Short Getaway : Hasil Laut, Tinggalan Sejarah

Assalamualaikum and hai,




Tempat wajib tangkap gambar haha. Memang bernasib baik masa ni sebab kereta, motor, manusia tak menghalang. I tengok banyak jugak gambar kawan-kawan yang selfie kat sini. I pun ada gambar selfie tapi lebih baik simpan sendiri je sebab selfie dari atas motor ! Entry ni I nak cerita tempat menarik untuk awak kunjungi bila pergi ke Pulau Pangkor. 


Untuk hari kedua lepas checkout je kiteorang terus angkut beg sekali atas motor pergi melawat kawasan. Sebenarnya tak ada arah tuju pun. Kiteorang bawak je moto ikot jalan raya sampai hujung mana entah haha. Tapi Aiman cakap dia pernah pergi satu tempat macam tempat menarik/best. Rupanya Dutch Fort ataupun Kota Belanda tinggalan di Pulau Pangkor. Serius tak expect pun nak pergi sini, jalan-jalan naik motor, 'eh jumpa tepi jalan' hahahaha.







Dutch Fort ni dibina pada tahun 1670. Lama sangat ! Tapi kalau tengok tempat dia memang dah agak lama tapi masih terjaga. Masa kiteorang jalan-jalan tu pun ada orang tengah mesin rumput di kawasan tu. Jadi memang betul-betul terjaga la. Pelancong pun ramai datang. Teksi pink pun ada beberapa buah yang bawa pelancong jadi I rasa kalau korang datang dan naik teksi pelancong tu mungkin boleh minta dia bawa ke tempat melawat di Pulau Pangkor. Dutch Fort mesti ada dalam list.
Kalau tak silap I, Dutch Fort ni terletak di Kampung Teluk Gedung. Mana I tau? Di SINI


Kalau tak jumpa waze Dutch Fort, mungkin korang boleh cuba waze Aishah Craft, bangunan rumah macam dalam gambar bawah ni. Terletak betul-betul di sebelah Dutch Fort. Tapi I tak masuk pun Aishah Craft sebab mungkin ada barangan kraf je. I ajak Aiman pun dia macam tak berminat je ahahahha...








Gambar atas ni la tempat Dutch Fort nya. Bangunan lama di hujung sekali tu. Kecik je tempat ni tapi banyak port untuk ootd. Kalau yang minat ootd tu seronok laa. Masa I dengan Aiman datang ni cuaca agak panas. Dah nak hampir ke tengah hari, dah la bawak motor tapi gigih lagi berjalan, baca sejarah satu-satu. Kalau nak baca sejarah dia memang dah sediakan cerita di batu-batu macam gambar di bawah. Tapi banyak jugak la tulisan yang dah tak nampak jadi sukar nak baca. Ada disedikan dalam bahasa dan bahasa inggeris jadi senang untuk pelancong baca jugak.






Nampak tak betapa panasnya, mata pun sepet dedua hahah.





Itu sahaja di Dutch Fort. Seterusnya Batu Bersurat ataupun Historical Rock. Batu Bersurat ni terletak depan sikit je selepas Dutch Fort. Jarak memang dekat dan berada di tepi jalan. Batu Bersurat dia memang tak berjaga dengan baik sebab I boleh nampak contengan menggunakan colour spray tuuu. Lepastu Batu Bersurat ni pun terletak di sebelah rumah orang hahaha Jadi I memang tak turun singgah ke apa cuma tengok dari atas jalan. Keadaan kat situ pun tak berapa selesa nampak budak-budak lepak dengan jumlah yang agak ramai. Jadi babai. Boleh baca lebih detail mengenai Batu Bersurat di SINI.





Seterusnya adalah Fishing Village. Fishing Village ni famous jugak dengan binaan rumah di sana, rumah atas air dan lebih tradisional. Banyak boat pemancing, yang kecil dan besar ada kat sana. Tak silap I kalau nak tau itu Fishing Village ataupun tak, boleh nampak beza dengan kampung-kampung lain yang berada di sana. Kampung tu lebih padat, banyak alatan memancing ataupun jala berada di sekitar kawasan rumah, boat besar, kecil, kapal besar dan kecil parking di kawasan tersebut. Masa I jalan-jalan dengan Aiman lewat petang hari pertama, memang pemandangan cantik sangat. I tak sempat tangkap gambar banyak sebab petang tu bateri fon dah mati. 




