela tengok. Serius I happy tengok kulit nampak behave bila guna oil drop ni.


Disebabkan produk ni mengandungi minyak argan dan minyak jojoba, dia berkesan menjadikan wajah jelita secara semulajadi, merawat bintik & tompok hitam di wajah, mengurangkan garis halus & kedutan. Menutup liang pori bekas jerawat, mencerahkan wajah, menegangkan kulit dan melembutkan. selain itu merawat tona tidak sekata, meremajakan dan menganjalkan kulit serta merawat kulit kusam. Memang banyak sangat kesan dia pada kulit.


Pembelian produk ni boleh dibuat di laman web  www.9herbs.com Kalau beli sekarang kan ada diskaun promo I check website dia tadi jadi jangan lepaskan peluang. Tapi kalau dah tak ada promo pun boleh masukkan code IMC-BitD#1 untuk dapatkan harga promosi anda. Cepat cepat tau claim promo code ni nanti dah habis haa sedih.




Kalau ada sebarang pertanyaan boleh la contact 012- 454 0187 (Kak Raaina) boleh je tanya apa-apa yang tak pasti okay. Kalau ada sebarang soalan pun boleh je tinggalkan di komen box I. Bawah ni I tunjuk sikit dua gambar feedback dari customer Beauty in The Drops okay. Selain tu ada jugak review dari MUA famous yang memang puas hati dengan produk ni sama macam I. Semua suka.






MUA Miz Nyna



MUA Syazreeyana Shukri


Beauty In The Drops By 9Herbs Review



Event kereta yang tetiba jadi minat I pulak nak pergi. Patut Aiman sorang je yang excited nak tengok kereta, ni dengan I sekali excited nak pergi hahaha. I nak pergi selalu sebab nak tengok kereta mahal dan cantik dah siap makeup dengan lampu lip lap over, muzik kuat dekat kereta macam nak pecah gendang telinga.  Haa tu yang I suka. Suka tengok jela. Jadi kalini I berkesempatan nak pergi JB Underground 2017 yang diadakan di Sutera Square Johor Bharu.


Dekat sangat dengan rumah tapi malam baru nak pergi?!!! Plan tak ada nak pergi pun atas sebab yang tak dapat dielakkan tapi malam boleh pulak selit sikit masa datang sini padahal dah lapar nak keluar makan tuu. Masa I sampai tengah ada persembahan dari penyanyi yang tak kenal tapi boleh tahan jugak dia nyanyi. Memang banyak la instastory I masa kat event ni sebab meriah gila.


Event ni sehari je memang dari pagi diaorang dah start. Malam slow sikit la tapi masih meriah dengan kereta. Jum tengok gambar









Sebab waktu malam, kualiti gambar kurang sikit. I jealous je tengok photographer punya kamera huh kena kumpul duit sendiri nak beli kamera untuk blog kesayangan. Dah berzaman niat nak kumpul duit kamera last last lesap jugak duit nya hahaha. 


Barang kereta pun ada jugak jual dekat sini, sticker, tshirt event dan macam-macam lagi. 








Malam ni jugak ada concert dari Radhi OAG memang banyak gila lagu dia nyanyi. I duduk dekat kawasan pentas tu lama jugak la melayan lagu. Best sangat I memang minat OAG dari dulu tapi sekarang diaorang slow dah kan. Ikutkan I bukan tau sangat benda pasal kereta ni tapi selalu la melayan Aiman sembang pasal kereta sebab kesian dia tak ada kawan nak sembang hahahah. I pun selalu cakap pasal skincare dekat dia walaupun macam tak kisah -.-



I suka jugak pergi event macam ni. Kadang confius dengan diri sendiri nak kumpul duit makeup kereta ke makeup diri sendiri hahaha. Jealous tengok kereta orang lain lawa-lawa. Dengan enjin letup-letup berapi powernyaa. I punya kereta turbo pun banyak benda lagi nak ganti :( Turbo timer pun lampu short hahahah. Kalau nak tengok lagi banyak gambar kereta masa event ni boleh pergi facebook JB Underground. Gambar waktu siang lagi cantik macam-macam jenis kereta ada.



Facebook : https://www.facebook.com/Jb-Underground-Meet-Greet-2017

JB UNDERGROUND 2017

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.