Ada Apa Dengan Traveloka dan Sale-abration?


Assalamualaikum and hai.



Siapa pernah dengar pasal Traveloka? Kalau anda seorang yang suka bercuti, melancong di merata tempat mesti pernah dengar kan. I memang suka bercuti tempat-tempat yang ada pulau dan pantai ni. Favourite ! Pemandangan menarik, dapat tenangkan fikiran dan luangkan masa dengan keluarga. Kadang-kadang lepas pergi sesuatu tempat tu terus rasa tak puas dan nak lagi. Tapi kena fikir jugak bajet nak beli tiket flight, nak tempah hotel lagi. Memang impian I nak pergi semua pulau dan pantai di dalam Malaysia dulu.

Kalau anda rajin bercuti mesti kena tempah penerbangan dan tempah hotel. I pun kadang-kadang naik pening sebab rajin sangat check satu –satu laman web yang ada buat promosi untuk hotel mahupun tiket penerbangan. Tapi lepas je baca pasal Traveloka dalam satu blog tu terus tertarik ! Nak tau kenapa?

Traveloka adalah satu laman web yang membolehkan carian, tempahan dan pengurusan lawatan untuk hotel dan penerbangan. Tak kira domestik atau antarabangsa. Maknanya anda boleh menggunakan Traveloka untuk merancang percutian anda. Satu laman web yang menguruskan semuanya. Memang mudah ! Anda juga boleh menempah penerbangan menggunakan aplikasi Traveloka atau melalui laman web. Selain itu, Traveloka pun ada buat banyak tawaran menarik tak kira untuk hotel ataupun penerbangan. Seronok kan kalau dapat harga yang lebih murah jadi percutian anda lebih jimat. Caj tersembunyi pun tak ada.

Tau tak pada bulan Mac ni Traveloka akan buat tawaran best untuk penerbangan dan hotel. Pernah tak tengok bila Traveloka buat promosi? Rambang mata laa nak pilih destinasi nanti.




Traveloka mempunyai pelbagai syarikat penerbangan dan menjanjikan nilai yang terbaik untuk impian percutian anda. Tawaran penerbangan dari Traveloka adalah serendah RM 40 untuk domestik dan bawah RM100 untuk destinasi antarabangsa. Sangat berbaloi ! Tapi dengan Traveloka Sale-abration yang sedang berlangsung dari 10 Mac sehingga 31 Mac 2017, anda mampu terbang ke luar Negara dengan hanya RM39 sehala !

Promosi Traveloka Sale-abration yang hebat ni menawarkan penerbangan dari Malaysia Airlines, Malindo Air, Singapore Airlines, Cathay Pacific dan banyak lagi. Semuanya serendah RM39 ! anda boleh terbang ke Bandar Ho Chi Minh, Jakarta, Bangkok, Shanghai atau pun dimana-mana sahaja destinasi yang anda mahu tanpa memikirkan kos penerbangan yang mahal. Hanya perlu tempah tiket penerbangan anda sekarang dengan  layari laman web Traveloka atau aplikasi Traveloka di telifon pintar dari 10 hingga 31 Mac 2017.



Promosi ini bukan sahaja untuk tiket penerbangan ke luar Negara tetapi di dalam Negara juga ! bayangkan berapa jimatnya anda dengan Traveloka. Hanya cari destinasi pilihan di Traveloka dan buat tempahan. Jika destinasi yang anda ingini tiada dalam senarai, jangan risau kerana pihak Traveloka akan menambah destinasi anda di dalam senarai.



Tawaran hotel di Traveloka pula memang seronok kerana Traveloka mempunyai lebih 100 ekslusif hotel untuk destinasi di seluruh Asia Tenggara. Traveloka juga memilih hotel dengan teliti untuk memenuhi pelbagai jenis tujuan percutian pelanggan, sama ada untuk membeli belah, melawat bandar-bandar yang kaya dengan budaya dan warisan, bersantai ditepi pantai macam yang I suka dan banyak lagi. Ini apa yang Traveloka lakukan untuk anda agar anda mendapat percutian yang hebat !

