Ada lagi tak yang pakai BK peel off nail polish

Assalamualaikum and hai.




Siapa pernah try BK peel off nail polish ni? hahaha rasa kelakar pulak bila I nak update pasal nail polish ni. rasa macam budak-budak sikit. sebab excited ! BK peel off ni famous jugak laa dulu kan. sekarang pun I rasa famous lagi sebab bila I cari BK peel off ni secara online, ramai lagi yang jual dan banyak jugak feedback. Jadi masih ada permintaan.


Dulu time umur I 10, 11 tahun ada jugak mintak mama belikan nail polish yang biasa tu. serius mama belikan hahaha. I ingat lagi time tu dah nak raya jadi melaram la time raya dengan nail polish kahkahkah. siap beli sekali dengan nail polish remover semua satu set. Pakai dengan kakak sedara  bila balik kampung. Memang seronok kalau ingat balik.



I jumpa nail polish ni di Ipoh Parade. Time tu tujuan sebenar nak cari bahan buat biskut tapi tak ada. Dah jalan-jalan nampak pulak BK nail polish ni. Teruja sangat sebab susah nak jumpa BK nail polish yang banyak warna, banyak pilihan, tapi kat kedai tu satu rak penuh BK nail polish ! rambang mata nak pilih. Last-last I pilih warna hitam sebab memang dah lama nak nail polish hitam hihi dan warna favourite pink dengan glitter.

Tekstur dia jenis cair je. Lepas dah sapu kat kuku nanti  dia kering dan siap. Boleh acah-acah dah hahaha. Nanti nak solat ke nak makan je cabut je nail polis tu. Kikis dan tarik macam biasa. kalau ada warna dia sikit-sikit lagi boleh cuci dengan air atau dengan minyak. Tapi senang je nak cuci kalau tarik macam biasa pun dah okay.



Bahan-bahan bahasa cina jadi I tak faham. Tapi bahagian depan botol ni ada tulis water based. Dan I ada baca yang nail polish ni tak ada toksik dan sesuai untuk ibu mengandung. Harga yang I beli RM8 untuk satu botol. dua RM15. okay la kot kalau beli dengan online shop kena postage lagi haha


Sebenarnya ni kali ke dua I guna BK nail polish. Sebelum ni adik I pun ada beli sampai sekarang tak habis-habis lagi.



Ini yang nail polis warna hitam. Berkilat bila dah kering. Ada juga yang jenis matte I tengok kat online shop. Lawa sangat. Kena tambah koleksi lagi ni.


Yang ni bila I layerkan warna hitam dan warna pink glitter. Kalau warna pink saja pun cantik tapi tak ada gambar.


Korang pernah try tak BK nail polish ni atau nail polish yang lain ? I pakai nail polish ni pun kat rumah je haha. Risau jugak sebenarnya kalau kuku rosak ke sebab tu I jarang pakai dan kena rajin jaga kuku.

14 comments

  1. hahahha teringat jugak masa BV kecik2 dulu masa nak raya. suka beli clear nail polish dgn remover dia. konon nak raya kuku cantik2 kan :D

    teringin nak beli yg nie. tapi takjumpa lagi. kalau beli on9 caj postage mahal T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan time kecik suka excited dengan benda2 mcm ni. airah pun tak beli yanh on(, terjumpa kat kedai memang terus beli la

      Delete
  2. prnh pkai ,.. Anis ada satu ja, warna pink

    ReplyDelete
  3. Hahaha pakai tauuu, sampai sekarang. Warna merah, baruuu la nampak jahat sikit,kekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun rasa nak beli warna merah. nampak vogue kan. fefeeling je pakai

      Delete
  4. lama dahh tak pakai nail polish
    btw, jemput singgah tempat saya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la risau pakai selalu nanti kuku tak sihat

      Delete
  5. Tak pernah Siqah pakai ni. Dulu pernah juga pakai produk apa entah. Bila nak solat kena tanggalkan. Pakai beberapa hari je, malas eh nak pakai tanggal je. Hihi. Yang hitam tu, kalau pergi dinner tema gothic, wow sangat tau :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha airah rajin nau pakai the peel off sebab senang kan xguna nail remover tuu. hitam tu beli sbb nak fefeeling laa hahaha

      Delete
  6. haritu masa benda ni masih panas, adalah beli dengan kawan kawan, share pastu main tukar tukar warna hahaha

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.