Samsung Galaxy S8 | S8+ Event

Assalamualaikum and hai.




Okay tak tone edit gambar atas ni? Rasa bosan pulak edit gambar tone terang je selalu kan jadi I nak cuba jugak tone gelap macam ni walaupun tak sesuai dengan jiwa I hahahah jiwa sangat. I suka tengok gambar yang terang dan tone warna yang lembut tapi warna masih naik. Tapi tak apa, apa salahnya tukar mood kan.


I nak cerita event yang secara tak sengaja I pergi. Lepas makan Mr. Dakgalbi di entry SINI, I dengan Aiman jalan-jalan la di Sutera Mall tu disebabkan ini pertama kali datang. Masa pun banyak lagi untuk dibazirkan cuci mata hehe. Jadi masa tu ada event untuk promosikan model Samsung terbaru, Galaxy S8 dan S8+. Memang meriah kat event tu sebab banyak game menarik untuk tarik pelanggan kan. Jadi I dengan Aiman pun memang tak sengaja la join game jugak.





I bukan join sangat pun. Aiman je yang ambil paper untuk game tu. I ikut belakang Aiman je haha. Jadi game pertama yang Aiman join seperti gambar pertama di atas tu. I tak pasti apa benda nama dia tapi awak boleh rasa seperti suasana yang sama macam yang ditunjukkan dalam Gear VR yang kat mata tuu. Yes I dah tau nama dia lepas google produk Samsung hahaha. Ada macam-macam situasi mengikut kata Aiman, ada roller coster, kapal, ski. Tapi Aiman dapat yang space ship tak silap. Jadi memang dapat rasa macam berada di space ship. Dengan gegaran dia lagi. Game yang ni tak wajib untuk dapatkan cop dalam paper. Kalau nak cuba-cuba boleh je. Lebih detail di SINI.



Game seterusnya kena pergi booth-booth yang ada di situ dan guna, merasa, sentuh, pakai segala camera, fon, earphone atau aksesori lain yang dikeluarkan oleh Samsung. Jadi memang banyak informasi la kalau datang event tu. Orang tu akan terangkan apa kegunaan sesuatu produk dari Samsung tersebut. Walaupun I bukan fanatik dengan gadget tapi excited jugak tengok apa kegunaan dan apa gadget tersebut boleh buat.


I paling berminat dengan VR Controller. Boleh tengok detail di SINI. Gadget ni boleh tengok secara 360 darjah. Tapi kena guna bluetooth la. Menarik kalau ada majlis besar-besaran, senang nak tangkap gambar keseluruhan, tangkap gambar ramai-ramai. Boleh masukkan dalam wishlist dah ni haha. Ada jugak gadget yang tak ada lagi di Malaysia. Pendek kata memang I suka sangat tau apa yang menarik pada sesuatu gadget tersebut.





Ini la goodies yang dapat bila dah complete semua game. Dapat gula-gula sticky dan fridge magnet. I excited nampak sticky sebab sedap ! Baca review I mengenai sticky yang pernah I beli di SINI. Fridge magnet tu pulak lagi excited bila I nampak haha. Tengok pekerja dia buat fridge magnet dekat situ. Pertama kali tengok dan nampak senang je tapi memerlukan kekuatan tangan yang kuat. Boleh tengok di gambar pertama sebelah kanan, mesin fridge magnet tersebut. 


Gambar ala polaroid tu pulak memang pekerja dia baik hati bagi kat kiteorang. Dan juga dua roti ! Orang lain tak dapat pun. Mungkin dia tengok I excited guna filter comel-comel dalam Samsung S8 tersebut terus dia offer suruh pilih filter sendiri dan selfie sebab dia nak print kan gambar.  Baik hati betul hehe. Yang roti tu pulak sebab dia tengok muka Aiman lapar kot hahahahah padehal baru lepas makan dakgalbi. I suka specs yang ada pada model Samsung terbaru ni. Banyak manfaat yang boleh digunakan untuk zaman moden sekarang. Tapi masih taknak berpisah dengan Iphone I :)






2 comments

  1. fuhh, dapat gula2 sticy S8 tuu, bestnye! event macam ni mmg best nak sggah dan join kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la airah suka sgt sticky ni haha.best sebab goodies menarikkk

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.