May 2017 Wrap Up

Assalamualaikum and hai




Untuk pertama kali dalam entry blog I buat wrap up bulanan ni. I suka sangat baca blogger lain punya wrap up setiap bulan. Wrap ni lebih kurang macam ringkasan apa yang berlaku pada bulan tersebut kan. Okay harap tak salah. Jadi ini yang berlaku pada I dalam bulan May 2017.


1. Rumah baru.

Sebelum ni I memang tak pernah tinggal lama di negeri lain. Selain Perak, memang tempat lahir I dan Penang, I habiskan study dekat sana. Bila pindah JB ni, dah la jauh sangat dari Perak. Walaupun I tak sabar nak mula hidup berdikari, tapi jauh sangat ! Nak balik kampung pun kena plan betul-betul kalau tak matilanak bajet besar, masa pun banyak atas highway je..... I ada cerita jugak pengalaman Perak ke JB di entry INI.


2. Interview

Dalam bulan may ni boleh katakan I pergi interview 4,5 kali. Ada yang dua hari berturut gigih pergi interview, isi borang kerja kosong. Dah empat lima bulan jugak la selepas I habis belajar baru nak cari kerja. Memang tunggu pindah JB baru cari kerja kalau cari kat Perak nanti sekejap pulak kerjanya kan. Banyak jugak group kerja kosong di FB, page di Twitter yang I follow dan kena sentiasa alert kalau ada kerja yang sesuai dengan I. Walaupun tak sampai sebulan cari kerja, stress jugak bila baca 90%  kriteria yang majikan nak semua yang fasih cakap mandarin/ chinese !


3. Kerja baru

Rentetan kerajinan I scroll FB, jumpa jugak kerja yang sesuai dengan course I dan syarikat yang nak ambil fresh grad. Boleh tahan susah jugak nak cari company yang nak ambil fresh grad. Alhamdulillah bersyukur sangat walaupun banyak jugak rungutan I kat Aiman. Tempat kerja jauh, kena drive kereta manual naik bukit yang ada traffic light. I benci betul kenapa kena ada traffic light kat bukit ?!! Tak boleh ke terus je jalan pfft....... Dah beribu kali enjin mati kat bukit tu tau hahahahha. Tapi setakat ini Aiman masih mampu tenangkan I dari berhenti kerja. Lemah betul rasa diriku ini baru cabaran sikit dah lemah hehhhhh


4. Ramadhan Kareem

Dah separuh perjalanan dah kita dalam bulan ramadhan ni. Cepat sangat masa berlalu. Ini tahun pertama I berpuasa dengan Aiman sebagai suami isteri. Tahun pertama tak balik puasa dengan family sebab I baru kerja, no cuti ! Tahun pertama berpuasa di tempat baru, rumah baru, suasana baru. Sangat mencabar sebab I baru nak belajar berdikari. Menguji keimanan dan kesabaran bila kena hadap jem balik kerja dalam bulan puasa ni. Entry Ramadhan pertama I di SINI.


5. My Planner

Ya dalam bulan May ni I dah lebih serius mencatat banyak benda dalam planner I. Walaupun sebenarnya I dah start buat planner bulan April, tapi masih lost lagi hahaha. Planner April I banyak kosong sebab tak tahu apa patut I tulis. Bulan May ni serius penuh planner. Lepas tengok banyak video di youtube macam mana orang lain organize planner diaorang baru reti nak buat sendiri.



Itu je kot I rasa untuk March Wrap Up I yang pertama hehe. Harap lepas ni rajin laa buat benda ni dan rajin update blog. Semenjak kerja ni masa I sangat padat tak ada masa langsung nak mengadap blog kalau hari biasa. Harap weekend je itu pun busy nak buat benda lain jugak. Okay itu bukan mengeluh. Luahan perasaan je haha Semoga I tabah la menjalani urusan harian yang padat ni. Amin



1 comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.