Ice Cream Sandwich Tak Sedap?

Assalamualaikum and hai,


Siapa dah cuba Wall's Ice Cream Sandwich ? I baru berkesempatan nak cuba masa hantar Anyah ke stesen KTM. Peti ais krim kat sebelah je lepastu ternampak pulak Wall's baru ni. Harga pun boleh tahan murah lebih kurang RM2++ je. Kalau tengok iklan ais krim memang semua nampak sedap.




Ais krim ni kecik je dalam 80ml, dan packaging cantik warna merah. Bagi I wall's ni boleh tahan mengenyangkan sebab ada biskut di bahagian atas dan bawah dia. Tapi bila rasa biskut tu lembik. I ingat biskut keras yang rangup dan rapuh, makan dengan ais krim boleh tahan sedap jugak. Realiti nya lembik. Mungkin sebab aiskrim yang buatkan dia lembik. Bukan lembik macam biskut yang celup dalam air kopi tu tau hahaha. Dia macam liat sikit. Jadi cukup la makan sekali je nak rasa.




Ais krim dalam dia ada dua perisa campuran coklat dan vanila. Ais krim Walls' confirm laa sedap. I memang suka ais krim dan tak silap I memang tak ada pilihan perasa. Atas biskut tu ada corak macam kartun yang I pun tak berapa faham haha. Ada banyak jenis kartun jadi sebelum ngap ais krim tu boleh la tengok kartun dulu okay.


Jadi bagi I boleh la kalau nak beli untuk merasa. Tapi aiskrim ni bukan tak sedap cuma I lagi suka jenis yang lain. Bukan yang biskut macam ni kot. Cuaca panas makan aiskrim apa pun sedap je hehe, Kalau makan aiskrim dengan roti pun boleh tahan sedap lagi-lagi guna roti hotdog tu kann. Wall's pun ada ais krim yang lagi baru kan, nampak sedap. Korang dah cuba?


 

8 comments

  1. Tak suka juga aiskrim yang jenis biskut macamni. sebab dah tahu mesti dia macam lembik and liat sikit dia punya biskut. btw cantik la gambar aiskrim tu haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan padehal expect rasa lain.haha thankyou

      Delete
  2. belum cuba lagi eskrem ni.

    ReplyDelete
  3. I rasa icecream ni sedap je . citarasa orang lain-lain okays . btw gambar u snap memang cntik hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. u makan secubit jeeeeee.thankyouu

      Delete
  4. belum try lagi..menarik nampaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan la nak legakan tekak hehe

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.