KDrama : Goblin

Assalamualaikum and hai.


Image result for goblin kdrama poster


Dah lama rasanya tak kongsi kdrama punya review. Jadi harini I nak cerita mengenai kdrama yang I baru je habis tengok, GOBLIN ! Cerita ni keluar hujung tahun 2016. Kira baru jugak la tapi I masih ketinggalan. Orang lain dah buat banyak review, I baru habis tengok hahaha. Tajuk cerita ni Guardian : The Lonely and Great God tapi lebih dikenali sebagai Goblin.


Sinopsis

Cerita dia mengenai Goblin yang dilakonkan oleh Gong Yoo. Goblin ni immortal la. Tak mati sampai umur dia 939 tahun pun masih hidup lagi. Macam mana dia jadi Goblin disebabkan kes dia dengan raja pada zaman dahulu. Raja tu masih kecil, baby lagi jadi abang kepada raja tu sakit. Jadi raja pada waktu itu minta Goblin atau Kim Shin nama dia dalam cerita ni untuk kahwinkan adik Kim Shin dengan adik raja tu. Raja pada zaman tu mati pun sebab minum rajin yang kerap diberi oleh penjaga yang jahat la. Penjaga tu jahat sampai la raja baby tadi tu dah remaja. Dia punya batu api acah-acah berkuasa geram je tengok. Nama dia Park Joong Heon.


Park Joong Heon ni la yang batu api raja supaya suruh Kim Shin mati di medan perang. Maksudnya jangan kembali semula ke tempat negeri diaorang sebab Joong Heon yang jahat tu dah batu api raja tu. Kim Shin di anggap pengkianat sebab rakyat jelata hormati dia. Raja rasa macam jealous la kot hahaha. 


Disebabkan Kim Shin ni kembali semula lepas perang, tak bunuh diri masa kat sana, berlaku la peristiwa yang menyebabkan dia jadi Goblin. Raja yang bernama Wang Yeo tu suruh orang panah Queen dia iaitu adik adik si Kim Shin ni, bunuh Kim Shin dan juga hamba-hamba dan keluarga diaorang. Kim Shin dibuang je tempat yang tak ada orang, untuk dijadikan makanan binatang. Tapi disebabkan doa dari keluarga Kim Shin yang masih hidup, Kim Shin tak mati dan dia jadi Goblin yang tak akan mati selagi pedang yang tertusuk kat dada dia tak ditarik oleh Goblin Bride.


dari situ la kisah Goblin bermula. Macam mana dia nak balas dendam dan boleh hidup sehingga beratus tahun. Mati kemudian hidup semula. Berjumpa dengan Grim Reaper, Goblin Bride dan adik dia, Kim Sun yang dilahirkan semula pada kelahiran lain.



Pelakon

Image result for goblin korean drama


Gong Yoo as Kim Shin as Goblin
- Immortal iaitu bersifat kekal. Tak mati. Dia kena cari Goblin Bride untuk tarik pedang di dada dia baru dia dapat mati dengan tenang.
- Berjumpa dengan Eun Tak iaitu Goblin Bride pada umur 939 tahun. Bila dah Jumpa Eun Tak ni macam-macam cerita best jadi haha. Sangat manja dan mengada dengan Eun Tak.
- Jatuh cinta dengan Eun Tak yang membuatkan cerita ni lebih menarik.
- Sangat cool sebab dia boleh teleport melalui pintu, berhentikan masa, tengok masa depan seseorang. Kalau goblin sedih cuaca akan hujan, kalau dia gembira bunga akan mekar dan luruh dengan cantik.
- Bila scene lepas dia tinggal dengan Grim Reaper memang lagi seronok. Diaorang memula kerap je menjengkelkan antara satu sama lain tapi last-last jadi kawan baik.
- Tapi ada satu kes yang membuatkan dia tak kawan dengan Grim Reaper dah disebabkan siapa Grim Reaper pada masa lalu.


Image result for goblin korean drama


Kim Go-Eun as Ji Eun Tak as Goblin Bride
- I suka sangat dengan karakter Eun Tak ni. Sangat cute, hyper, banyak cakap dan cheeky sangat.
- Boleh nampak, bercakap dengan hantu sejak kecil.
- Kisah hidup dia lepas mak dia mati sangat sedih. Kena tinggal dengan keluarga makcik dia yang kuat membuli. Ada satu scene tu kena baling mangkuk isi nasi kat kepada. I banyak jugak la meleleh air mata dengan scene Eun Tak ni. Hidup dia sedih sangat.
- Tapi hidup dia berubah sejak jumpa Goblin dan tinggal dengan Goblin. Bila Goblin dah jatuh cinta dengan dia lagi la sweet.
- Eun Tak ni boleh panggil Goblin dengan tiup lilin atau api. Bila tiup je terus Goblin muncul. Ada scene yang dia tak sengaja tertiup api, Goblin muncul la terus gelabah sebab masa tu tengah gaduh dengan Goblin haha.


Image result for goblin korean drama grim reaper and sunny


Lee Dong-Wook as Wang Yeo as Grim Reaper
- Wang Yeo ni jadi Grim Reaper sebab masa hidup yang lepas dia bunuh diri. Orang tersebut akan jadi Grim Reaper kalau buat dosa besar.
- Sangat cute bila dia gelabah sebab Kim Sun atau Sunny tanya soalan macam-macam. Sebab dia nama sendiri pun tak tau. Grim Reaper tak akan ingat apa-apa memori lepas jadi Grim Reaper.
- Suka tengok bila dia buat laundry. hahaha memang itu je kerja dia kalau kat rumah.
- Grim Reaper ni sebagai perantara untuk orang mati sebelum orang mati tu pergi ke peringkat seterusnya. Kalau orang tu dah mati atau dah nak mati, dia akan tahu la.
- Hidup dia lepas dia dapat tahu dia adalah Wang Yeo sangat la serabut. Stress I tengok.


