Klavuu Blue Pearlsation High Coverage Marine Collagen Aqua Cushion Review

Assalamualaikum and hai.




Kalau awak peminat korean brand mesti tak terlepas nak cuba cushion compact diaorang kan. Sekarang ni dah banyak sangat jenama produk kecantikan korea yang dah keluarkan cushion yang ada pelbagai fungsi dan reka bentuk. Okay kalau yang tak tahu lagi cushion ni apa, bukan bantal cushion tu tau hahaha tapi produk seperti foundation, cc cream, bb cream atau pelbagai jenis cecair lain yang diletakkan dalam bekas berbentuk compact dan ada sponge sendiri kalau nak pakai.


KLAVUU antara jenama dari korea yang mendapat perhatian dari I hahaha. Sebab sebelum ni I ada terbaca banyak jugak review dari brand Klavuu ni. Kalau dah baca review confirm hati memberontak nak cuba. Produk pertama yang I dah cuba dari Klavuu ialah White Pearlsation Enriched Divine Serum Mask, boleh baca review di SINI. Produk seterusnya pula adalah Marine Collagen Aqua Cushion dari Klavuu jugak.


Klavuu Blue Pearlsation High Coverage Marine Collagen Aqua Cushion mengandungi Marine collagen dari mutiara korea. Kajian klinikal mendapati kolagen mengandungi manfaat perubatan yang membantu kecantikan dan kesihatan manusia. Jadi ekstrak kolagen ini mampu menjadi penawar kepada masalah kulit yang biasa kita hadapi seperti kedutan, jerawat dan pori yang besar. Confirm ramai yang ada masalah seperti di atas ni kan. I pun ada masalah pori yang besar di bahagian pipi yang tidak ketara. Klavuu Marine Collagen Aqua Cushion mempunyai bahan yang terbaik untuk kulit kita.




Gambar atas ni menunjukkan sebelum dan selepas I pakai Klavuu Blue Pearlsation High Coverage Marine Collagen Aqua Cushion. Boleh tengok gambar sebelum di sebelah kiri, kulit I nampak agak kering dan kemerahan. Parut-parut pun banyak di bahagian pipi. Gambar ni tak ada filter atau edit ke apa ye memang ori hahaha. Segan jugak nak letak gambar kulit tak ada bedak ke apa ni.


Gambar kanan pula dah pakai Klavuu Cushion ni. Lebih cerah, tapi cerah dia tak over macam letak tepung tau. Cerah yang natural dan glowing. Kulit pun rasa lembut dan lembap. Kalau nak tau Klavuu Cushion ni mengandungi pelembap semulajadi dari bahan-bahan dia jadi memang membantu untuk kulit kering. Kulit I memang ada bahagian-bahagian yang kering. Cushion ni pun kalau dah pakai tak rasa melekit atau rasa yang tak selesa. Sangat ringan pada kulit. Bagi yang tak suka bau-bau yang tidak menyenangkan pada sesuatu produk jangan risau, cushion ni tak ada bau yang tak menyenangkan. Dia ada bau wangi tapi tak menusuk. Kalau rapatkan pada hidung baru ada bau sikit-sikit. Redness I pun kurang kelihatan dan coverage dia memang da bomb !


Mungkin gambar I tak nampak sangat coverage yang best sebab I pakai cushion ni satu sapuan biasa je. Sangat minimal. Tips dari I kalau nak pakai cushion ni dan dapat kesan yang mantap, sebelum pakai cushion buat skincare routine yang lengkap. Moisturizer jangan lupa pakai. Sebab I dah cuba tengok kesan cushion ni sangat berbeza kalau pakai dengan skincare routine yang lengkap ataupun pakai tanpa skincare. Kalau dengan skincare memang boleh la nak perasan flawless kulit glowing gebu hahahahah 


Cara untuk pakai pula macam yang I bagitau tadi, pakai skincare awak dulu kemudian baru pakai cushion ni. Nak pakai pulak tekan puff pada bahagian produk, tekan perlahan je sebab apa yang I nampak produk dalam tu memang banyak. Jadi kalau baru punya tekan kuat-kuat puff tu banyak pulak untuk satu muka membazir je. Seterusnya dab kan puff tu kat muka. Dab sampai rata. I tak galakkan sapu je terus puff tu. Kesan sapu dan dab berbeza. 





