honeymoon : aktiviti di Bukit Tinggi, Pahang

assalamualaikum and hai ! selamat hari ahad. selamat tahun baru cina gong xi fa cai xin nian kuai le :) mari sambung entry honeymoon okay. next entry ni aktiviti yang I buat di Bukit Tinggi, Pahang. banyak tempat and aktiviti yang boleh buat atas ni antaranya


1. Japanese Village





I memang excited nak pergi Japanese Village ni sebab nak pakai kimono ! dah lama teringin nak pakai kimono ni. tapi sebelum nak sampai Japanese Village kena membakar lemakzz dulu. parking untuk ke Japanese Village ni agak jauh. kenaa naik tangga, daki bukit baru laa sampai. semput tau naik bukit ni nasib tak pakai heels je kalau pakai heels tahun depan baru sampai.




dah sampai tu singgah kedai atas ni dulu. beli ais krim and tengok barangan cenderamata. kalau tak nak beli yang jual dekat area hotel tu, kat sini pun ada jual and tak silap I harga murah sikit. cuma ais krim dia je mahal nak mampus. pilihan cenderamata pun banyak.


patung, cawan, tabung


patung comel


barangan hiasan



keychain, fridge magnet


semua comel


sempat la beli 3 jenis :)



banyak betul pilihan. gambar cenderamata pun dah 3,4 keping
kalau penat naik bukit tadi boleh relax dulu duduk bangku ni sambil tengok pemandangan. kalau tak penat boleh teruskan perjalanan ke arah kanan untuk ke Japanese Village. so dari naik bukit tadi belah kanan Japanese Village, and belah kiri kedai cenderamata.






Japanese Village ni cantik ! pemandangan cantik, ada sungai, kolam ikan, ikan, batu, port ootd lagi laaa berlambak. rumah ala ala Japan pun ada okay. memang bertemakan Japan. I dengan Aiman memang terus ke tempat sewa kimono dalam rumah ala ala Japan ni.


pilihan kimono pun banyak tapi ramai orang dah pilih tinggal ni je

untuk sewa kimono RM20 per person. kalau nak join Japanese Tea Ceremony RM28. Japanese Tea Ceremony ni ada masa dia. so kena ikot masa yang ditetapkan. time I pergi tu tak ada pun join Tea Ceremony ni. sewa kimono lepastu tangkap gambar jee.




Japanese Village - escape into a tranquil and serene ambience which is the Japanese Village. Let the relaxing gurgling sound of the waterfalls and brooks soothe you and melt away your troubles. surrounded by verdant flora and fauna, the manicured and Zen-inspiring gardens which encircle the Japanese Tea House, Ume Tatami Suite and Tatami spa is the perfect antidote for the weary soul. pamper yourself and have a Kyukyoku outdoor massage in the Tatami Spa. experience a traditional Japanese Tea Ceremony and don a kimono to complete your Far East experience.

kimono 


official photographer time honeymoon : suami tersayang



ala ala jeeee



#Aimanootd




memang suka pakai kimono ni tapi dalam tu panas nyaaaaa... pakai inner, blouse, kimono ni lagi. berlapis lapis. walaupun angin sejuk ada je tapi masih panas lagi






serius banyak port ootd. yang suka ootd tu memang sesuai datang sini



Japanese Village la yang paling I suka kat Bukit Tinggi ni.


2. Botanical Garden



Botanical Garden ni sebelah je kedai cenderamata tadi.






kat Botanical Garden ni ada Japanese Restaurant lagi tauu. Ryo Zan Tei namanya. ok sila sebut
sekarang.



I tak try pun makan sini sebab tak tau halal ke idak. lagi pun baru lepas makan so jalan-jalan je okay



kat Botanical Garden ni dapat la tengok macam macam jenis tumbuhan, bunga, sungai pun ada. agak besar jugak la tapi I dengan Aiman tak explore lebih pun.



info and map tentang Botanical Garden ni











bunga memang banyak jugak laa



3. Organic Farm





Organic Farm ni sebenarnya kena datang dengan tour guide baru best. time I dengan Aiman datang memang tak ada apa apa yang menarik laa. ada tumbuhan sayuran macam tu je. and pekerja dia haha. kalau ikot tour guide ada la kot aktiviti tengok tanaman organic, macam mana nak tanam or pengenalan tanaman kot. tapi serius kalau datang sendiri hambar je.
kalau nak ikot tour guide ada masa dia. hari satu, ahad and public holidays pada pukul 8.45 pagi. tapi sebelum tu kena booking dulu kat front desk.





4. Animal Park


Animal Park ni sesuai kalau bawak bebudak sekali haha. kalau I dengan Aiman kiteorang turun kereta tengok sikit sikit je dah. tak masuk pun.  



pintu masuk







tempat makan pun ada dan boleh tahan harga dia.


nampak tak haiwan. hahaha



taman permainan pun ada


okay antara aktiviti lain yang ada 


sport complex


Berjaya HillsGolf and Country Club




convention centre



padang golf yang luas



Horse Trails pun ada



itu je tempat-tempat yang I explore. ada macam-macam lagi sebenarnya macam children playroom, jungle trekking, bird watching, paintball, banyak aktiviti sukan, swimming pool pun ada. kalau yang nak datang relax tenangkan fikiran and badan spa pun ada jugak. 












Follow


baca entry honeymoon lain di sini

11 comments

  1. Walaupun duduk pahang tapi tak pernah lagi singgah sini. Banyak juga aktiviti menarik rupanya hehe. btw sy follow blog ni ya. jemputlah melawat blog saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti singgah la best jugak dpt jln sini :) nanti saya singgah

      Delete
  2. Siqah pun suka jugak Japanese Village kat Bukit Tinggi! Walaupun terpaksa menapak jauh nak pergi ke sana. Semput kan 😂😂

    Cantik airah pakai kimono.. Fefeeling lah kita kat Jepun masa pakai kimono tu. Hihi.

    Siqah tak pernah pergi tempat lain yang airah cerita kat post ni. Macam kena pergi BT lagi ni. Hehe 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa semput jugak naik atas tu tapi bila dah sampai best sbb view cntik. jum buat rombongan

      Delete
    2. rasa nak pergi lagi..

      http://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/02/mystery-giveaway-2017-oleh-airah.html

      Delete
  3. Cantikkk nyeee MashaAllah! Would love to visit the place nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess sangat cantik

      http://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/02/mystery-giveaway-2017-oleh-airah.html

      Delete
  4. pernah pergi.. lama dah.. 10 tahun lalu

    http://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/02/mystery-giveaway-2017-oleh-airah.html

    ReplyDelete
  5. nanti boleh p nie....entry yg sangat menarik...:)

    ReplyDelete
  6. Waa... Cantiknyaaaa.... Best ^^

    ReplyDelete