Guardian aloe vera gel

Assalamualaikum and hai :)


sekarang memang tengah famous aloe vera gel sebagai sebahagian dari skincare routine kan. I pun tak terkecuali nak try. dulu selalu jugak ambil aloe vera or lidah buaya ni dari pokok je. senang sebab mama memang tanam pokok aloe vera ni. pokok dia pun gemok-gemok puas guna aloe vera dia haha. tapi sekarang lagi senang sebab dah siap semua dalam tube, botol, jar. tinggal nak guna je.


aloe vera gel form Guardian.


aloe vera gel from Guardian 100% pure aloe vera. ada dua size tak silap, yang besar macam I punya ni 250ml RM 10++ dan 100ml RM3++. aloe vera ni tak ada alkohol, pewarna atau pewangi. warna dia pun jernih. 



bahan-bahan dia ada dalam gambar atas ni.



testur gel.


okay ni review jujur dari I. I memang tak boleh pakai aloe vera guardian ni di muka. nanti alergic ! I memang dah pernah pakai sekali kat muka sebab ingat nak jadikan sebagai moisturizer last-last pagi tu bila bangun area sekeliling bibir ada bintik-bintik berair tu and muka gatal. sengsara terus. nasib tak teruk sangat sampai bengkak ke apa. sebelum ni kalau pakai yang ori dari pokok tak ada masalah apa pun -,-


tapi untuk elakkan pembaziran tak guna aloe ni. I akan pakai sebagai pelembap badan. pakai kat bahagian kaki dan tangan. cuma I kena elakkan bahagian badan yang sensitif macam pelipat siku, pelipat lutut macam tu. kalau tak nanti naik merah-merah. siapa yang kulit sensitif tu kalau nak try apa-apa produk sekali pun buat patch test dulu. pakai sikit je dulu nak tengok reaksi kulit terhadap produk tersebut.


I suka packaging macam ni sebab lagi hygenic.






overall I suka je aloe vera dari guardian ni sebab memang rasa lembut kalau pakai kat badan. cuma I sensitif sikit jadi kena berhati-hati. tak silap I aloe vera Guardian ni yang paling murah berbanding aloe vera yang lain. jadi beli la yang ori punya sebab ori pun ada yang murah haha. lepas guna aloe Guardian ni I tak beli brand lain sebab takut nanti allergic lagi. pakai jela moisturizer yang biasa tu.


pros
- murah
- tak ada bau yang tak menyenangkan.
- packaging bersih, senang nak bawa
- cepat serap !
- tak ada alkohol, pewarna, pewangi


cons
- I allergic untuk bahagian badan yang sensitif dan muka.








Follow

53 comments

  1. Produk aloe vera semakin popular kan sekarang. Siqah pernah pakai sekali je aloe vera gel. Tak ingat namanya apa. Itu sebab muka bengkak dan panas dari dalam lepas ke Langkawi. Siqah allergic dengan sunblock yang siqah guna. Pinjam kawan punya nanye. Sejak tu tak pakai dah sunblock.

    Kalau allergic, sure kena hati2 kan Airah. Kesan allergic teruk jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah memang guna yang dari pokok je lepas ni. tu la Airah pernah allergic makeup bengkak teruk. memang sentiasa standby ubat allergic

      Delete
    2. Sye terbalik lak dari sis kalau pkai yg dari pokok auto gatal ii tpi kalau yg dh proses mcm guardian okay lak 😂😂

      Delete
  2. tak tau pulak aloevera 100% ni ada dekat guardian heheh nanti nak cari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada hehe Airah memang beli pun jenis yang murah

      Delete
  3. erin pun allergic dgn aloe vera gel, sama la naik bintik bintik berair camtu. selalu pakai kt rambut or badan je :)

    Erin x | www.erinazmir.com

    ReplyDelete
  4. I pun tak boleh pakai aloe vera sangat sebab nanti gatal2 ;__;

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramainya sama. kena cari benda lain untuk dipakai

      Delete
  5. Memang best, tapi tu la, anak buah yang ada eczema pun allergik dengan aloe vera guardian ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena hati2 sebelum guna banyak.kena try sikit dulu kalau tak azab