Packaging dia sangat cantik. Kotak warna biru, bukan dark blue tapi macam warna laut yang cantik. Cushion compact pun warna biru di permukaan atas dan silver di sekeliling. Nampak sangat ekslusif. Yang biru bulat tu pulak puff dia. Sangat lembut ! Kalau gunakan untuk pakai kat muka tak perlu nak risau puff kasar meninggalkan kesan parut pada kulit ke apa sebab puff Klavuu Blue Pearlsation High Coverage Marine Collagen Aqua Cushion ni sangat la lembut pada kulit. Geram I dengan puff dia. 


Di bahagian yang tertera perkataan Klavuu tu boleh bukak kertas tersebut untuk dapatkan cecair produk. Cushion ni pun ada cermin jadi tak payah susah nak cari cermin lain kalau nak pakai cushion. Peel kan saja plastik di bahagian cermin tu lepastu dah boleh guna.



Klavuu Blue Pearlsation High Coverage Marine Collagen Aqua Cushion juga mempunyai SPF 50+ PA+++. SPF sangat penting pada kulit tapi jangan risau SPF 50+ tu tinggi tau walaupun cushion ni banyak menggunakan bahan semulajadi. PA+++ pula bermaksud sistem yang digunakan oleh korea ataupun jepun sebagai sistem penilaian untuk menunjukkan berapa banyak pelindungan yang awak dapat dari sinaran UVA. Lebih banyak tanda + pada PA, lebih tinggi pelindungan yang anda dapat. Jadi PA+++ pun dikira sangat tinggi. Jadi lepas ni tak payah nak risau terlupa pakai sunscreen atau sunblok sebab Klavuu Blue Pearlsation High Coverage Marine Collagen Aqua Cushion kan ada. 


I memang dah jatuh hati dengan cushion ni. Code warna pula ada dua. no 21 dan 23. Kulit I sesuai dengan code 21 tu. 








PROS
+ Kulit lebih cerah yang natural.
+ Melembapkan kulit kerana mengandungi deep blue sea moisture.
+ SPF50+ PA+++ sunblock yang sangat sesuai untuk cuaca Malaysia -,- yang panas
+ Muka lebih glowing dan sihat kalau lakukan skincare routine sebelum pakai cushion.
+ Bau yang tidak menggangu hidung
+ reka bentuk compact sesuai untuk disimpan di dalam pouch makeup I
+ Coverage tutup kebanyakkan parut jerawat.
+ Tekstur yang ringan dan tidak melekit langsung


CONS
- Kalau peluh nanti ada kesan putih bertompok tapi bukan di pipi, di lipatan kelopak mata atau lipatan mulut bila senyum tu haha
- Harga mahal sobssobs


Kat mana nak beli ? Boleh tekan SINI sebab I dah link kan terus jadi senang awak nak beli. Di Instagram I pun I dah bagitau mana nak beli. Jangan lepaskan peluang beli cushion ni sebab I suka sangat. Made in Korea tau kalau fanatik korea kena beli !



Singgah :
Instagram @klavuumalaysia





8 comments

  1. dab dab dub dab hati sy tgk awk sis

    ReplyDelete
  2. Saya suka warn gelap. Putih nmpk bercapuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha kena sesuaikan dengan warna kulit kalau tak nanti nampak pelik

      Delete
  3. nape la mana2 produk korea nampak sangat menarik....geram je tengok..baru2 ni terbaca review product jgk ..xsilap brand moonshoot..giler best

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa airah pun suka sgt terpengaruh haha moonshot tu airah ada tengok jugak review.nampak best

      Delete
  4. Produk Korea semua cantik. Packaging je dah cantik. Siqah berkenan dengan packaging produk ni. Tapi bila baca harga mahal, hmm tak naklah. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa packaging diaorang menarik perhatian hahaha harga dia memang boleh tahan.tapi kesan tiptop

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.