I wish I win a wish !

Assalamualaikum and hai :)




I memang pengguna Shopback sejak hujung tahun 2016. tadi blogwalking terjumpa entry pasal Shopback ni. terus cepat-cepat bukak sebab memang selalu excited mengenai Shopback ni lagi-lagi kalau terima email dari Shopback.


apa itu Shopback? kalau korang tak tau, Shopback ni adalah #1 online cashback and rebates in Malaysia ! dalam bahasa yang mudah, Shopback memberikan anda rebat tunai untuk setiap pembelian online anda. Shopback juga bekerjasama dengan lebih 500 peniaga seperti Lazada, Booking.com, Qoo10, Zalora, Foodpanda, Uber dan macam-macam lagi. kalau singgah di laman web Shopback dan lihat bahagian kategori memang rambang mata nak shopping !


jadi hari lahir I nanti apa yang I nak dan impikan ada kat bawah ni. jum tengok.

1. Produk Kecantikan Laneige





sekarang I tengah guna Laneige Water Bank Trial Kit. apa yang I boleh cakap produk Laneige ni best sangat. sangat memberi kerjasama yang baik untuk kulit I haha. jadi memang menanam azam nak dapatkan full set Laneige Water Bank Series ni. kulit bukan sahaja rasa lembut, lembap dan gebu. I memang suka bab-bab kecantikan dan skincare ni dan kalau boleh nak beli produk yang terbaik untuk kulit. harga bagi produk Laneige ni agak mahal jugak jadi kalau nak rasa berbaloi mesti la kena guna Shopback ! I memang suka beli skincare melalui Hermo.my dan beli produk Laneige melalui Hermo.my anda akan dapat 2.0% cash back. banyak kan?


2. Katil.



I akan pindah rumah duduk dengan suami dalam bulan April nanti, jadi memang rumah tak ada apa-apa perabot atau kelengkapan. apa yang paling I nak adalah katil sebab katil yang selesa dan cantik mesti mahal ! I memang teringin katil yang nampak elegant. kalau boleh nak jadikan rumah I tempat yang selesa dengan warna lembut jadi balik kerja penat otak tak serabut haha. kalau singgah website Lazada tu memang rambang mata dengan barang-barang pekakas rumah. berangan terus bila ada rumah sendiri nanti. kalau membeli melalui Lazada menggunakan Shopback, anda akan dapat up to 11% cashback !


3. Bercuti.



Pantai adalah tempat favorite I. memang suka sangat mandi pantai, pergi pulau. bulan lepas sempat la sebelum Aiman masuk akademi dia kiteorang pergi Pulau Pangkor. seronok sangat ! kalau boleh I memang nak pergi semua Pulau dan pantai yang ada di Malaysia. mesti la kena habiskan pantai Malaysia dulu baru pergi pantai luar Malaysia haha. destinasi seterusnya nak pergi Pulau Langkawi pulak sebab dah lama gila tak pergi. nak borong coklat ! melalui Booking.com, Expedia, AirAsiaGo.com dan Hotels.com anda akan dapat 6.0% cashback melalui Shopback. apa tunggu lagi cepat la plan percutian dan dapat rebat tunai dengan Shopback anda.




4. dUCk, Fashion Valet



siapa je yang tak excited bila dengar brand dUCk scarves ni. tudung yang cantik dengan material berkualiti pelbagai warna. ada jugak limited edition series yang membuatkan perempuan tergila-gilakan dUCk scarves ! I memang teringin nak pakai yang matte satin silk, ramai cakap material dia best dan senang bentuk. kalau tengok video Nisha Ezzati, dia pun ada banyak koleksi dari dUCk scarves. cantik, elegant, gorgeous. It's time to get dUCk-ed ! dan 5.0% cashback bila shopping dengan Fashion Valet. I love Shopback !


