Bold Raya Outfit

Assalamualaikum and hai.





Sekarang kita berada di 10 malam terakhir ramadhan jadi macam mana ibadah puasa korang okay ke tak? Berapa hari tuang puasa? hahaha harap semuanya berjalan dengan lancar. Dah nak habis puasa ni confirm semua sibuk nak sediakan baju raya, tudung raya, kasut raya, semua raya. Butik-butik, kedai, shopping mall pun tak nak kalah buat sales best-best untuk pelanggan. Tapi jangan shopping sampai membazir pulak okay. Kalau shopping kat Lazada takpe sebab barang semua murah jadi tak membazir.


a. What's your color theme for this Raya? 

Okay tema raya I tahun ni adalah bold sikit. Sikit jela. Bertemakan warna Maroon dan ada hint sweet dengan pink dan baby blue. Makeup pun nak buat ala-ala sweet. Outfit je bagi bold sikit. Dan yang paling penting haruslah sedondon dengan yang tersayang hehe.


b. Share your outfit details for this Raya






Yas ini lah outfit I pagi raya nanti. Baju kurung moden warna hitam dengan bunga pink dan blue. Shawl Maroon sebab nak bagi menyerlah sikit. Heels pink dan clutch untuk simpan duit raya hahahah Memang tak la nak simpan duit raya sendiri. I yang kena bagi duit raya dah. Makeup palette dengan warna soft dan fav BB Cushion I, Laneige ! Perfume harus ye di pagi raya tak nak la busuk-busuk walaupun nanti ke dapur jugak membasuh pinggan.



c. What outfit/clothes would you like to buy on Lazada’s platform for this Raya? 

Kalau nak tau I ada sepasang je baju baru hahahahha. So memang terus terjah Lazada laa nak tambah dua tiga pasang lagi. Tak perlu risau membazir ke apa sebab harga di lazada sangat berpatutan. Rambang mata nak pilih. 





Di Lazada korang boleh dapat Baju Kurung serendah RM30 je wehhh. Murah gila. Kalau nak tau lebih lanjut pergi bukak laman web Lazada sekarang. Semua cantik-cantik. Tapi I berkenan dengan kebaya labuh warna light green ni. Sangat soft and sweet. Paling penting murah, RM89.00 je. Review pun positif sebab semua cakap kain best dan selesa. Tips nak beli online sentiasa baca bahagian review produk kalau nak tau produk tu okay ke tak. Tapi kalau beli kat Lazada tak payah risau semua okay.







Dah ada Baju Kebaya kena la sedondon dengan shawl pulak. I tak tau pun sebelum ni ada brand Naelofar kat Lazada ! Serius weh senang la nak beli Naelofar lepas ni. Design yang paling I suka. Batu-batu yang kat bahagian awning shawl tu serius nampak sweet I memang nak cari shawl macam ni. Tunggu full raya ootd I okay hehe.






Paling penting kena ada handbag nak letak duit raya yeay ! Tapi kalau tak nak bawak handbag besar-besar boleh je beli cluth di atas ni kat Lazada. Warna clutch harus laa matching dengan shawl. Cantik betul cluth gold ni. Space pun okay untuk letak barang lain. Harga sangat berbaloi. Kalau tak ada beg raya lagi cepat cuci mata kat Lazada.





Akhir sekali adalah kasut raya. Tips paling penting di hari raya kena pakai kasut yang paling selesa. Sebab nanti nak pergi beraya rumah sedara mara, nak berjalan jauh, kena la pakai kasut yang selesa. Tak ada laa penat seharian beraya tambah pulak sakit kaki sebab pakai kasut tak selesa. Kasut atas ni pada I nampak selesa walaupun jenis wedges. Wedges lagi okay kot dari heels sebab lebih stabil. Lagipun tak terlalu tinggi. Warna pun cantik dan matching dengan baju, tudung dan clutch.


Banyak sangat barang tengah sales di Lazada sekarang sebab Lazada sedang mengadakan Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale dari 19May sehingga 30 june 2017. Jadi sempat lagi nak shopping barang di Lazada. Jangan lepaskan peluang okay. Potongan harga sehingga 90% pulak tu. Rambang mata !






4 comments

  1. Cantik pilihan color. Lazada byk barangan cantik Dan murah kan

    ReplyDelete
  2. Whoa, nampak slim kalau pakai kaler gelap gelap gitu, hehee..cute gak corak gituu, meh tgk corak Nona nye pulakssss :)

    http://nonasani.blogspot.my/2017/06/awal-nona-dapat-duit-raya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yang penting kena nampak slim senang nak makan banyak nanti. nanti airah singgah

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.