Finally Google Adsense dah approve !

Assalamualaikum and hai,





Akhirnya berjaya jugak approved kan blog I ni untuk iklan adsense. Kalau korang nak tau, ini kali ke empat atau lima I apply adsense hahahaha Banyak kali dah apply mana tak happy bila dah approve ! Sebelum ni bila apply mesti jawapan menghampakan. Blog banyak kena perbaiki. Kalau tak approve pihak google adsense akan bagi beberapa sebab kenapa diaorang tak approve blog. Bila dah dapat sebab-sebab tu I memang sebaik mungkin buat, ubah apa yang patut. Entry pun kalau boleh I buat ayat panjang-panjang sebab kalau ayat, isi blog pendek sangat pun adsense tak approve.


Jadi haritu memang I pasrah jela apply lagi sekali untuk kali ke empat kot. Ingatkan tak berjaya sebab I dah jarang sikit update entry setiap minggu sebab sibuk. Alhamdulillah pagi tu bukak email tengok ada dari google adsense. Itu pun dalam dua tiga hari lepas I apply baru dapat email. Memang berdebar iols bila baca dah approve rasa nak menjerit je. Over kan sebab bagi I ini adalah salah satu achivement untuk blog kesayangan bila mampu capai apa yang google adsense nak. Blog I dah la baru bertapak, reader pun tak ramai tsktsk.




Yeay iklan dah live on blog. Kalau korang singgah blog I dan nampak iklan-iklan atas ni klik la tau tapi jangan over pulak sampai satu iklan nak klik sejuta kali. Sekali cukup. Nanti datang lagi, klik lagi. Tak silap I susah jugak nak dapatkan income untuk iklan ni tapi usaha tangga kejayaan yang penting jangan putus asa kan.


Antara apa yang I buat atau ubah dalam blog I untuk usaha google adsense approve aplication I ialah pertama buat sitemap. Sitemap ni memudahkan pembaca untuk cari entry apa yang diaorang nak baca. I pun kadang-kadang guna sitemap je nak baca entry. Selain tu pastikan blog kemas. Susun layout cantik-cantik dan jangan serabut dengan benda tak penting. Ambil blog blogger yang famous untuk rujukan macam mana diaorang susun blog bagi kemas, cantik dan buat orang nak baca blog tak serabut. I pun kadang-kadang serabut dengan blog sendiri sebab dah bosan guna template sama lama sangat hahaha.


Isi entry pun kena panjang dan padat. I memang kalau boleh nak taip entry panjang dan penuh informasi. Orang pun minat nak datang baca. I masih belajar lagi asah skill buat ayat yang teratur walaupun hakikatnya ayat macam apa je terabur nya dan susah nak faham. Kadang I bagi husband baca semula ada jugak yang dia tak faham hahaha yang penting I nak elak apa-apa salah ejaan. Apa guna dah taip tak baca semula semak ejaan kan. Tapi ada jugak ejaan yang terlepas pandang. sigh.


Itu je I nak kongsikan kegembiraan untuk blog I kali ini hahaha. Jangan lupa tau join segmen I yang senang berlangsung sekarang. Segmen mencari bloglist. Kalau nak join tekan SINI I dah siap linkkan. Kalau awak ada tips nak tingkatkan income adsense boleh la kongsi dengan I kat bawah I need help !









17 comments

  1. Bestnyaaaaa dah approve!! GA siqah masih tak approve lagi. Salah sendiri jugak sebab tak betulkan blog macam yang dorang suggest. Takpe, Nanti buat :)

    Btw, congrats Airah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyouuu airah pun banyak kali dah apply sampai stress taktau nak tukar apa dah

      Delete
  2. akhirnya selepas 4 kali di luluskan. Tahniah! boleh dah slow2 cari passive income melalui adsense. sama-sama blogger support each other. 1 click untuk anda hehe

    helloaiman

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyouuu lepasni kena gigih cari cara macam mana nak up income adsense la pulak

      Delete
  3. Tahniah dah berkolabrasi dgn adsense ,
    Jemput ke entri ccl
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2017/08/rezeki-top-commentor-blogger-shikin.html

    ReplyDelete
  4. congratulations dear!! Aqma masih lagi ditolak permohonan adsense.. tapi tak pe, work hard tu penting!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu aqma. tak apa caiyok !! try sampai boleh

      Delete
  5. tahniah kan berbaloi jugak.. nanti share lah kalau dh dpt income hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyou nina. itu pun tak tau bila boleh cashout

      Delete
  6. congratzzz~ memang best bila google adsense dah approve. Nadia pun dulu susah betul dorang nak approve. Tapi, bila nadia tukar domain from blogspot jadi .com trus google adsense nadia tak boleh and tak appear pun dkt blog. tak tahu kenapa .

    Ada jugak baca mcm kena apply lagi skali . hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha nadia tak silap airah pernah baca kalau tukar domain .com kena apply semula adsense tuu.

      Delete