Sunshine Blogger Award Tagged By Sayidah Napisah

Assalamualaikum and hai.


Thankyou Blogger Sayidah Napisah tag I dengan Sunshine Blogger Award ni. Sebenarnya I tak tau pun apa Sunshine Blogger Award ni tapi ramai jugak blogger yang dah di tag haha. Apa yang I tahu dari Blogger Sayidah Napisah, Sunshine Blogger Award ni diberikan kepada blogger yang kreatif dan positif yang memberi inspirasi kepada orang lain dalam dunia blogging ni. Menarik kan.


Sunshine Blogger Award Tagged by Ucingkadayan, Cikla & Amysyeera



Rules.
+ Thank the person(s) who nominated you in a blog post and link back to their blog 
+ Answer the 11 questions sent by the person who nominated you 
+ Nominate 11 new blogs to receive the award and write them 11 new questions 
+ List the rules and display the Sunshine Blogger Award logo on your post and/or on your blog.


Yes thankyou Sayidah Napisah tag I. Sekarang I nak jawab soalan yang diberikan oleh Blogger Sayidah Napisah ni.


1. Lagu apa yang paling anda suka & layan sekarang ni? (boleh lebih dari satu)

Lagu yang I paling suka sekarang ialah Shape of You by Ed Sheeran dan That's What I like by Bruno Mars. Dua-dua lagu ni best sangat rentak pun rancak. Kalau I dengar confirm rasa nak goyang-goyang badan dan nyanyi sama walaupun suara tak sedap. Boleh katakan 10 kali ulang dua lagu ni setiap hari.


2. Teringin nak travel kat mana? Kenapa di sana?

Sebenarnya I memang suka travel, suka berjalan sangat jadi semua tempat I teringin nak pergi ! Tapi untuk lagi specific I nak pergi Korea dan Jepun. Korea sebab I suka tengok Kdrama dan suka gila Korean food dengan korean produk lagi. Jadi nak cuba la makanan di sana, jalan-jalan cuci mata, shopping korean beauty produk. Jepun pulak sebab suami I suka barang dari jepun so why not tumpang sekaki hehehe..

3. Lebih rapat dengan mak atau ayah?

Soalan ni susah sikit haha. Dedua I rapat. Atau mungkin lebih rapat dengan mama sebab mama ada je kat rumah tak bekerja. 


4. Time sekolah dulu, subjek/ mata pelajaran apa yang paling anda suka? Sebab?

I suka english dan ekonomi asas. English sebab Madam suka puji I sebab I tak akan buat kesalahan yang dia dah mention banyak kali. Dah sejuta kali dia bebel kesalahan sama tapi masih ada yang buat. Lepastu madam pun guru kelas I memang banyak kali la I diberi perhatian lebih sebab malas datang sekolah hahahhahahha. Ekonomi asas sebab I malas buat homework tapi cikgu tak marah pun dia bebel je dan nasib baik dia bebel je bukan sumpah seranah. I dapat A dalam ekonomi asas time SPM. yeay


5. Pernah tak rasa putus asa dalam hidup? Bilakah?

Tak pernah. I jenis malas nak ambil tahu kalau benda tu menyakitkan hati, buat I down. I akan diam je then watlek. Kenapa nak fikir banyak-banyak benda yang tak best.... 


6. Apakah kata-kata perangsang/motivasi yang selalu anda kata pada diri sendiri when things get tough in your life?

Relax, Allah ada. Lagipun Aiman ada boleh bagi kata perangsang jadi I tak payah fikir hahaha.


7. Posisi favourite bila nak tidur?

Mengiring ke kiri atau ke kanan.


8. Tajuk buku/novel yang paling latest/last anda baca?

Ada ke baca buku..... I tak ingat weh lama gila tak bukak buku lol. I baca majalah banyak la.