Tempat seterusnya nak membeli barang-barang untuk dibawa pulang. MIL dah order nak ikan bilis. Jadi masa hari pertama I dah nampak Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan LKIM Pulau Pangkor ni, nampak macam orang melayu yang usahakan sebab kalau nak beli dari orang cina memang berlambak je tepi jalan. Nama perusahaan ni ialah Hasil Laut Pak Su. Tapi tempat ni agak jauh dari kedai-kedai yang lain. Dia sebuah je kat situ. Apa yang I baca dari blog orang lain, kalau minta teksi yang bawakan ke tempat macam ni untuk beli barang diaorang akan bawa ke kedai cina. Mungkin banyak pilihan. Tapi kalau dah tau ada perusahaan orang melayu macam ni apa salahnya singgah sini.











hahahah I dah siap tangkapkan gambar landmark kalau korang nak cari tempat ni. Cari je banner-banner seperti dalam gambar sebab banyak banner dia cuma kena pandang kiri kanan je nak mencari.  Pengilang produk muslim hasil laut Pulau Pangkor jadi tak payah ragu-ragu dah. Bagi I pilihan nak beli barang kat sini memang banyakkkk... banyak pilihan. Pekerja kat situ ada cakap kalau nak tengok proses buat barang makanan kat situ boleh masuk kilang/tempat proses boleh masuk di bilik-bilik tersebut tapi I tak masuk pun sebab nak kejar waktu feri hihi. Jadi kalau yang berminat nak tengok cara pembuatan sate ikan, ikan masin, hasil laut yang lain boleh la masuk situ.











Memang banyak betul pilihan. Tinggal nak pilih je mana yang nak dibawa balik. Masa I nak pilih ikan bilis tu pun ada ikan bilis yang dah disiap goreng. Jadi boleh rasa ikan bilis tu nak yang macam mana, rangup ke, liat sikit ke dan terus timbang nak berapa. Ikan kering, ikan bilis, ikan masin semua jenis ikan boleh pilih. Harga pula berbaloi bagi I dengan suasana dia yang bersih dan terjaga. Staf pun okay.  Tapi memang harga di sini lebih mahal berbanding yang jual tepi jalan banyak-banyak tuu. 


sedap.







Okay itu jela tempat-tempat yang I sempat pergi hari terakhir  di Pulau Pangkor. Masa banyak habis dengan berendam dalam air je mandi laut hahaha. Dari apa yang I baca banyak lagi tempat yang boleh anda lawati di Pulau Pangkor kena rajin jalan-jalan atau awal-awal dah buat research tempat mana nak pergi nanti. Tapi kalau duduk tepi pantai, mandi laut, buat aktiviti air pun dah seronok dah. Kalau nak baca entry Pulau Pangkor yang lepas-lepas boleh klik link bawah ni. 










18 comments

  1. Tak pernah pergi lagi dekat sini! Kena bookmark ni untuk trip ke Pangkor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha jummm.boleh tahan best jugak

      Delete
  2. Bestnya ikan masin dengan ikan bilis tu! Dah lama tak pi pangkor huaaa.

    ReplyDelete
  3. lagu buat sis teruja nak ke pangkor bila tgk gambar2 ni semua. kena bookmark entri ni untuk rujukan. 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kena pergi sebab boleh tahan best jugak

      Delete
  4. Ioils pn xpnah smpai lagi sini siss mcm besjewww

    ReplyDelete
  5. Minat juga pegi tempat bersejarah, tapi lom sampai lagi Dutch Fort ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau minat kena pergi sebab tempat dia cantik

      Delete
  6. Teringat Siqah beriya nak kejar sunrise di Pangkor. Sudahnya tak nampak matahari sebab awan mendung je. Sedih tapi best juga pagi2 lagi dah kuar jejalan naik motor. Hii.

    Asalkan laut dan pantai, best! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kesiannya.Airah pun plan pagi tu nk tgk sunrise tapi nanhadooo.udara pagi segar sangat,naik moto lagi,hirup semuanya

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.