Kalau anda tempah hotel dari 10 Mac sehingga 31 Mac 2017, anda akan mendapat 79% potongan harga untuk hotel pilihan anda di destinasi percutian impian anda. Potongan gempak dengan Traveloka Sale-abration. Bagaimana nak dapatkan potongan sehingga 79% ni? Download Traveloka App la. Tawaran ini untuk Traveloka App dan khas untuk ahli. Potongan 79% untuk hotel di percutian impian anda, memang lumayan. Tak ada siapa lagi nak bagi selain Traveloka.




Melalui Traveloka Sale-abration pada 10 Mac sehingga 31 Mac 2017 ini juga, anda boleh menggunakan kod kupon SALEAHOTEL untuk menikmati 22% diskaun tambahan, ekslusif untuk hotel-hotel yang mengambil bahagian. Jadi sebelum anda melakukan tempahan hotel jangan lupa kod kupon ni tau. Bertambah-tambah lagi diskaun dan penjimatan kepada anda. Baca terma dan syarat bagi kod kupon tu nanti okay.

Traveloka menyediakan peluang terbaik untuk anda dengan senarai hotel yang ekslusif dan mewah tetapi dengan harga yang murah dan jimat poket anda. Kalau hotel mewah di Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bharu, Singapura, Jakarta, Bangkok dan banyak lagi terlalu mahal untuk anda, Traveloka Sale-abration menawarkan potongan sehingga 79%. Log in akaun Traveloka anda dan buat tempahan sekarang.



Promosi Traveloka Sale-abration yang sedang berjalan dari 10 Mac sehingga 31 Mac 2017 tidak harus dilepaskan. Anda harus menikmati tawaran penerbangan dan hotel di Traveloka Sale-abration ni tau. Dengan Traveloka anda tidak perlu risau kerana keselamatan dan privasi transaksi dalam talian dilindungi oleh teknologi RapidSSL yang sah. Traveloka juga mempunyai hasil carian yang luas, perbandingan tiket penerbangan dan hotel yang murah dengan mudah. Selain itu, masa anda juga akan lebih jimat dengan Traveloka dan khidmat pelanggan juga disediakan 24/7. Untuk maklumat lebih lagi anda boleh singgah di

laman web Traveloka : www.traveloka.com
Khidmat Pelanggan : +60-15-4840-9469



18 comments

  1. Bestttt sangat kan traveloka ni. banyak juga la dia punya pilihan kalau untuk hotel dan flight tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha best. lagi2 kalau ada promo mcm ni berbaloi beli

      Delete
  2. hai ! =) nicenya belog diaa...
    before ni berjalan tak tau pun pasal traveloka. hee..thank you review..
    anyway jemput join segemen sy ya ?=)
    http://fashapurple.blogspot.my/2017/03/segmen-bloglist-april-2017-by-farah.html
    3 blogger bertuah dapat giveaway !!huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai thankyouu.. nanti Airah snggah

      Delete
  3. Saya pun ada tulis juga pasal Traveloka ni hehe. Memang bagus pun website ni :)

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaa dengar perkataan travel dan murah! Hihi. Untung tu. Banyak murahnyaaaaa! Airah dah book ke mana tu? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha airah book dekat2 jee. tak mampu lagi jln jauh nanti bajet shopping je

      Delete
  5. Beberpa bln lps booked hitel guna traveloka. Diskaun byk sgt. Almost 35% dr published rate hotel tu sendiri. Berbaloi sgt !

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha airah pun memang xlepaskan peluang book hotel

      Delete
  6. Tengah planning nak ke JB, boleh kot beli guna traveloka ni..huhu

    ReplyDelete
  7. taksempat nak travel mana mana, asyik kerja jee. best je mcm mcm promosi dorng buat

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.