honeymoon : Cameron Highland day 1, jumpa Smurf dan pasar malam

Assalamualaikum and hai. 

Cameron Highland ni last destinasi I dengan Aiman. I memang suka pergi Cameron Highland ni kalau dapat beli rumah kat sana pun best. time pergi ni musim hujan. risau jugak sebenarnya sebab Cameron kan kawasan yang selalu jugak la ada tanah runtuh lagi-lagi musim hujan. tapi bila tanya Aiman 'takpe ke pergi time macam ni', Aiman cakap insha Allah tak ada apa pun. sepanjang jalan dari Shah Alam ke Perak hujan lagi la risau. Alhamdulillah sampai dengan selamat. sepanjang jalan nampak banner smurf ni lagi la excited.




kiteorang book Smurf Inn Homestay melalui Agoda. harga time I book RM 174 untuk satu malam. homestay ni agak tersorok ke dalam so I memang guna waze sebab senang. Smurf Inn ni dekat area Tanah Rata. banyak je lagi hotel-hotel lain area ni tapi sebab homestay ni dikira baru jugak la so mari kita test. kalau nak book number dalam banner kat atas okay.


mercu tanda?


tengok jalan pun basah lagi memang time hujan renyai je ni. best sebab sejuk ! kalau pergi time bukan musim hujan memang tak dapat la nak rasa sejuk lelebih macam ni. bangunan macam kincir angin ni pintu masuk untuk area homestay tu.


lepas masuk bangunan kincir angin tu nampak la rumah-rumah lawa ni. rumah lawa, kereta lawa T.T


tak silap I ni private punya homestay. nampak tak mahal dia !


dah sampai Smurf Inn Homestay. kat bahagian paling hujung rumah-rumah mahal ni.


bae everywhere.


sebab pergi time krismas, tema semua krismas.

kalau korang berminat dengan Smurf Inn Homestay ni boleh tengok jenis bilik dan harga dia kat bawah ni. gambar bilik pun I sempat snap kat kaunter.





time masuk homestay ni memang I terus suka. sebab lawa gila dekorasi hiasan dia. I pun tak sure ni hotel ke homestay sebenarnya. tengok la gambar kat bawah ni lawa. bilik I kena turun lif tapi macam biasa I dengan Aiman memang rajin turun naik tangga ni. malas nak tunggu lif.


so nice.


turun tangga untuk ke bilik.


ni bahagian cafe. best gila weh kalau turun breakfast dah la cafe cantik, dapat tengok permandangan lawa, sejuk. tapi yang tak best sangat makanan dia tak banyak ye. memang tak banyak macam hotel biasa. tapi still free breakfast !


cafe.


number bilik weols and cute little smurf.


view tidak berapa menarik tapi still hijau pemandangan. yang nampak atap sikit tu kebun tanaman sayuran.


warna bilik yang cantik.


heater, mineral water, cawan, tea, kopi semua ada. iron ada kat bahagian luar bilik ye dalam bilik tak ada.


I tak tau apa function meja dia panjang sepanjang dinding ni. dah la kawasan sempit ! beria meja panjang-panjang.


toilet bersih. sabun, syampu, berus gigi and lain-lain toiletries pun ada. 


tuala juga disediakan. kalau sejuk, air panas untuk mandi pun disediakan.


lepas dah siap mandi dan kemas semua. keluar tengok kawasan sekitar dan pergi makan. yeay. kat bawah ni gambar tepi homestay ni ala-ala gua. cantik tapi kalau ootd dalam ni buruk k.





tengok la pemandangan bila dah lalu gua tu. handsome ! eh.. cantik. kawasan macam padang golf. lepastu ada rumah cantik. semua menghijau.


pemandangan rumah dari atas laluan gua tadi.


lepastu boleh lepak kat meja tu. cafe pun ada kalau nak makan kat situ sambil tengok pemandangan.




lama jugak la duduk sini tengok pemandangan. lepastu pergi pasar malam pulak. best tau pasar malam kat Cameron Highland ni sebab banyak makanan ! gambar yang I snap kat pasar malam pun banyak gambar makanan haha


goreng-goreng


favourite !! sedapnyaaa. makan time panas-panas.


sayuran lagi la banyak, barang-barang macam baju, seluar, pun banyak jugak. renyai time ni serius best sebab sejuk.

dan lapar.


hai teh strawberry !


get ready nak tempuh jem depan pasar malam ni lagi-lagi time weekend memang ramai.


pokok bunga pun banyak. sepuluh kali fikir nak beli ke tak bunga ros. nanti jela beli bila dah pindah rumah baru ehem..

lepas jalan-jalan kat pasar malam kiteorang pergi makan di Taman Abang Steamboat and Grill. boleh baca entry tu kat sini tau. serius puas hati makan kat sana. kenyang dan tempat pun cantik ! lepas makan balik sebab dah penat perjalanan jauh. balik bilik dan relax.


balik bilik Aiman makan Samyang Cheese ni. apeni mengidam.


ada kedai makanan sedap kat Cameron yang korang tau tak?




Follow



baca entry honeymoon lain di sini

10 comments

  1. Bestnyaaa jalan jalan Cameron. Nani dah lama gila tak ke sana. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah selalu pegi sbb dekat jugak laa.tak pernah bosan haha

      Delete
  2. Okay yang goreng-goreng tu nampak macam sedap! banyak pilihan pula tu. Kalau nak pergi sini nanti memang wajib la borong banyak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap ! selalu jugak beli sayur semua dkat sni fresh je

      Delete
  3. bestnya baca entri airah, teringin Neeza nak bercuti pula XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun tak puas lagi bercuti hehe

      Delete
  4. Kalau pergi pasar malam kat cameron highland suka beli makan yang celup tepung. Sedap! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun suka lagi2 sayur kimchan dia

      Delete
  5. cantiknya gambar. pandai airah ambik gambar :D

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.