Road To Passing Out : Day 1 2/2

Assalamualaikum and hai.



Lepas habis je acara passing out Aiman, kiteorang gerak ke Miemsuia Homestay. Walaupun sesat jugak tapi berjaya sampai. Dah sampai, angkat barang dan berehat. Penat kot dari awal pagi dah bangun, berpanas kat padang. Lepastu nap ! Semua orang nap walaupun sebelum tu sebenarnya dah plan nak mandi laut hahaha. Agak petang baru semua orang bangun dan bersiap nak pergi makan dan mandi laut kalau sempat. Tapi tak sempat dah lewat petang.


Kiteorang makan pun dah sejam duk bersembang je hahaha. Jadi makan awal malam kiteorang di Mama Grill. Kedai ala foodcourt berhadapan dengan laut. Bukan tepi laut pun, dekat dengan laut. Makanan yang disediakan pulak western. Tak tau nak makan kat mana jadi kiteorang singgah je kedai yang nampak hehe. 




Adik ipar I order chicken apa entah, I dengan Mil fish and chip, Fil order nasi goreng seafood dari kedai lain. Makanan boleh tahan la tak ada sedap mana. Tak datang lagi dah hahaha. Kat area kedai tu ada macam khemah-khemah orang berjual. Lepas makan singgah sana dulu nak cari cenderamata. Pilihan memang boleh tahan banyak dan boleh tawar menawar. Mil sempat la beli baju untuk cucu dia, magnet, keychain dan lain-lain.


Gerai-gerai ni tepi jalan je. Banyak gerai yang jual cenderamata di kawasan PD ni kalau nak beli singgah je mana-mana.




Kemudian kiteorang ada jugak singgah car boot sale masa dalam perjalanan nak pergi tepi pantai. Cuci mata kejap tengok apa diaorang jual. Memang banyak pilihan kalau nak beli alat muzik, buku terpakai, pakaian, permainan dan macam-macam lagi. Tapi I tak tau situ kawasan mana.


Destinasi seterusnya pula tepi pantai ! Pantai ni kiteorang singgah yang tepi jalan je. Nama dia pun tak tau. Pantai Bagan Pinang kot. Ikutkan nak terus balik je lepas beli cenderamata tapi adik ipar I nak ke pantai jugak. Jadi singgah je yang tepi jalan. Air laut memang surut masa tu jadi boleh jalan ke tengah laut tu tapi air cetek je ! First time I jalan jauh dari darat ke tengah laut. Risau jugak tetiba air laut naik hahaha tapi situ ramai orang jadi tak risau sangat.


Kawasan tu memang meriah dengan orang sebab ada jual makanan, bebudak main belon, orang jual mainan. Memang kawasan yang sesuai untuk lepak malam-malam dan beriadah, ambil angin. I dengan adik ipar jela yang berjalan ke tengah laut tu, Mil dengan Fil duduk tepi pantai makan buah. 




Kalau tengok gambar atas ni banyak gila siput. I rasa macam pfft bila terpaksa berjalan atas siput ni geli sangat walaupun pakai seliper T.T Banyak jugak tengok hidupan laut macam ketam dan binatang pelik yang I tak tau nama. Pengalaman baru la dapat jalan kat air laut yang cetek hahaha. Seronok !


Dah penat berjalan sepanjang pantai, singgah makan steamboat tepi jalan. Nama dia Fazlina Steamboat. Yang ni serius kena cuba sebab sedap ! Kuah dia sedap dan boleh tahan murah. Tempat untuk makan pula kena bersila atas tikar dan meja yang disediakan. Tak ada kerusi. Memang seronok makan tepi pantai bawah pokok. Makanan sedap pulak tu. 




Itu sahaja untuk first day di PD ni. Tak ada banyak aktiviti pun sebab memang tak ada plan apa-apa. Redah je haha. Next entry mandi laut pula yeay.

Post a Comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.