5. SJCAM Action Camera.


disebabkan favorite I pergi pantai dan pulau, I memang perlukan action camera yang power. I dah baca banyak review SJcam ni. review semua power-power dan sesuai la kalau I nak bawak masuk air, mandi laut, snorkeling. warna pilihan pun banyak. sebelum ni I guna handfon punya waterproof case je. action camera dah masuk dalam birthday wishlist. okay siapa nak hadiahkan? melalui Cameralah.com Shopback anda akan menerima 3.5% cashback. nanti kumpul cashback dan beli barang lain. lumayan.







ini adalah nikmat hidup bagi wanita di luar sana dan I juga ! shopping barang dapur tanpa had ! I need this. hahaha teringin nak beli barang dapur banyak-banyak jadi tak perlu risau esok nak makan apa sebab banyak stok makanan dan barangan di dapur. I juga masih dalam proses belajar memasak jadi senang nak bereksperimen kalau barang banyak macam ni. kalau shopping di iHerb anda akan dapat rebat tunai 3.0% dengan Shopback. barang dapur adalah wajib. apabila anda beli barang dapur dan dapat cashback. simpan cashback untuk beli barang dapur seterusnya ! yeay saya bijak. heh


7. Backpack.


last barang yang I nak ialah backpack. I memang suka cuci mata dekat website Zalora sebab banyak brand dan pilihan barangan. nanti I update barang latest yang I beli di Zalora melalui Shopback tau. Shopback melalui Zalora menawarkan up to 9% cashback. memang berbaloi sebab tu suka website Zalora ni. I memerlukan backpack sebab senang pack barang dalam backpack dan senang dibawa. tak besar sangat macam travel luggage. lagipun I selalu pergi bercuti dalam 3 hari sahaja. sumbat semua dalam backpack and I'm ready. backpack Herschel ni cantik gilaa dengan warna lembut macam ni. tak tahan rasa nak beli je sekarang !



best kalau guna Shopback ni bila beli barang online. dapat rebat tunai lagi banyak pulak tu. nak cash out pun senang je guna bank tempatan. Shopback memang dah terkenal sebab pernah dipaparkan di The Star Online, New Straits Times, Says.com, The Borneo Post, TechInAsia, dan banyak lagi. Shopback juga bukan sahaja ada di Malaysia tapi di 5 buah negara lain juga seperti India, Singapore, Indonesia, Philippines dan Taiwan.


kalau ada yang tak faham macam mana Shopback, ni paling mudah bagai mana Shopback berfungsi. korang boleh jugak pergi ke laman web Shopback dan kira di sana berapa rebat tunai yang korang dapat.




BAGAIMANA SHOPBACK BERFUNGSI.


1. Pastikan anda mempunyai akaun Shopback. pergi ke alam web Shopback dan klik laman web membeli-belah yang anda inginkan. anda akan dibawa ke laman web barangan online tersebut melalui Shopback.



2. Pilih barangan yang anda inginkan seperti biasa dan buat pembelian.



3. anda akan mendapat cashback dalam tempoh 48 jam di Shopback anda. klik MY CASHBACK di Shopback dan di bahagian Pending untuk melihat jumlah rebat.



4. Cashback anda akan ditukar kepada 'Tebus' sebaik sahaja pesanan disahkan oleh peniaga. ini akan mengambil 30-60 hari untuk memastikan bahawa tidak ada order yang dibatalkan, pemulangan atau pertukaran.

5. Anda boleh meminta pembayaran dilakukan apabila Tebus Cashback anda mencapai RM10.00. Tunaikan Cashback melalui bank pilihan anda.




tak faham lagi? jangan risau pergi laman web Shopback dan anda boleh baca sendiri bagaimana Shopback berfungsi. video pun ada untuk ada lebih faham jangan risau. ataupun email I, I boleh terangkan dengan lebih lanjut cara nak guna sebab I dah selalu guna Shopback ! kalau tak signup lagi klik HERE untuk signup dan dapat RM5 !



lawati Shopback di




ShopBack Anniversary Birthday WIN A WISH blog contest



7 comments

  1. Bestnya kalau menang wish dari sini! dah la birthday next month! mungkin boleh cuba kot hahaha thanks for this entry and good luck! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat join jugak mana tahu boleh menang. hadiah pun best. thank youuu

      Delete
  2. Waaa mcm best website shopback nie . Boleh terjah nanti.

    Nadia pun suka tgk video nisha vlogger tue . And yes yes matte satin silk org ckp best tapi i still don't have that range of material . =)

    Thanks dear share this about shopback =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best guna sebab boleh buat simpanan. kan duck ni best betul bila tengok hehe. welcome

      Delete
  3. best pakai shopback sebab dapat balik duit hehehe good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha rasa berbaloi sikit kalau nak shopping haha

      Delete
  4. sha takpernah guna shopback ni. kena try jugak ni hehe

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.