Second Round KFry Urban Korea

Assalamualaikum and hai.





Dah baca first entry KFry Urban Korea kat SINI? Kali kedua I datang sini sebab teringin nak makan ayam lagi. Asyik teringat je ayam korean ni haha sebab serius sedap. Kalau nak tau alamat dan landmark KFry ni boleh singgah entry I yang sebelum ni okay.


Jadi kali kedua ni menu kiteorang pilih yang lain la pulak. Tapi I tak ingat apa nama menu ni tsktsk. Ayam jenis yang tak ada cheese macam ritu tapi pedas dan yummy. Order jugak kimchi ramen seafood kot tak silap I. Ada sotong, lepastu kupang kut yang bercengkerang tu hahahha. Ramen ni pun sedap. Fav Aiman kimchi ramen ni sebab rasa dia boleh diterima tekak. Habis jugak la kiteorang berdua makan ramen. Ayam je memang plan tak nak habiskan sebab lepas ni nak makan patbingsu pulak.


Ayam dia boleh dikatakan portion banyak ! I ingat tak cukup untuk kiteorang berdua last-last tengok banyak jugak. Memang boleh makan tiga orang macam ayam cheese entry lepas. Patbingsu pulak order perasa mango. Yang ni pun sedap ! Layer ice shaved tu dengan mango punya paste/sos hahaha Mango dalam tu pun besar dan puas hati. Gambar kurang memuaskan sebab duduk meja lampu romantik punya.



Mango patbingsu.


Ayam.

I serius tak ingat apa nama ayam ni, harga pun tak ingat. Nak cari resit dalam handbag pun tahun depan baru jumpa agaknya haha. Ayam ni memang sedap rasa pedas, manis. Sos dia pun pekat lepastu tak ada rasa pelik ke apa. Ayam lembut dan dalam dia semua masak. Paling tak suka order ayam kat mana-mana restoran lepastu dapat ayam tak masak sampai dalam. Sabar jela. Portion ayam ni pun banyak I makan 4 ketul pun dah kenyang.



Air macam biasa order barbican je satu boleh kongsi dua orang. Itupun penat nak habiskan. Nak habiskan patbingsu lagi, air lagi...... Kekeyangan. Siapa yang dah cuba makan kat sini? Rekomen sikit menu lain yang sedap.



2 comments

  1. teringin nak makan makanan style korea macam nie :D

    ReplyDelete
  2. aduyaaai tergoda haih makanan2 Korea ni.. i is very the suka. ada chance boleh pergi.. repeat 2x tu da bukti tu saaangat sedap..

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.