MISSHA FTE Review

Assalamualaikum and hai




Dah lama jugak rasanya tak menaip entry baru dalam blog kesayangan semenjak sibuk bekerja ni. Balik kerja dah penat nak menghadap laptop dan banyak benda lain lagi nak buat sampai blog pun dah terabai. Gambar dah banyak simpan nak update entry baru, produk review baru tapi nan hadoooo busy plus penat je memanjang. Hujung minggu ni gagahkan jugak kumpul taip entry bebanyak hehe.


Jadi harini nak update satu produk review yang memang dah lama tunggu turn nak update. First essence yang masuk dalam skincare routine I. I beli Missha First Treatment Essence ni masa last sem tak silap tahun lepas, masa tengah belajar lagi huhu. Sekarang baru habis. I memang suka buat review produk bila produk dah nak habis ataupun memang dah habis. Baru la review lebih telus gituuu. Ni baru pakai sekali dua cemana nak up review kesan pun nampak tak nampak je.


I beli produk ni kat Hermo. Kalau tak tau Hermo tu apa boleh baca entry I dekat SINI dan boleh dapat Free Voucher RM15 jugak tau. 


Produk : Missha The First Treatment Essence Intensive
Content : 150ml
Effect : moisturizing, radiance
Made in : Korea
Harga Hermo.my : RM148 (lepas less, retail RM198)
Harga Althea.kr : RM135




Macam yang I cakap tadi Missha FTE adalah essence pertama I yang I pakai sejak tau kebaikan essence dalam skincare routine. Harga boleh tahan mahal tapi nasib baik la bertahan lama kot tahun ni pun dah nak habis. Dalam 9 bulan jugak la bertahan. Packaging botol dalam botol jenis gelas. Tak pernah lagi jatuh so I tak tau tahap ketahanan gelas tersebut hahaha nanti dah habis boleh la I campak-campak nak tengok tahan ke tak. Tapi gelas botol dia memang tebal. Packaging kotak pun cantik warna silver sama dengan penutup botol. I first time dapat barang ni memang excited gila. Baca banyak review semua cakap best dan kalau nak tau Missha FTE ni dupe kepada SK II Facial Treatment essence. Tapi I tak tau betul ke tak sebab tak pernah cuba lagi SK II matilanak nak membeli produk mahal macam tu.


Okay apa sebenarnya fungsi essence ni? Bagi I dia macam bagi lagi satu layer pada kulit untuk lebih hydration, bagi extra kelembapan. I memang suka bab-bab bagi kulit lagi lembut, lembap ni. Kalau kulit lembap, kulit akan nampak lebih sihat, nampak glow dan anjal. Kalau kulit kering memang nampak kulit sakit la. Sejak I kerja dalam aircond ni memang petang je kulit dah nampak kesan kering dia sebab malas nak pakai moisturizer semula lepas solat hahaha. Lepastu stress tengok kulit sendiri -.-


Missha FTE claim to recover rhythm and to make radiant and healthy skin by raising skin moisture and radiance level. Bahan utama dalam essence ni mengandungi 80% fermented yeast extract yang mampu bagi banyak kesan kebaikan kepada kulit. Sebab bahan utama ni la Missha FTE claim boleh soothing smoothing, balancing sebum level, moisturizing, improving skin tone, firming, wrinkle repair and boosting for skin. Banyak gila kan apa essence ni boleh buat. Memang kalau baca review produk ni daboom sangat sebab tu excited nak cuba.


Missha FTE jugak ada complete clinical testing dan against animal testing. 




Missha FTE ni jenis cecair yang tak pekat. Memang cair so masa tuang kena hati-hati nanti terlebih tuang la pulak. Guna cukup untuk kulit je. Bau dia bau macam apa ye nak cakap...... tapai (?) hahahhah I rasa macam bau tapai tapi tak kuat sangat pun. Bau dia tak menggangu hidung tapi mungkin busuk pada sesetengah orang. Pada I okay je nanti hilang jugak bau tu tak stay lama pun. Sebab dia jenis cecair tak payah risau melekit ke apa sebab memang tak melekit dan cepat serap pada kulit. Kesan pun cepat jugak. 


Kesan dia pada kulit I pulak, kulit nampak lebih sihat sebab fungsi dia yang beri kelembapan pada kulit. Kulit cerah tu pulak I tak pasti sebab kulit I tak ada berbelak ke apa nak test rasa macam biasa je cuma lepas pakai essence ni boleh la fefeling kulit gebu. Essence ni jugak bantu kulit I kurangkan kemerahan pada kulit yang I tak tau sebab apa. Essence ni jugak bagi glow yang nampak sihat kalau pakai sebelum pakai makeup ke bb cushion ke memang nampak cantik sebab kulit dah cukup minuman dan makanan hahaha. Untuk liang roma pulak I rasa membantu jugak. Susah nak tengok kesan sebab liang roma I tak besar sangat. Tapi lepas cuci muka dan pakai essence ni kulit rasa lebih lembap, glow yang sihat dan cerah (?).


Cara nak pakai pulak yang tertulis kat kotak, lepas cuci muka, pakai essence ni, eye cream, lotion and cream. Letakkan cecair yang secukupnya pada cotton puff dan sapu pada kulit. Cara I pakai pulak dulu I pakai guna cotton puff jugak, sekarang guna tangan jeeeee sebab nak lagi rasa pada kulit hahaha. Lepas cuci muka I pakai toner, essence Missha FTE ni, eye cream, serum, moisturizer, done.


Tak silap I yang I punya ni Missha FTE yang dah upgrade, jenis yang baru, bukan yang lama. Yang lama tak sure masih ada dalam pasaran ke tak. Kalau korang pernah try essence ni atau ada komen boleh tinggalkan kat komen box tau I suka baca semua komen lagi-lagi pasal beauty produk. Lepas habis essence ni mungkin I tak beli dah sebab nak cuba essence lain pulak. Umur 25 tahun nanti mungkin I kembali semula kepada Missha FTE hehehe.




2 comments

  1. anis suka betul dgn smua entry review yg awak buat XD

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.