      Delete
  6. wahhh belum pernah nampak aloe vera gel nie lagi kat guardian. :D

    ReplyDelete
  7. Saya pun peminat aloe vera. Tapi guna yg pokok je. Kalau nak buat masker, demam, nak bagi rambut lembut, dan kalau terkena minyak panas, memang lumur aloe vera fresh daripada pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha aloe ni banyak khasiat tapi kena guna pokok punya jela

      Delete
  8. macam best je.. pernah guna yang watson punya tak? kalau pernah mana yang best eh? sebab harga aloe vera ni pun boleh tahan, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah pulak sorry. sbb allergic airah memang tak berani nak test yang lain

      Delete
  9. Baru siang tadi nampak gel ni dekat bilik adik. Dia guna untuk kaki dia. Kak ana memang apply aloe vera gel dekat muka setiap kali keluar. Tp dari face shop. So far ok dgn kulit. Maybe kak ana kulit normal so takde lah elergi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jugak baca review best dari aloe face shop tu. tapi risau jugak haha

      Delete
  10. My friend cakap dia pakai okay je.. Maybe sebab kulit dia normal kut

    ReplyDelete
  11. Haah, mmg ade org yg akan allergic pakai aloe vera ni kat muka, kulit kite pon x tahan

    ReplyDelete
  12. sha guna jugak aloevera gel ni hehe

    ReplyDelete
  13. Saya pon guna this guardian aloe vera. Nak2 lagi bila nak tido n masa lepas cuci muka. Lembab gila rasa muka. Best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya kalau sesuai dengan kulit sebab harga dia berbaloi

      Delete
  14. mungkin kulit kita pun sama kot, bila pakai muka gatal2, lepastu esoknya timbul jerawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah memang dah tak pakai dah lepastu.sapu dekat kaki je haha

      Delete
  15. Tapi saya pakai guardian punya kat muka okay takda rasa terbakar atau allergic maksudnya okay lah tu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kalau tak ada rasa gatal ke pedih sesuai la tu :)

      Delete
  16. Aloe vera ni pakai selepas serum ke? And boleh pakai tidur tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha boleh pakai selepas serum.pakai bila-bila pun boleh tapi dia tak boleh ganti moisturizer.kena pakai moisturizer juga

      Delete
  17. Sya apply kat muka setiap malam b4 tido. Alhamdullilah..kulit muka tampak segar pagi hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronokkan kalau jumpa produk yang sesuai dengan kulit

      Delete
  18. Sy ade guna aloe vera gel nie slm ank sy pnye.. Mmng lembut sapu kt muka,alhmdulillah bngun tido terasa lembut je muka.. Tu yg sy cari ari nie

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. Boleh tapi tengok reaksi kulit okay ke tak ye

      Delete
  20. halal ke tak nii. logo halal pun xde

    ReplyDelete
  21. so awak guna krim apa untuk counter baik allergic tu? do you mind sharing?

    ReplyDelete
  22. so apa krim yang awak guna untuk counter balik alergi tu. do you mind sharing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau allergic I akan makan ubat allergic terus sebab memang ada simpan ubat tu since ada sejarah alergic. Lepastu I teruskan dengan skincare macam biasa. Biasa alergic I tak lama pun dua tiga hari dah hilang

      Delete
  23. Replies
    1. Sy ada baca suh cmpur dgn syampoo rmbut tuk kurgkn rmbut gugur..sy br nk br nk try..

      Delete
    2. Boleh la cuba sebab I pun ada baca banyak positif feedback yang berkesan kalau guna untuk rambut gugur

      Delete
  24. apa ubat allergic u makan? i have allergic dekat mulut as well, same like you, bintik2 merah gatal. but tak pandai sembuh2..

    ReplyDelete
  25. Juliet kombinasi boleh pakai ke

    ReplyDelete
  26. With all these recuperating properties contained in aloe, it wouldn't have been long until the association among aloe and weight reduction was found. While the gel from the aloe plant is for the most part utilized for effective application, aloe vera juice is utilized inside for different reasons including weight reduction. https://www.cognitionboosters.com

    ReplyDelete
  27. Skin type kak Airah apa ya? agak ii untuk oily acne prone skin mcm saya, okay tak?

    ReplyDelete