Kelas Buat Biskut Dengan MIL

Assalamualaikum & hai.




Haritu untuk pertama kalinya I ikut mother in law pergi kelas buat biskut. Sebelum ni memang mil I rajin pergi kelas memasak, kelas buat kek dan biskut. Jadi disebabkan I duduk kat rumah tak buat apa sementara tunggu Aiman habis akademi, mil pun ajak la join kelas buat biskut untuk hari raya nanti. Kelas yang I pergi ni di Wah Seng (1986), Ipoh Perak. 1986 tu mungkin tahun start perniagan diaorang kot. kalau betul lama nya dah bertapak dalam perniagaan ni kan.


Kalau nak tau Wah Seng ni menjual barang-barang untuk buat kek, biskut, pastri. Banyak la bahan-bahan jual kat situ. Senang nak cari barang buat kek, biskut satu tempat je. Selain itu, ada jugak jual makanan sejuk beku dan dairy products. First time masuk kedai ni memang best sebab tengok banyak barang, ada yang packaging besar-besar, hiasan untuk kek dan biskut yang pelbagai, menarik betul. 





I sampai rumah mil dalam pukul 830. Sepatutnya plan datang pukul 8 hahaha tapi banyak betul hal sebelum tu kena hantar ayang pergi sekolah lagi, nak siap mandi semua. Sebelum tu singgah beli breakfast dulu. Sampai rumah mil breakfast dulu dan tunggu siap semua. Pukul 10 baru sampai di kedai dan chef yang ajar untuk haritu pun tengah siap-siapkan barang.


Sebelum tu sempat la round 2,3 kali dalam kedai tu. Boleh tahan luas tau kedai nya dalam 2,3 lot kedai tak silap I. Beli barang sikit then siap-siap masuk cooking studio yeayyy. Untuk kelas macam ni tak silap I RM100++ per sesi. Boleh tahan mahal. I dengan mil ambil dua sesi, pagi dan petang. Dan kelas ni 100% mil belanja hahaha so lepas ni kena rajin buat biskut okay !



Barang buat kek dan biskut.


Barang- barang kat sini memang banyak sangat jadi banyak pilihan. Apa yang I tahu dari mil sesetengah barang ada yang murah dan ada yang mahal sikit dari yang dijual di luar. So kena pandai bandingkan harga. Tapi ada sesetengah barang yang tak terdapat di luar. I cari satu bahan tu kat tesco, aeon, kedai jual bahan yang kecik sikit, memang tak ada ! Kat sini baru ada......



nak pilih yang ni pun rambang mata ! hahaah


Banyak gambar yang I snap time chef buat biskut, Dengah video lagi tapi kena tapis nak masuk blog. Gambar berjuta haha. Oven dalam ni banyak jugak. Tempat duduk I memang paling depan sekali puas hati tengok chef buat biskut depan-depan. Bila dah biasa dalam kelas tu I siap pergi depan kat meja chef tu nak tengok tahap paling dekat hahaha.



Ni biskut untuk first class. Siapa nak order? hahaha.



dalam kelas pun ada camera dan tv jadi yang duduk belakang sikit tu tak ada laa stress tak nampak apa yang chef buat kat depan tu. Overall cooking studio ni memang selesa. 



biskut masih dalam oven. Sebelum kelas bermula nanti diaorang bagi air mineral sebotol dan buku resepi. Tinggal bawak pen je.



so yummy ! Serius sedap biskut ni. I bukan suka sangat makan biskut raya tapi bila I makan biskut chef ni sedap, rangup dan cair dimulut. Hiasan dia pun nampak menarik.




Ni jenis-jenis biskut untuk sesi petang. Dalam 10 jenis jugak. Semua sedap ! Semangat betul nak buat nak dekat bulan puasa nanti hahahaha. Resepi pun senang tapi sedap. I dah try sejenis biskut dan menjadi. First try I guna oven mama tak menjadi sangat dia macam hangit, bila try oven yang I dapat sebagai hadiah kahwin haritu menjadi pulak. Mungkin oven mama dah lama lepastu bukan selalu masak biskut. Masak ayam golek je ! Thankyou Mak Uda and family bagi hadiah oven.








14 comments

  1. sha selalu jugak pi kedai jual bahan bahan kek ni, memang rambang mata. biskut tu nampak sedap jee. raya nanti boleh buat sendirilah :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha raya nanti buat sndiri je resepi dh ada haha seronok dtg kedai mcm ni wlaupn xbeli

      Delete
  2. Perghhhhhh nampak sedap betul la biskut-biskut tu! btw saya suka masuk cake house ke atau kedai2 yang jual barang kek sebab bau dia best haha. Nanti boleh la buka tempahan cookies bila dah nak raya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmpak sedap dan rasa memang sdp haha. bau lagi la menusuk. bukak tempahan tuu segan je bukan pro hehe

      Delete
  3. Bestnya kalo join kelas macam nie =)

    ReplyDelete
  4. adehhh tertelan telan air liur saya tengok aneka kuih ada. lepas ni boleh la airah buat biksut raya 1 balang untuk saya eh? hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha insha Allah kalau ada rezeki lebih boleh je

      Delete
  5. perghhh dah boleh open order untuk raya ni hehehe

    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete
  6. Hye shesyira. salam perkenalan. saya dah follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye thankyouuu nanti saya singgah sana

      Delete
  7. Perghh! Banyaknya Airah!! Cukup dah 6 balang bekas kuih raya nanti tu. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha insha Allah harap rajin la nk membuatnya

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.