Itu sahaja tiga karakter utama yang I ulas lebih-lebih. Karakter lain kena tonton sendiri la cerita ni haha. Antara karakter lain yang I suka iaitu Samshin. Samshin ni macam dewa laa. Pakaian dia memang merah je, sangat cantik. Muka dia pun cantik dan baik hati. Boleh dikatakan Samshin ni penjaga kepada Eun Tak dan penjaga kanak-kanak. Yoo In-Na sebagai Kim Sun atau Sunny pula adik kepada Kim Shin. Kelahiran dia yang lepas pun cantik, kelahiran dia pada hidup ni pun cantik. Dia sayang sangat dengan Wang Yeo ataupun Grim Reaper tu. 



Image result for goblin korean drama gif



Favourite Scene. Antara fav scene I bila Grim Reaper dan Goblin sama-sama datang nak selamatkan Eun Tak yang kena culik dengan gangster yang datang nak kutip hutang makcik dia. Memang bagi I scene tu cool gila meremang iols hahaha. Boleh tengok macam gif kat atas ni dan bayangkan hehe. Dah la dedua handsome. Dan lagi satu bila Goblin dan Eun Tak pergi tengok wayang cerita hantu. Goblin kemain cerita belum start dia cakap kat Eun Tak jangan takut semua. Last-last dia yang buat kecoh menjerit, menyorok bagai dalam wayang sebab takut hahahaha.


Scene yang paling comel sekali bila Eun Tak bergaduh dengan Goblin sebab tak tunaikan wish dia. Salah satunya nak boyfriend. Dah gaduh-gaduh Goblin cakap boyfriend Eun Tak dah ada depan mata dah. Last-last dedua malu lepastu awkward, masuk bilik menyorok hahaha. Scene tu sweet sangat kena tengok sendiri baru faham. Grim Reaper sabar je tengok couple berdua ni sweet-sweet.


Scene di Canada sangat cantik tempat yang diaorang shoot tu. Rasa macam nak pergi Canada je haa. Dengan daun maple tak silap I. Suka dengan warna musim luruh macam tu. Satu scene ladang/kebun penuh dengan bunga buckwheat pun cantik juga. Memang pemilihan tempat drama ni perfect ! Kissing scene dalam 10% je which is good. Semak betul kalau cerita asyik nak kiss ye hahaha.




Image result for goblin korean drama gif


Bagi I cerita ni boleh tahan best. Walaupun ada jugak review negatif yang I baca tapi relax la tonton untuk saja-saja je. Lepastu banyak la pekara yang bertentangan yang tak patut kita percaya jadi yang tak patut tu biar je. Ambil pekara yang baik untuk apply dalam hidup okay. Lagipun tengok cerita ni untuk tenangkan fikiran isi masa lapang je kan bukan nak jadikan panduan hidup pun. Pada I jalan cerita yang genre fantasi romance macam ni memang fav I hahaha.


Plot cerita pun ada turun naik. Tak mendatar je dan banyak elemen surprise. Bila ingat scene sedih-sedih dah habis rupanya ada lagi. Bila ingat lepas ni tak ada mati-mati dah semua dah okay tteiba Eun Tak mati. I pun berapa kali jugak la menagis tengok cerita ni feeling lebih sangat.


Soundtrack bagi cerita ni pun banyak dan semua sedap ! I dari cerita ni start tahun lepas I dah search ost diaorang sebab ramai cakap best kan memang best pun. Antara fav I lagu Stay With Me oleh Chanyeol dan Punch, Round and Round by Heize & Han Soo Ji dan Beautiful by Crush. 





Every moment I spent with you....... shined
Because the weather was good
Because the weather was bad
And because the weather was good enough
I loved every moment of it
- Goblin



12 comments

  1. I like Ailee's OST the most and scenery time dekat quebec tu lawa-lawa

    ReplyDelete
  2. oh man, IQ pun tak ley move on dengan cerita ni, sangat best bagi IQ. orang tengah kecoh2 pasal cerita ni dulu IQ tak kesah. Bila dah tengok online, memang tak berenti tengok. scene best memang scene grim reaper dan goblin tu selamatkan eun tak tu. meremang bulu roma masa tu dan sangat cool!!

    sedih part eun tak mati. tapi masa part last macam logik sangat sebab goblin lepas tarik pedang pun still xtenang, which is..kenapa dia hidup muncul dalam dunia manusia balik sedangkan dia da ditarik pedang tu? dan jugak lepas dia hidup balik pun, kenapa dia xjadi manusia biasa macam grim reaper dan jugak kim sun yg jadi pelakon selepas kelahiran semula. eun tak pun hidup semula even dia bukanlah special macam tiga karaktek dari zaman dinasti tu...just terfikir...haha!

    komen panjang kali ni, sebab suka sangat cerita ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang nyaa komen hahaha. seronok kan cerita ni walaupun ada jugak scene yang buat tertanya2 yang tak terungkai macam tu tapi boleh la relax je layan hehe. airah biasa kalau ada scene yang tak paham airah biar je hahaha

      Delete
  3. best cerita ni. palimg suka watak hero n heroin kedua tu ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. grim reaper dengan sunny ea. airah pun suka sebab secocok !

      Delete
  4. the best review! mcm best. tak dapat tgok lg sampai skrg.

    ReplyDelete
  5. kita menangis tau tengok 2 episod terakhir masa drama ini on air, huhu

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ! airah selalu meleleh part heroin hidup dia sedih betul haha

      Delete
  6. Siqah suka semuanya dalam drama ni. Semua perfect! ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. best drama kannn.. memang editing semua pun cantik

      Delete