Lush Haul + Review

Assalamualaikum and hai




Dah lama sebenarnya I beli Lush ni. Tak silap I masih belum ada di Malaysia. Ke dah ada sekarang? Kalau ada kat Malaysia memang I orang first nak pergi borong. Tak berkesempatan lagi nak beli lain-lain produk Lush. Jenama Lush memang famous sebab produk dia semua handmade. Guna tenaga manusia okay I ada tengok video dia buat bath bomb nampak menarik gila.


Lush 100% vegetarian, fight animal testing, fresh and handmade ! Antara produk yang I beli dan masih dalam bajet (hahahah), ubat gigi, shower gel, mask and bath bomb. Bath bomb yang paling I excited nak cuba.


Lush Dirty Toothy Tab. Bentuk ubat gigi dia jenis tablet macam ubat. Cara nak guna pulak sama ada gigit ubat gigi tu then berus macam biasa ataupun pecahkan dulu baru letak atas berus gigi. Best jugak cuba ubat gigi yang lain dari lain ni haha. Dirty ni ada rasa spearmint atau rasa mint macam tu la. I memang suka semua benda yang ada mint ! Tapi Aiman tak suka..... Memang rasa mulut lebih segar kalau ada kesan mint. Bahan utama dalam ni ialah spearmint oil dan neroli oil. Memang dari bahan semulajadi. Mungkin bagi sesetngah orang tak boleh guna ubat gigi macam ni sebab rasa dia kuat sikit kalau tak berus bebetul nanti lekat celah gigi haha. Yang penting I enjoy guna Dirty ni mulut rasa bersih dan segar ! 


Lush Yummy Mummy Shower Cream. Yang ni sabun badan jenis cecair creamy. I guna masa travel, balik kampung, jalan-jalan je sebab botol dia saiz sederhana senang nak bawak mana-mana. Tak guna untuk daily. Bau dia tak ada la wangi sangat tapi boleh laa. Bau pelik sikit mungkin dari cocoa butter sebab bahan utama dalam ni ialah cocoa butter dan geranium oil. Best jugak pakai shower cream ni kulit rasa lembut je kesan dari cocoa butter yang jadikan kulit lebih lembap.


Lush Mask of Magnaminty Face and Body Mask. I love love love mask ni. Major love ! Best gila pakai. Boleh jadikan mask and scrub terus sebab dalam dia ada biji kasar sikit tapi tak terlampau kasar untuk kulit. Lepas pakai mask then masa nak cuci gosok sikit kat kulit nak bagi kesan scrub tu, kulit rasa lembut gila geram dengan kulit sendiri hahahah over. Tak silap I masak ni antara produk famous dari Lush. I guna kat muka je tak pernah pulak guna untuk badan hahaha sebab mahal so jimat tak payah sampai ke badan nak mask. Bau dia pun sedap je. Bahan jangan cakap semua yang sesuai dan bagi kebaikan untuk kulit.






Lush Sex Bomb Bath Bomb. Nama kemain hahahah. I ada record video bila dah campak bath bomb ni dalam tab tapi I dengan Aiman kemain bising sebab excited jadi simpan jela video nya hahahha. Pertama kali guna bath bomb memang seronok tengok dia golek-golek dalam air tu. Warna pun cantik light pink dan last-last nanti ada kuntuman rose dalam tub tu. Bau pun wangi dari bahan utama dia jasmine absolute dan clary sage oil. Memang dalam bath bomb ni banyak bahan bermotifkan bunga mesti la bau wangi. Kulit pun rasa licin dan lembap je bila dah habis berendam.


Rasa relax je berendam. Bath bomb ni bertujuan untuk badan yang penat, stress sebab bau dia yang dapat melegakan semua tu.








Lush Intergalactic Bath Bomb. I love yang ni jugak. Warna dia sangat cantik, dalam gambar buruk. Lepas dah terjunkan bath bomb ni nanti air tukar color biru yang cantik dan ada sparkle berkilau dalam air tu. Lawa weh suka gila berendam dalam tu. Nama pun intergalactic kan mesti la ada sparkle ala-ala galaksi.......... Logik tak. haha. Bahan dia ada peppermint oil jugak. Bahan Lush ni memang kebanyakkan semua best ! Ada grapefruit oil, cedarwood oil, lepas berendam kulit terus jadi best, lembut, lembap. 


Ever wondered what bathing in deep space would be like? Invite the cosmos into your bathroom with this sexy, interstellar bomb and become the guardian of your own galaxy. An awesome mix of refreshing peppermint and neon colour sends your mood rocketing, while popping candy takes you on a trip around the Milky Way. Constellations swirl and pop, creating vibrant lustre vortexes in the night sky. Before you leap too far, rogue layers of vetivert and cedarwood take hold, evoking the warmth of human contact far from home and a hint of 80s aftershave. Return from your intergalactic brief encounter as the grounding scent brings you gently back from orbit. - Lush


Kalau ada peluang memang nak cuba semua bath bomb dari Lush sebab dedua ni best yang lain pun mesti best jugak kan. Lush pun ada keluarkan sabun badan jenis jelly yang baru jugak tak silap I. Nampak best gula sabun badan guna jelly ! I tengok video pun best. Kalau korang ada cuba produk lain dari Lush jangan lupa kongsi dalam komen box tau sebab I nak masukkan dalam wish list hehehe.



2 comments

  1. bestnya berendam dalam air bewarna macam tue...mesti rasa rilex kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best ! Kulit pun rasa lembut jeee

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.