9. 5 perkara yang anda TERINGIN SANGAT SANGAT nak buat sebelum umur mencecah 50 tahun [bucketlist/wishlist]

1. Ada business sendiri yang berjaya.
2. Boleh shopping tanpa tengok tag harga.
3. Melancong semua tempat dalam dunia ni.
4. Bawak mama ayah pergi umrah dan haji beratus kali.
5. Belajar sampai peringkat tertinggi.


10. Nyatakan hobi pelik yang anda buat tapi orang lain tak buat atau jarang-jarang buat.

hahaha I rasa tak ada.

11. What do you think of my blog? sincerely eh jawab hehehe.
I love your blog. Kemas dan tersusun. Loading pun cepat. Paling suka sebab ada warna pink I suka pink.



okay tu je jadi I nak tag blogger-blogger ni untuk jawab soalan I pula. I tag Sayidah Napisah |  Ana Suhana |  Syed | Siqahiqa | BV | Nina Ahmad | Nabihah |  Cik Tom | Mysara | eyja | Shikin Razali


1. Terangkan serba sedikit tentang diri awak.
2. Makanan yang paling sedap pernah awak makan. Masakan ibu tak dikira eh tu memang confirm sedap.
3. Hadiah yang paling awak impikan untuk dapat.
4. Peristiwa yang tak dapat dilupakan seumur hidup.
5. Barang yang awak suka kumpul.
6. 5 jenis barang yang wajib bawa sebelum keluar.
7. Kenapa awak menceburi dunia blogging ni?
8. Kenangan waktu kecil yang tak pernah lupa sampai sekarang.
9. 5 rutin wajib yang awak akan buat setiap hari.
10. Tempat yang paling seronok awak pernah pergi. kenapa?
11. Kenapa awak singgah blog saya?













15 comments

  1. boleh shopping tanpa tengok price tag tu pun salah satu wishlist sha hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sama.rasa semua org teringin mcm tu

      Delete
  2. Saya tak suka ekonomi asas sebab rasa macam aaaa boringnya haha. suka English je sebab best dan tak bosan. Boleh shopping tanpa tengok tag harga tu rasanya idaman semua orang tu rasanya hahaha. thanks tag saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu malas buat homework.boring je hahaha.. jangan lupa jwb okay

      Delete
  3. Best3x.. LeYa pun teringinnak ke Korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. korea menarik kn banyak tempat best

      Delete
  4. Saya pun tak tau blogger ni.

    ReplyDelete
  5. korea memang best. makanan dan tempat dia semua best-best. rindu nak g korea lagi. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pernah pegi ke bestnyaaa..harap ada rezeki

      Delete
  6. Thanks sis kerana tag nama saya, Insha Allah saya akan cuba menjawab soalan sis.. Wahh, samalah dengan saya, saya pun kalau boleh nak melancong ke Jepun sebab terpesona dengan keindahan negara matahari terbit... =) anyway, best of luck to your life sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa jawab soalan okay :) aha teringin nak pergi insha Allah harap ada rezeki. thankyou

      Delete
  7. wah wahh suka gak lagu shape of you & thats what i like. dah siap donlod dah pun hahaha!

    sama gak. teringin nak travel ke Korea. salah satunya nak cuba makanan Korea di negara Korea sendiri. sebab I think taste makanan Korea di M'sia is different compared to Korea sendiri kan. Terutamanya jajangmyeon! haha

    ohhh suka baca majalah eh. kontra la kita hehe.

    wish you achieve all of your wishlist! amin :)

    wahhh serious la love my blog? thankyouuuu! love your blog too walaupun tak ada warna pink favourite kita hehe.

    and terimakasih tag saya. nanti saya jawab tau ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan lagu tu tengah hot sekarang,
      kalau tengok kdrama selalu terpengaruh dengan makanan dia. selalu try makanan korea di malaysia je nk try di sana pula hehe.
      eh patut la blog wrna pink fav wrna pink jugak nanti nk tukar wrna blog laa

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.